Artikel Terkini

Remaja Yang Hanya Tiga Hari Intenship Di NASA, Telah Menggemparkan Dunia Dengan Penemuan Planet Baru


Masih ingat lagi tak ketika kita berusia 17 tahun? Apakah yang kita buat pada umur tersebut sehingga membolehkan kita merasa bangga dengan pencapaian diri di usia muda?

Mungkin ada setengah dari kita yang bangga dengan jadual study yang padat bagi menghadapi ujian peperiksaan SPM atau mungkin sebahagian dari kita bangga dengan pencapaian ujian SPM.

Hal sebegitu tidak berlaku kepada seorang remaja sekolah menegah Scarsdale High School yang berada di New York. Remaja bernama Wolf Cukier telah mengejutkan dunia dengan penemuan planet terbaru yang berada di sistem solar semasa baru menjadi seorang intern di National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Beliau telah menjumpai planet baru tersebut setelah hanya tiga hari melakukan internship di NASA Goddard Space Flight Center yang terletak di Greenbelt, Maryland.

Satelit TESS merupakan satelit termoden yang dihasilkan oleh NASA untuk memerhatikan bintang di angkasa lepas

Wolf Cukier yang diambil oleh NASA pada internship musim panas tahun lalu sebagai seorang pembantu dalam melakukan penyelidikan. Beliau ditugaskan untuk mengklasifikasi data yang diambil menggunakan satelit canggih yang dibangunkan oleh NASA yang diberi nama TESS (Transiting Exoplanet Survey Satellite).

Tanggungjawab yang digalasnya ketika tempoh internship adalah untuk mengambil data tentang kepekaan cahaya bintang yang berada di sekeliling sistem solar untuk dibuat kajian dengan lebih lanjut.

Beliau telah menemui planet baru itu dengan tidak sengaja. Pada mulanya, beliau sedang memgambil bacaan kepekaan cahaya yang dihasilkan oleh bintang yang berada di sekeliling sistem solar melalui data yang diproses oleh satelit TESS.

Wolf Cukier kemudiannya tertarik dengan kepekaan sebuah cahaya yang mana pada mulanya, beliau menyangkakan itu adalah cahaya yang dikeluarkan oleh bintang. Tetapi beliau mula sedar bahawa cahaya yang dikeluarkan oleh bintang tersebut tidak selari dengan garis masa yang  sepatutnya.

Dari situ, beliau mula memerhatikan cahaya tersebut dan mula menanda di dalam buku catatannya sebanyak sepuluh kali tanda (*) untuk maklumat lanjut. Beliau kemudiannya telah memberitahu penyelianya iaitu Veselin Kostov tentang kejadian tersebut.

Beliau bersama-sama dengan penyelia membuat kajian yang lebih mendalam mengenai fenomena tersebut dan akhirnya mereka berdua berjaya mengesahkan bahawa ia adalah sebuah planet dan bukannya cahaya dari bintang.

Ia mengambil masa lebih kurang dua bulan bagi memastikan maklumat yang diterimanya itu betul. Ia merupakan planet pertama yang dijumpai oleh NASA dengan menggunakan satelit yang dibangunkan mereka sejak April 2018.

Menurut pihak NASA, planet tersebut sukar untuk dikesan menggunakan perisian yang dibangunkan untuk satelit TESS kerana kepekaan cahaya tidak dapat dibandingkan dengan tepat oleh perisian tersebut.

Kepekaan cahaya hanya dapat dibandingkan dengan tepat dengan menggunakan keadah manual seperti menggunakan mata kasar manusia. Dengan adanya progaram internship yang dijalankan oleh pihak NASA kepada pelajar luar, ia sedikit sebanyak dapat membantu pihak NASA daam mengenal pasti maklumat dengan lebih tepat.

Planet yang mempunyai dua bintang yang mengorbitkanya bukan lagi sains fiksyen dengan penemuan planet baru ini oleh Wolf

Planet yang dijumpai oleh Wolf ini boleh dikatakan agak ganjil di dalam sistem suria kita kerana planet ini mempunyai dua bintang yang mengorbit planet tersebut, sama seperti planet yang didiami oleh Luke Skywalker iaitu Tatooine dalam filem sains fiksyen terkenal iaitu Star Wars. Wolf Cukier juga mempunyai beberapa poster filem kegemarann ya itu yang digantung di dalam bilik tidurnya.

Planet yang diberi code name sebagai TOI 1338 b mempunyai saiz yang lebih besar daripada bumi sebanyak 6.9 kali ganda. Jarak di antara planet ini dengan bumi adalah sebanyak 1,300 tahun cahaya (satu saat cahaya bergerak sejauh 299,792km).

Dengan penemuan yang dilakukanya itu, Wolf Cukier telah menjadi seorang co-writer penemuan baru di dalam jurnal sains bagi tujuan penyelidikan. Kini beliau boleh bergaya dengan meletakkan pencapaian menemui planet baru di dalam resumenya nanti.

Beliau telah menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian di peringkat yang tertinggi di Universiti terkemuka dunia samada MIT, Stanford atau Princeton.

Sumber Rujukan:



Source link