Artikel Terkini

Rawat Kutu Bena Pada Tanaman Guna Resepi Dari Sisa Nasi


Kutu Bena antara ancaman utama tidak kira tanaman sayur, buah-buahan mahupun bunga. Ia adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan di celah-celah ranting.

Banyak cara untuk musnahkan kutu daun ni. Salah satunya adalah penggunaan racun. Selain penggunaan racun kimia yang boleh mengundang ancaman keselamatan nyawa. Apa kata, kita hasilkan sendiri racun serangga organik seperti yang dikongsikan Green Garden Resources di dalam canel youtube nya

BAHAN-BAHAN:
3 senduk sisa nasi
air basuhan beras yang pertama
botol mineral terpakai (tidak digalak menggunakan botol kaca kerana tekanan gas ketika proses perapan boleh menyebabkan botol meletup)

CARA-CARA:
1. Ramas nasi untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam botol mineral
2. Masukkan air basuhan beras ke dalam botol yang berisi nasi. Sisakan 1/4 ruang di dalam botol untuk pengudaraan
3. Simpan perapan di dalam suhu bilik yang tidak terdedah kepada cahaya mata hari
4. Setiap 2-3 hari, bebaskan gas yang terperangkap dalam botol perapan
5. Selepas seminggu, masukkan air perapan ke dalam botol semburan dan sembur pada tanaman yang dijangkiti kutu bena



Source link