Uncategorized

Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu

Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu 1



Saham MAHB tinggi susulan jangkaan pengumuman PSC baharu 2

KUALA LUMPUR: Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal hari ini, didorong oleh jangkaan bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengumumkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) baharu bulan ini.

Pada 11.14 pagi, harga saham meningkat tujuh sen kepada RM8.30 dengan 406,900 saham bertukar tangan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB Research berkata PSC baharu yang akan dilaksana pada 1 Jan, 2020, akan menampakkan pendapatan MAHB yang mampan pada masa hadapan.

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan ‘beli’ ke atas pengendali lapangan terbang itu dengan harga sasaran pada RM9.20 dalam tempoh 12 bulan akan datang berdasarkan nilai tarikannya dengan jumlah pendapatan yang mampan.

“Berita mengenai kutipan PSC yang rendah bagi penerbangan antarabangsa bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah neutral kepada pendapatan MAHB kerana ia akan dilaksanakan menerusi kaedah bayaran pengguna secara kontra.

“Risiko penurunan pula membabitkan jumlah trafik penumpang yang lebih lemah daripada jangkaan, rangka kerja asas eset yang tidak sesuai, hasil negatif akibat kes-kes mahkamah yang berterusan, dan susut nilai yang ketara lira Turki,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts