Uncategorized

Saham MTAG Group Boleh Dipohon di MITI Pada Harga RM0.53 Seunit


Musim IPO kembali rancak nampaknya, dan terbaru syarikat MTAG Group Berhad bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.

Golongan Bumiputera bertuah kerana saham MTAG Group ini boleh dipohon di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan harga RM0.53 seunit. Ada sebanyak 68,161,500 unit diperuntukkan untuk golongan Bumiputera, boleh tahan banyak jugalah.

Saham Khas Bumiputera bagi syarikat MTAG Group dibuka bermula 24 Jun 2019 (Isnin) sehingga 28 Jun 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Minima pembelian 1000 unit, jadi modal minima adalah RM530 untuk beli di MITI ni.

Siapa MTAG Group Berhad ni?

MTAG merupakan syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam percetakan label dan pelekat serta turut terlibat dalam pengedaran pita industri dan produk pelekat di bawah jenama 3M dan Henkel.

Sumber: https://mtaggroup.com/

Langkah-Langkah Nak Beli IPO MTAG Group Melalui MITI

1. Klik Laman Web Saham Online MITI

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan Bagi Pengguna Yang Telah Berdaftar

3a. Bagi Yang Belum Berdaftar, Pilih Jenis Pelabur (Individu) Dan Klik Daftar

3b. Lengkapkan Borang Pendaftaran

3c. Pendaftaran Dah Selesai, Semak Emel

3d. Log Masuk Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan

4. Klik Pohon IPO MTAG Group Berhad

5. Masukkan Jumlah Unit Yang Hendak Dipohon (Minima 1000 Unit)

Sediakan Dokumen Penting

Bila dah submit online, sila rujuk kepada senarai semak dan pastikan semua dokumen lengkap. Penyata Kewangan adalah penting, begitu juga Penyata ASB dan Tabung Haji.

Sebab menerusi penyata kewangan inilah, MITI boleh tahu berapa jumlah unit yang kita layak untuk beli. Kalau letak bilangan unit tinggi, tapi tiada dokumen sokongan yang cantik, kalau dapat nanti akan ikut kita punya kemampuan.

Bagi Pegawai Kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.

Kelebihan Memohon IPO Melalui MITI

Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Sebaliknya bagi IPO yang dipohon melalui bank pelaburan atau broker pula, proses sangat mudah dan semuanya dibuat secara online, tetapi peluang tipis nak dapat IPO tersebut. Ini kerana persaingan sangat tinggi, ramai orang yang apply IPO online, dan terpaksa pula bersaing dengan golongan Bukan-Bumiputera.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu dulu, sebelum nak apply IPO ni pastikan anda tahu rahsia nak senang lulus. Patutlah ada orang asal mohon IPO je konfem dapat, kita yang tak tahu mungkin susah sikit nak dapat.

Cerita banyak tak guna, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Komen

komen





Source link