Artikel Terkini

Riena Amirah juara Ikon Zayan HijabStar, bawa pulang RM5,000!


MODEL dan usahawan, Riena Amirah Mohammad Zamri berjaya meraih gelaran juara Ikon Zayan HijabStar.

Pencarian ikon Zayan HijabStar yang dianjurkan oleh Zayan, destinasi gaya hidup Muslim moden dan NU Ideaktiv, selaku rakan media bersama MAX Fashion, penaja utama, dalam mencari ikon HijabStar yang boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.

Gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Jeli, Kelantan ini berjaya mengatasi empat finalis lain dalam acara akhir yang diadakan di MAX Fashion, IOI City Mall, Putrajaya.

“Alhamdulillah, pencarian Ikon Zayan HijabStar memberikan pengalaman baru untuk saya. Sejujurnya, saya tak sangka dapat menjadi juara menewaskan finalis lain namun rezeki berpihak kepada saya.

“Saya merupakan seorang usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia hiburan menjadi model serta pelakon untuk iklan komersial.

“Saya berharap gelaran juara Ikon Zayan HijabStar ini dapat menjadi batu loncatan untuk saya meluaskan lagi nama dalam bidang seni,” kata graduan dalam bidang pemasaran perniagaan di Universiti Kuala Lumpur ini.

Di acara akhir itu, Riena membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi kemenangan dan sejambak bunga daripada Zayan, Majalah Hijabista dan MAX Fashion.

Empat finalis pencarian Ikon Zayan HijabStar yang lain ialah Wanie, Emilia, Lini Baira dan Syafiqa Haniza.

Semua finalis menjalani penjurian dari Mawi (personaliti Zayan), Nursuziana Zulkifli (Pengarang majalah Hijabista), Nabila Razali (penyanyi) dan Farah Dinana (penata gaya fesyen).

Menerusi acara akhir yang dihoskan oleh dua personaliti Zayan iaitu Lin Ariffin dan Falyq Hikyle, penonton turut dihiburkan dengan Nabila Razali yang memeriahkan finale dengan persembahan lagu Pematah Hati.

Turut hadir ke acara terbabit ialah dua personaliti Zayan, Anas Tahir dan Azhar Hilmi bersama Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor.





Source link