Artikel Terkini

SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Senarai Semak Tadbir Urus Korporat Mesyuarat Agung Tahunan untuk Pemegang Saham (Annual General Meeting Corporate Governance List for Shareholders atau Senarai Semak AGM CG) untuk menggalakkan perbincangan yang bermakna antara para pemegang saham dan lembaga pengarah ketika mesyuarat agung tahunan (AGM). Senarai Semak AGM CG dibangunkan dengan kerjasama Majlis Pelabur Institusi Malaysia dan Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti.

Mesyuarat agung merupakan platform penting bagi pengarah dan pengurusan kanan untuk mengadakan pembabitan bersama para pemegang saham dalam memudahcarakan pemahaman terhadap perniagaan, tadbir urus dan prestasi syarikat. Oleh itu, Hasil yang Diinginkan daripada Amalan 12 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia adalah bahawa para pemegang saham berupaya mengambil bahagian, mengadakan pembabitan bersama lembaga dan pengurusan kanan dengan berkesan dan membuat keputusan mengundi yang bermaklumat ketika menghadiri Mesyuarat Agung.

“Pemegang saham memainkan peranan penting dalam memacu tingkah laku korporat yang bertanggungjawab dan AGM merupakan salah satu platform di mana mereka boleh membangkitkan isu-isu penting untuk perbincangan atau mencari penjelasan daripada lembaga dan pengurusan. Senarai Semak AGM CG bertujuan membimbing pemegang saham mengenai isu-isu penting yang perlu mereka pertimbangkan atau utarakan ketika AGM sebelum mereka menjalankan hak mengundi mereka,” menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Ini terutamanya berkaitan dengan resolusi yang biasanya dibentangkan di AGM seperti pelantikan para pengarah, kelulusan yuran pengarah dan pelantikan juruaudit. Ia juga mengingatkan para pemegang saham untuk membincangkan bersama lembaga pengarah dalam isu kritikal lain termasuk langkah-langkah kelestarian dan pencegahan rasuah.

Walaupun Senarai Semak AGM CG dibangunkan untuk para pemegang saham, pihak berkepentingan lain seperti pengguna dan bakal pelabur adalah digalakkan untuk menggunakan senarai semak untuk memahami dan menilai prestasi, dasar dan amalan syarikat.

Penerbitan senarai semak AGM CG merupakan salah satu penyampaian di bawah Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC (2017-2020) SC. Ia boleh dimuat turun di laman sesawang SC di sini.

SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham1 700x1053 - SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham
SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham2 700x903 - SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham
SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham3 700x840 - SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Ads 300x250 b2 - SC Keluarkan Senarai Semak AGM CG untuk Tingkat Aktivisme Pemegang Saham





Source link