Uncategorized

Resorts World Sentosa dan segala keseronokannya, semudah sentuhan Klook!


APAKAH cara untuk menikmati detik santai keseronokan yang bebas kesulitan sewaktu menyusun perancangannya?

Lebih-lebih lagi kalau menyedari bahawa ada cuti hujung minggu yang panjang lantaran tarikhnya bersambung dengan cuti umum. Pasti berbaloi kalau dapat pergi ke sesebuah destinasi menarik, bukan?

Seterusnya adalah faktor destinasi yang dipilih. Tidak terlalu jauh, dan tidak pula di dalam negara. Tidak terlalu berbeza suasana dan gaya hidup, tapi ada tarikan istimewa bertaraf antarabangsa.

Mudah! Jika melihat pada peta, laraskan pandangan ke selatan Semenanjung dan di seberang tambak. Apa yang kita jumpa? Singapura!

Maka, menjerit gembiralah anak-anak kecil (mahupun bagi dewasa yang masih berjiwa muda dan riang) tatkala terbayangkan segala tarikan aktiviti dan kejutan ekstravaganza di Resorts World Sentosa.

Resorts World Sentosa menyambut tetamunya dengan segala macam tarikan aktiviti buat seisi keluarga.

Tapi sebelum itu, dalam fikiran akan terlintas pula hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan perjalanan, tiket, harga dan pengisian kunjungan.

Mungkin semua itu tidak sukar bagi warga Johor Bahru yang sudah terbiasa dengan akses, maklumat dan nuansa lain yang berkaitan dengan Kota Singa itu. Namun, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia lain yang masih mengharapkan panduan tambahan?

Bertenang… sebelum tunduk pada rasa cemas yang tidak perlu, capailah sahaja telefon bimbit anda. Cari dan muat turun aplikasi Klook dan jadikan ia teman baik anda!

Semudah sentuhan jari di skrin, anda sudahpun selangkah ke alam percutian menyeronokkan! - Sumber Gambar Astro AWANI

Lega dan gembira

Umpama satu hentian serba pantas untuk merancang percutian, memang amat menyenangkan sekali apabila menggunakan Klook ini. 

Perkara pertama yang pasti membawa senyuman kepada penggunanya adalah idea bahawa anda tidak lagi perlu bersusah-payah untuk berada dalam barisan untuk membeli tiket secara manual. 

Hanya pilih pakej tarikan, tarikh dan bilangan individu, dan terus lanjutkan ke transaksi pembayaran.

Antara langkah demi langkah yang mesra pengguna dalam aplikasi Klook memang sangat membantu.

Sejurus pembayaran diterima, anda menerima pin rujukan dan kod sebagai bukti pembelian e-tiket… dan selesai!

Yang tinggal kini hanyalah urusan untuk mengemaskan beg pakaian anda!

Satu kelebihan membuat tempahan menggunakan aplikasi ini adalah pengguna akan mendapat jaminan harga terbaik yang semestinya menjimatkan kos, malah pilihan tiket terbuka (open dated) ke tarikan Resorts World Sentosa juga boleh didapatkan menerusi Klook.

Jadilah sebahagian daripada warga marin di S.E.A. Aquarium, Singapura. - Sumber Gambar Resorts World Sentosa

Impian samudera jadi nyata

Selain itu, anda kini hanya selangkah saja lagi ke pintu masuk untuk ‘berenang’ sebagai warga marin di S.E.A Aquarium dan The Maritime Experiential Museum.

Belum cukup jika hanya mengenal kehidupan daratan yang hanya kurang 30 peratus, jika anda boleh meneroka alam lautan yang merangkumi hampir tiga suku dari permukaan bumi.

Bayangkan, semuanya dipusatkan di S.E.A Aquarium, apabila lebih 100,000 hidupan marin daripada lebih 1,000 spesies diperkenalkan kepada pengunjung menerusi 50 habitat berbeza.

Adakah konsep berjalan merentasi akuarium dan meneroka dunia marin terlalu konvensional?

Oleh itu, daftarlah dengan Sea Trek Adventure untuk berada dalam alam yang dipenuhi ribuan hidupan laut, serta mendekati keajaiban ‘raksasa jinak’ dari samudera!

Sea Trek adalah peluang sekali seumur hidup yang membolehkan anda berjalan dan bernafas dengan bebas semasa meneroka dunia marin.

Atau seperti yang tidak pernah dilakukan, anda bersemuka dengan kawanan jerung menerusi Shark Encounter. Letakkan diri anda hanya beberapa inci daripada haiwan pemangsa yang suka bersembunyi dan menyergah itu.. dengan melihatnya dengan penuh taksub dan selamat di sebalik kepungan akrilik yang dibina khas.

Sea Trek membolehkan anda berjalan dan bernafas dengan bebas semasa meneroka dunia marin. - Facebook: Visit Singapore

Itu belum lagi bercakap mengenai program lawatan VIP yang menyediakan jurupandu khas yang bermaklumat, menyertai program menyelam skuba atau melangsungkan parti ulang tahun kelahiran mahupun perkahwinan sambil dikelilingi ribuan ikan yang seolah-olah merestui hari penting dalam hidup anda itu!

Manakala di The Maritime Experiential Museum, anda akan dibawa merentasi masa hingga kembali ke laluan sutera maritim era lampau. Sejarah dunia pelayaran bakal bertembung dengan angan-angan anda untuk menjiwai watak pahlawan di lautan.

Hidupkan semula kegemilangan penaklukan samudera di The Maritime Experimential Museum. - Sumber Gambar Resorts World Sentosa

Daripada mengenali kisah perdagangan Laluan Sutera, atau mengenal kapal dagang terhebat dalam lipatan sejarah, mempelajari aspek navigasi laut, hinggalah persiapan untuk melarikan diri daripada lanun, semua itu bakal menguji pengetahuan dan kemahiran anda.

Rasai pengalaman berada dalam simulasi multi-sensor yang diiringi kesan khas di Typhoon Theatre, di mana anda akan belayar atas kapal laut kurun kesembilan yang seterusnya berdepan engan ribut yang menakutkan! Nikmati elemen drama apabila kapal tersebut dihempas gelombang dan kemudian karam ke dasar laut. 

Di Universal Studios Singapore, tarikan yang bervariasi pasti membuatkan masa anda terisi dengan keseronokan.

Keriangan tiada penghujung

Selain membantu anda mendapatkan akses berinteraksi dengan sebahagian mamalia marin mengagumkan menerusi Dolphin Island; atau menaiki gelongsor berkelajuan tinggi di Adventure Cove Waterpark, malah menikmati makan malam romantis di dalam kereta kabel tersebut, Klook juga adalah gerbang tiket untuk anda menikmati perasaan uforia di Universal Studios Singapore.

Jeritlah sepuas hati dengan menaiki pelbagai ‘ride’ yang melonjak adrenalin seperti Battlestar Galactica: HUMAN vs CYCLON atau TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Kemudian disusuli dengan berhibur dengan aneka persembahan spektakular seperti tarian di jalanan dan muzikal di pentas.

Kenangan manis di Universal Studios Singapore pastinya terpatri selepas bertemu watak kesayangan melalui sesi ‘meet and greet’, selain menikmati pengalaman kulinari menyelerakan, selain – tentu sekali – membeli-belah!

Walau apapun pilihan yang dibuat, nikmatilah detik percutian dan ini tentunya bakal menjadi kenangan paling manis untuk diri anda, keluarga tersayang dan rakan-rakan yang berkongsi waktu yang berkualiti.

Ingat… semuanya bermula dengan satu sentuhan mudah di skrin telefon bimbit anda!

Dapatkan aplikasi ini di App Store atau Google Play , atau lawati laman web hari ini!

UNIVERSAL STUDIOS, UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE, Universal Globe logo, and all Universal elements and related indicia TM & © 2019 Universal Studios. All Rights Reserved.





Source link