Uncategorized

Ray Kroc – Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald’s Bukanlah Pengasasnya

Ray Kroc - Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald's Bukanlah Pengasasnya 1


Tak kisah samada tua atau muda, McDonald’s atau McD pasti menjadi makanan kegemaran, dan tak pelik juga jika ianya merupakan makanan ruji kita. 

“I’m Lovin’ It”

Itulah tagline yang seringkali digunakan oleh McD untuk memasarkan produk makanannya setiap kali membuat iklan di TV atau di mana-mana sahaja. Kita pula tahu makan sahaja, setelah terpukau dan terpesona dengan marketing yang dijalankan mereka.

Pernahkah anda terfikir siapakah di sebalik tercetusnya McDonald’s dan menu-menunya ini? Ini kerana Ray Kroc mungkin dikenali sebagai orang yang membangunkan McDonald’s, tetapi beliau bukanlah pengasas restoran tersebut.

Jom lihat satu demi satu kisah McD daripada awal penubuhannya.

1. Dibuka Oleh Adik-Beradik Richard dan Maurice McDonald 

Pada tahun 1937, adik-beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan dengan membuka gerai hot dog dengan nama “Airdome” yang bertempat di Arcadia, California.

3 tahun kemudian, mereka memindahkan kedai ke San Bernardino, California dan menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Kedai mereka menawarkan 25 jenis makanan berupa daging barbeku dan burger.

Ray Kroc - Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald's Bukanlah Pengasasnya 2

 

2. Penambahbaikan Restoran

Richard dan Maurice kemudiannya membuat penambahbaikan kepada restoran mereka iaitu dengan mencipta sistem pandu lalu. Silih masa berganti, mereka mencipta sistem layan diri juga.

Dengan mudah, McDonald’s dibuka untuk cawangan seterusnya di Pheonix, Arizona pula. Di sini, reka bentuk lengkung emas ditonjolkan sebagai logo mereka. Sehinggalah restoran yang keempat di Downey, California.

3. Kedatangan Ray Kroc

Ray Kroc adalah seorang jurujual pengadun susu kocak yang singgah di McD dan tertarik dengan restoran ini. Beliau bertemu dengan adik beradik Richard dan Maurice untuk membeli francais restoran supaya dia dapat asaskannya di tempat lain pula.

Adik beradik ini bersetuju walaupun kurang yakin dengan idea Ray Kroc yang ingin mengembangkan McDonald’s di seluruh negara.

Ray Kroc - Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald's Bukanlah Pengasasnya 3

4.  Usaha Keras Ray Kroc

Ray Kroc berusaha menjual francais McDonald’s dan memujuk Walt Disney untuk memasuki siarannya. Namun, tak berjaya. Ray Kroc juga menubuhkan “McDonald’s Systems, Inc.” sebagai undang-undang pembeli francais.

Perubahan yang dibawanya telah menghapuskan nama adik-beradik daripada sejarah McDonald’s malah lebih dikenali dengan nama “Pengasas” Kroc.

5.  Syarikat Kroc “Perbadanan
McDonald’s”

Adik beradik Richard dan Maurice telah menjual hak perniagaan mereka dengan harga $2.7 juta USD kepada Ray Kroc. Dengan nama baru syarikat yang diberi oleh Ray Kroc, beliau fokus menjual hamburger McDonald’s kepada keluarga dan kanak-kanak. 

Maskot McDonald’s iaitu “Ronald McDonald” juga diwujudkan di restoran dan juga di dalam iklan TV McDonald’s. Begitulah sehingga McD telah dibuka di seluruh Amerika Syarikat.

Ray Kroc - Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald's Bukanlah Pengasasnya 4

Kemudiannya, McDonald’s mula dibuka di luar negara bermula dengan negara Jepun, Eropah, Jerman, Australia, United Kingdom, Ireland, Perancis dan lain-lain lagi.  Konsep pandu lalu, Quarter Pounder, Happy Meal dan banyak lagi telah diperkenalkan.

Begitulah kisah McDonald’s ramai tak tahu. Sebenarnya ia adalah dari idea Ray Kroc yang telah berjaya mengembangkan kedai hot dog sehinggalah menjadi salah satu jenama terbesar di dunia.

Sumber: Wikipedia

Namun McDonald’s Bukan Di Tempat Pertama Di Hati Rakyat Malaysia

Eh yeke? Rupa-rupanya McDonald’s hanya menduduki tempat kedua, siapa agaknya berada di tempat pertama senarai? Kalau nak tahu, jempu baca Restoran Makanan Segera Manakah Yang Paling Popular Di Malaysia?

Boleh juga layan filem The Founder lakonan Michael Keaton sebagai Ray Kroc untuk mengetahui sejarah McDonald’s ini.

Ray Kroc - Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald's Bukanlah Pengasasnya 5

Komen

komen





Source link