Artikel Terkini

Raya Ini, Shopee Di Sisimu Dan Membawakan Sambutan Lebih Bermakna


Walaupun
dengan kejadian yang melanda negara kita pada masa ini, Hari Raya Aidilfitri
masih dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Untuk menjadikan sambutan lebih
bermakna, Shopee mengadakan kempen Raya
Bersama Shopee
bagi memenuhi segala keperluan untuk persiapan Ramadan dan
Raya mereka, selaras dengan slogan kempennya iaitu Raya Ini Shopee Di
Sisimu.   

Berlangsung dari sekarang hingga 26 Mei 2020, kempen ini menawarkan pelbagai keperluan harian dari serendah RM10 seperti MILO, kurma, ayam, ikan, daging, beras dan minyak masak serta peralatan rumah seperti pengisar dan juga pakaian seperti telekung. Pada masa yang sama, pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19. Ini membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan barang-barang keperluan tanpa berbelanja secara berlebihan.

Kempen ini
juga akan menampilkan empat hari yang sungguh istimewa – Jualan Hebat Raya pada
23 dan 24 April dan Pesta Jualan
Raya pada 14 dan 15 Mei dengan
diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran
percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari jam 12
tengah malam hingga 2 pagi.

Salam by
Shopee

Ciri Salam by Shopee yang membuat kemunculan pertamanya pada musim penuh kemuliaan ini direka untuk memudahkan aktiviti melayari dan membeli-belah bagi mereka yang mencari produk halal, peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk, fesyen Muslim dan banyak lagi. Salam by Shopee menawarkan tawaran, diskaun dan baucar serta:

  • Koleksi Terkini: Koleksi produk
    terbaharu daripada pelbagai kategori berdasarkan tema mingguan untuk membantu
    pembeli dalam persiapan Raya mereka.
  • Resipi Raya: Resipi hidangan
    lazat untuk memberi inspirasi dan memudahkan pengguna mencari ramuan masakan.
  • Pilihan Halal: Bahagian ini
    menampilkan produk-produk daripada jenama yang disahkan Halal untuk kemudahan
    pengguna yang mencari produk Halal.
  • Azan: Peringatan masuknya waktu solat kini boleh
    dibuat dalam aplikasi untuk manfaat para pengguna Muslim.
  • Derma: Pengguna yang ingin menyumbang balik kepada
    masyarakat pada bulan Ramadan ini boleh memberi sumbangan mereka kepada
    organisasi-organisasi amal di satu tempat. Dari organisasi bukan bermotifkan
    keuntungan seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), Pertubuhan
    Bantuan Islam Malaysia, MAKNA  dan NKF,
    salah satu usaha tersebut ialah Tabung Shopee MMA COVID-19 di mana pengguna
    juga boleh salurkan sumbangan. Sehingga sekarang, Shopee telah berjaya
    mengumpul sumbangan sebanyak RM450,00[1]
    untuk Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia bagi membantu petugas barisan
    hadapan yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi, yang bekerja lebih
    masa dan mengorbankan nyawa mereka demi memastikan semua orang selamat.

Untuk memeriahkan lagi Raya ini, Shopee akan membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada para pengguna yang boleh dinikmati di rumah:

  • Shopee Live: Tontoni kandungan menarik yang direka khas untuk pengguna seperti
    program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan kandungan lain yang
    berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran. Shopee Live juga akan menayangkan
    rancangan hiburan MeleTOP yang menampilkan lagu, filem, parodi dan gosip
    terkini. Rancangan ini akan disiarkan pada 21 dan 28 April, serta 5 dan 12 Mei,
    pada jam 9 malam.
  • Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee
    Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not bersama seisi keluarga untuk
    memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
  • Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita
    untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah
    mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit
    Raya melalui e-dompet ShopeePay.

“Musim
Ramadan dan Hari Raya dipenuhi dengan pengampunan dan keberkatan. Walaupun Raya
ini mungkin sedikit berbeza, kami berharap kempen Raya Bersama Shopee akan
memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sambutan tanpa
berbelanja secara berlebihan namun tetap bermakna dan tidak dapat dilupakan,”
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau
Shopee.

Tambah Ho, “Baru-baru ini, kami melancarkan
Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta untuk membantu perniagaan
tempatan. Kini, kempen ini akan memberi tumpuan kepada pengguna Malaysia untuk
membantu mereka harungi tempoh sukar ini dengan menawarkan tawaran yang lebih
hebat. Utama sekali, kami berharap usaha kami akan membawa sedikit kelegaan
kepada semua rakyat Malaysia bahawa kami berada di sini, dan bersama
mereka.”

Kempen Raya
Bersama Shopee disokong oleh jenama kegemaran rakyat Malaysia – Nestle, Nestle
Nutrition, P&G, Unilever, Enfagrow, Friso Gold, Pediasure, Vinda, L’Oreal,
Wipro Unza, Mentholatum, Beiersdorf, Elianware, Mr DIY, Photobook Malaysia,
Arctic Hunter, realme, Black Shark, Skechers, Bagstation, Voir, Carlo Rino dan
Lim Tayar.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk
menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan
menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan
pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu,
serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee
juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan
komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

[1]
Setakat 20 April 2020.



Source link