Uncategorized

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 1


Pada minggu lepas (29 Mac 2019), kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak saham syarikat GETS Global Berhad, yang dulunya dikenali sebagai KBES Berhad (Konsortium Bas Ekspres Semenanjung).

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 2

Sumber: Bursa Marketplace

Saham GETS ni telah naik daripada harga RM0.13 untuk ditutup pada harga RM0.34 pada hari Jumaat.

Khamis 28 Mac 2019: RM0.13

Jumaat 29 Mac 2019: RM0.34

Kenaikan: RM0.21 atau 161.54% dalam masa sehari

Pelantikan Mirzan Mahathir Puncanya

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 3

Sumber: Bursa Malaysia

Hari Khamis pengumuman bahawa Mirzan Mahathir, anak kepada Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bukan eksekutif syarikat GETS Global ni, hari Jumaat naik tak agak-agak.

Mirzan juga merupakan pengerusi dan CEO bagi Crescent Capital Sdn Bhd, dan turut menjadi ahli lembaga pengarah syarikat Petron Corporation (syarikat minyak) yang disenaraikan di Pasaran Saham Filipina; dan juga SBI Offshore Ltd yang disenaraikan di Pasaran Saham Singapura.

Siapa GETS Global ni?

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 4

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 5

Sumber: Laman Web GETS Global

Tak banyak yang boleh diperolehi daripada laman web GETS Global ni, sebab ianya sedang dikemaskini. Siapa yang biasa naik bas mesti pernah dengar atau naik bas yang disediakan oleh KBES (Konsortium Bas Ekspres Semenanjung).

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 6

Sumber: Laman Web KBES

Macam familiar kan? Pernah nampak atas jalanraya? Atau pernah naik bas KBES ni?

Prestasi Kewangan GETS Global

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 7

Sumber: MalaysiaStockBiz

Kalau dilihat kepada prestasi kewangan syarikat, nampak tidak memberangsangkan. Perolehan kelihatan menurun, kerugian pula boleh tahan banyak. Senang cerita Fundamental memang tak bagus.

Tapi disebabkan ada satu berita atau catalyst yang baik, minat belian meningkat naik sekaligus harga saham pun melonjak naik.

Apa nasibnya selepas ini? Mungkinkah prestasi kewangan syarikat dapat diperbaiki?

Saham Syarikat Bas Yang Sedang Rugi Tiba-Tiba Naik Mencanak 8

Komen

komen





Source link