Uncategorized

Sekatan EU: Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke pasaran sedia ada

Sekatan EU: Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke pasaran sedia ada 1



Sekatan EU: Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke pasaran sedia ada 2

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meningkatkan eksport minyak kelapa sawit ke pasaran sedia ada sekiranya Kesatuan Eropah (EU) terus mengenakan sekatan terhadap import komoditi itu dari negara ini.

Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Nageeb Abdul Wahab berkata Malaysia telah mula melihat ke arah negara lain seperti Pakistan, Iran, China, Turki dan India.

“Strategi kita adalah untuk mencari pasaran yang lain bagi menggantikan EU.

“Kita merancang untuk meningkatkan eksport ke negara-negara seperti Pakistan, Iran, Turki, China dan India.

“Sekurang-kurangnya kita ada pasaran penggantinya jika EU benar-benar tidak ingin membeli minyak kelapa sawit kita,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi.

Tambah Nageeb, negara-negara ini menjadi tumpuan kerana mereka merupakan pembeli utama minyak kelapa sawit negara.

Menurut rekod pasaran eksport hasil terbitan Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOC), India muncul di tempat teratas dengan sebanyak 1.229 juta tan dari Januari hingga Mei 2018.

Ia diikuti China (710,000 tan), Pakistan (529,000 tan) dan Turki (308,000 tan).

Menteri Industri Utama, Teresa Kok pada Isnin berkata kerajaan meneroka pasaran baharu di Timur Tengah, Afrika Utara dan Ethiopia serta berkata negara-negara baharu ini memberikan respons yang baik terhadap pengeluaran minyak sawit negara. 

Sebelum ini, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan bertindak balas termasuk kemungkinan membeli pesawat pejuang dari China jika EU terus mengenakan sekatan terhadap minyak kelapa sawit dari negara ini.

Tegas Dr Mahathir, sekatan berkenaan semata-mata bagi menjaga kekayaan ekonomi EU dan dilakukan secara tidak adil.





Source link

Related Posts