Artikel Terkini

Saham di Bursa AS ditutup tinggi pada Selasa



SAHAM di Bursa Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi dalam dagangan Selasa.

Namun ia hilang lebih 50 peratus kenaikan yang dicapai pada sekitar tengah hari.

Antara faktor yang menyokong kenaikan termasuk jangkaan permintaan yang menaik dengan lebih banyak perniagaan mula menyambung operasi mereka.

Pada semakan akhir, indeks S and P naik 25 mata, indeks Dow Jones naik 133 mata dan indeks Nasdaq naik 98 mata.

Saham di pasaran AS kini mencatatkan kenaikan sejak akhir Mac dengan pelabur melihat melangkaui cabaran berdepan ekonomi global.

Menurut laporan The Associated Press, pelabur kini memfokuskan kepada pembukaan semula ekonomi dan sokongan pasaran oleh The Fed.

Pasaran dilihat kurang dipengaruhi penguncupan data ekonomi perkhidmatan yang diumumkan pada Selasa.

Dalam masa yang sama, harga minyak untuk penghantaran Jun di AS naik 20 peratus kepada ASD24 setong.





Source link

Related Posts