Artikel Terkini

Raya normal baharu, ini lima iklan dengan tontonan tertinggi



SAMBUTAN Aidilfitri mungkin kurang serinya tanpa iklan hari raya yang disiarkan di kaca televisyen.

Tahun ini, suasana hari raya dalam normal baharu menjadi tema, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak Mac lalu.

Hal ini sekali gus memperlihatkan sisi kreatif penggiat seni dalam menyampaikan mesej masing-masing.

Berikut lima iklan yang menerima tontonan tertinggi di YouTube.

PETRONAS


Iklan paling ditunggu, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Memilih garapan berteras animasi, ia membawa mesej bagaimana jarak sebenarnya bukan penghalang mendekatkan hubungan antara sanak saudara dan rakan-rakan.

MAXIS

Raya tetap raya walau apa pun situasi. Pastinya komunikasi bukan halangan dengan kecanggihan teknologi hari ini.

TNB

Cukup berjaya dengan beberapa iklan sebelum ini, TNB memilih menggabungkan watak-watak dari iklan terbabit untuk menjadi teras iklan tahun ini.

WATSON

Seperti banyak iklan lain, cara beraya normal baharu menjadi pilihan.

Menampilkan bintang-bintang besar seperti Ayda Jebat, Yaya Zahir dan Sean Lee, bukan perkara pelik apabila iklan ini menjadi bualan ramai.

RHB

Iklan dimulakan dengan paparan tempat duduk kosong dalam pengangkutan awam dan jalan-jalan kosong di Kuala Lumpur.

Ia simbol bagaimana tradisi harus berubah pada tahun 2020.

Namun mesej kebersamaan diberi penekanan, bagaimana kita kini saling menghargai satu sama lain.





Source link