Artikel Terkini

Satu Negara Dua Sistem, Hubungan Unik Tanah Besar China Dengan Hong Kong


China mengambil langkah yang drastik dengan memperkenalkan undang–ndang baru terhadap Hong Kong yang mana untuk mengekang tunjuk perasaan anti-China yang telah berlarutan selama setahun yang telah menjejaskan ekonomi Hong Kong.

China yang menyatakan pendirian itu sebagai langkah keselamatan untuk menjaga keamanan di wilayah yang sedang bergolak itu akibat tindakan penunjuk perasaan yang hampir setiap hari melaungkan slogan anti-China serta bertempur dengan dengan pihak berkuasa Beijing.

Tindakan yang dilakukan oleh China itu telah dikritik hebat oleh negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutu terdekatnya, Britain. Pasti kita tertanya-tanya kenapa penduduk Hong Kong amat benci dengan Beijing walaupun mereka sebenarnya satu bangsa.

Kena Fahamkan Sejarah Terlebih Dahulu

Faktor yang menyebabkan penduduk Hong Kong tidak menggemari Beijing adalah kerana sistem pemerintahan kedua negara ini adalah sangat berbeza.

Mari kita lihat bagaimana wilayah Hong Kong ini terbentuk yang menjadikan sistem pemerintahnya berbeza dengan Beijng.

Hong Kong pada kurun ke-19 merupakan sebuah wilayah yang dimiliki oleh kerajaan China dibawah Dinasti Qing. Hubungan tegang di antara Dinasti Qing dengan pihak British ini tercetus akibat perebutan penguasaan perdagangan komoditi teh dan juga candu.

Dalam siri peperangan dinatara dua kerajaan ini, banyak kemenangan berpihak kepada British yang meyebabkan British berjaya menakluk Hong Kong pada ketika itu.

Akibat kekalahan dengan peperangan itu, Dinasti Qing bersetuju untuk memberi pinjaman wilayah Hong Kong itu kepada pihak British selama 99 tahun.

Sejak daripada itu, sistem pemerintahan Hong Kong mengikut acuan yang diterapkan oleh negara barat kerana ianya di bawah penguasaan British. Sistem demokrasi yang diterapkan di dalam pemerintahan Hong Kong telah menjadi sebati dengan kehidupan mereka.

Daripada segi ekonomi pula, Hong Kong mengamalkan sistem kapitalis dan menjadikan wilayah itu sebagai sebuah gergasi ekonomi yang digeruni di benua Asia. Hong Kong merupakan lubuk pelaburan bagi kebanyakan pelabur asing yang ingin melabur di Asia kerana kemakuran ekonomi yang diperolehi oleh wilayah tersebut di bawah sistem kapitalis yang digunapakai oleh mereka.

Kebangkitan China

Negara China selepas perang dunia kedua mula bergabung dan akhirnya pada tahun 1949 berjaya Mao Zedong menyatukan seluruh wilayah di China menjadi sebuah negara di bawah pemerintahan komunis. Mao Zedong yang menjadikan China sebagai sebuah negara komunis dan akhirnya pemerintahan kuku besi ke atas semua wilayah China dijalankan untuk memastikan wilayah tersebut tunduk dibawah pemerintahan komunis.

Dekad demi dekad negara China mula berkembang maju dan kemajuan tersebut dicapai apabila pihak China mula membuka ekonomi mereka kepada dunia luar dengan mengambil sedikit sistem ekonomi barat. Dengan keadaan ekonomi yang semakin kuat, China semakin yakin untuk menuntut hak wilayah autonomi Hong Kong dari Britain.

Akhirnya pada tahun 1997, Britain terpaksa menyerahkan wilayah Hong Kong kepada China sebagai mementerai perjanjian yang mereka sepakati pada kurun ke-19 .

Walaupun pihak Britain telah menyerahkan Hong Kong kepada China, mereka telah sepakat dengan membuat satu perjanjian baru yang mana Hong Kong telah diserahkan kepada pihak China tetapi merka telah bersetuju untuk menjadikan Hong Kong sebuah wilayah yang menggunakan sistem pemerintahan demokrasi yang berbeza dengan sistem yang diterapkan di China sehingga tahun 2047 yang mana sistem ini dikenali sebagai One Country, Two Systems bagi melindungi hak rakyat Hong Kong.

Sebelum penyerahan pulau tersebut kepada pihak China ramai rakyat Hong Kong mula meninggalkan Hong Kong sebelum tahun 1997 kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Beijing ke atas wilayah tersebut. Pada tahun lepas tecetus satu tunjuk perasaan besar besaran terhadap China kerana memprotes tindakan China dalam urusan perundangan yang berlaku di Hong Kong.

Ini telah menyebabkan Beijing mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan pada awal bulan ini di atas nama keselamatan negara. 

Sumber Rujukan:



Source link