Artikel Terkini

Santan buka peluang kepada pekerja AirAsia jadi penghantar makanan



KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata setakat ini lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian telah merebut peluang berkenaan dalam tempoh yang tidak dijangka ini.

“Dalam menempuhi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kita perlu kekal kuat serta berani. Kakitangan Santan telah bekerja keras bagi memastikan makanan seperti nasi lemak Pak Nasser dan hidangan-hidangan lain dapat disediakan kepada semua sepanjang tempoh ini.

“Kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia menerusi kasih sayang kita kepada makanan, sama ada semasa penyediaan atau penghantaran, kita semua #InThisTogether,” kata Goh dalam kenyataan.

Pada masa ini, 70 peratus daripada perniagaan Santan adalah membabitkan perkhidmatan penghantaran, manakala selebihnya untuk bawa pulang.

Menurutnya Santan yang dibuka secara rasmi pada Disember 2019 dijangka akan terus memperluas perkhidmatan seumpama itu dan makanan sejuk beku di samping memberi tumpuan untuk mempelbagaikan menu.

Ia juga berhasrat mewujudkan e-bazar Ramadan.

Ketika ini, Santan turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan dengan mewujudkan kempen ‘Santan Hospital Donation Package.’

Kempen tersebut masih dijalankan dan sesiapa yang berminat boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada Santan di talian +6018 378 2274.

— BERNAMA





Source link

Related Posts