Artikel Terkini

Sebenarnya Pengagihan Pendapatan ASB Adalah Berdasarkan Budi Bicara?


Adat pelaburan, ada untung ada rugi. Ada ups and downs nya.

Dan orang sering kaitkan pelaburan dengan perniagaan. Peniaga nasi lemak tepi jalan yang hari-hari mesti sold out pun, kalau ditakdirkan pagi tersebut hujan lebat; maka pastinya tak ramai yang akan singgah beli nasi lemak pagi itu. Anggaplah kita takde rezeki pada hari tersebut.

Yang tak ada rugi tu, biasanya skim cepat kaya.

Berbalik kepada pengumuman ASB Bagi Pengagihan Pendapatan 5.5% Bagi Tahun 2019, ianya merupakan prestasi yang terendah dalam sejarah sejak tahun 1990.

Pernah juga ASB berikan pulangan berbelas-belas peratus, namun kini ianya kelihatan semakin menurun pula. Dan yang lebih mengejutkan lagi, pihak ASB akan memberi pengagihan pendapatan daripada keuntungan yang dijana mereka, sekiranya ada, dan ianya tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan pemegang amanah.

Nampak seperti konsep jaminan simpanan (Wadiah Yad Dhamanah) seperti akad yang digunakan Tabung Haji sebelum ini.

Ini bukan cerita rekaan. Maklumat ini jelas tertera dalam halaman PROSPEKTUS & HALAMAN SERLAHAN PRODUK di laman web ASNB.

Sumber: http://www.asnb.com.my/asnbv2_2funds.php

Tak berapa jelas dengan info di atas, jom kita zoom:

Dengan adanya ayat penyata ini, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku pengurus dana bebas untuk memberikan pulangan kepada para pelabur berdasarkan peratusan yang mereka rasa wajar.

Tidak seperti unit amanah lain, pulangan kepada para pelabur adalah 100% berdasarkan prestasi kewangan/pelaburan mereka.

Kalau nak tahu, atau memang dah tahu pun, ASB banyak melabur di pasaran saham tempatan Bursa Malaysia. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Nak Tahu Dekat Mana ASB Laburkan Duit Kita?

Dan untuk rekod, Prestasi Top 20 Pegangan Skim ASB Dalam Bursa Malaysia Meningkat Bagi Setengah Tahun 2019.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-Skim-ASB-di-Bursa-Malaysia-700x566.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Namun pulangan daripada ASB telah merosot sejak kebelakangan ini:

This image has an empty alt attribute; its file name is Pulangan-ASB-2019-700x525.png

Memandangkan ASB merupakan jerung yang banyak melabur di Bursa Malaysia. Ada tahun mesti untung besar, ada tahun untung sikit, ada tahung rugi besar, dan ada tahun rugi sikit.

This image has an empty alt attribute; its file name is 190129-Prestatsi-FBMKLCI-1982-2019.png

Tengok saja prestasi tahunan FBM KLCI (30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia) seperti di atas. Bukan untung setiap tahun, ada juga tahun yang rugi.

Maknanya bila untung besar, ASB tak boleh bagi pulangan yang besar kerana perlu menampung pula tahun-tahun yang rugi. Sama juga bila tahun tersebut pelaburan ASB mengalami kerugian, takkan tak bagi apa-apa pulangan langsung kepada para pelabur?

Persoalannya sekarang, jika pihak ASB memberi pengagihan pendapatan daripada keuntungan yang dijana mereka, sekiranya ada, dan ianya tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan pemegang amanah; apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan kadar pengagihan pendapatan tersebut?



Source link