Artikel Terkini

Saham di pasaran AS ditutup tinggi pada Khamis

51584267689 TBMarket - Saham di pasaran AS ditutup tinggi pada Khamis



61584267696 TBMarket - Saham di pasaran AS ditutup tinggi pada Khamis

NEW YORK: Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi dalam dagangan Khamis dengan Indeks Dow Jones mengakhiri dagangan dengan naik 377 mata.

Dalam masa yang sama, Indeks S&P 500 naik 1.15 peratus dan Nasdaq naik 0.91 peratus.

Ini biarpun dengan laporan bahawa wujud peningkatan dalam jumlah pemohon bantuan pengangguran di AS sebanyak 3 juta orang pada minggu lepas.

Menurut laporan The Associated Press, ketika ini pelabur berbelah bahagi kerana pembukaan ekonomi AS yang dijangka memulihkan ekonomi dan mungkin meningkatkan jangkitan baharu.

Antara saham yang mencatatkan kenaikan adalah saham bank dan saham syarikat minyak.

Ini selepas laporan harga minyak mentah meningkat sebanyak 9 peratus.

Menurut laporan CNBC, antara data yang dijangka diumumkan pada hari ini adalah data jualan runcit, pengeluaran perindustrian dan sentimen pengguna di AS.





Source link

Related Posts