Uncategorized

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 1


Bermula daripada 15 April 2019 sehingga 19 April 2019 pukul 12.00 tengahari, orang ramai dah boleh memohon Peruntukan Saham Khas Bumiputera melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dan tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 26 April 2019 (Jumaat) pukul 4.30 petang.

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 2

Siapa UWC Berhad Ni?

UWC Berhad adalah sebuah syarikat induk pelaburan dengan anakanak syarikatnya terlibat dalam menyediakan perkhidmatan fabrikasi kepingan logam presisi dan servis pemasangan sera pemesinan komponen logam presisi.

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 3

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 4

Sumber: Lawan Web UWC

Langkah-Langkah Nak Beli IPO QSR Melalui MITI

1. Klik Laman Web Saham Online MITI

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 5

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan Bagi Pengguna Yang Telah Berdaftar

3a. Bagi Yang Belum Berdaftar, Pilih Jenis Pelabur (Individu) Dan Klik Daftar

3b. Lengkapkan Borang Pendaftaran

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 6

3c. Pendaftaran Dah Selesai, Semak Emel

3d. Log Masuk Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan

4. Klik Pohon IPO UWC Berhad

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 7

5. Masukkan Jumlah Unit Yang Hendak Dipohon (Minima 1000 Unit)

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 8

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 9

Sediakan Dokumen Penting

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 10

Bila dah submit online, sila rujuk kepada senarai semak dan pastikan semua dokumen lengkap. Penyata Kewangan adalah penting, begitu juga Penyata ASB dan Tabung Haji.

Sebab menerusi penyata kewangan inilah, MITI boleh tahu berapa jumlah unit yang kita layak untuk beli. Kalau letak bilangan unit tinggi, tapi tiada dokumen sokongan yang cantik, kalau dapat nanti akan ikut kita punya kemampuan.

Bagi Pegawai Kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.

Ingat ya, tarikh akhir penghantaran borang untuk permohonan IPO UWC Berhad ini adalah pada 26 April 2019 (Jumaat) pukul 4.30 petang.

Kelebihan Memohon IPO Melalui MITI

Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Sebaliknya bagi IPO yang dipohon melalui bank pelaburan atau broker pula, proses sangat mudah dan semuanya dibuat secara online, tetapi peluang tipis nak dapat IPO tersebut. Ini kerana persaingan sangat tinggi, ramai orang yang apply IPO online, dan terpaksa pula bersaing dengan golongan Bukan-Bumiputera.

Kenapa nak beli IPO ni? Tengok saja Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari. Boleh tengok juga Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari.

Saham UWC Berhad Boleh Beli Melalui MITI, Khas Untuk Bumiputera 11

Komen

komen





Source link