Artikel Terkini

Selain Tilam, Ini 7 Lagi Kawasan Persembunyian Pepijat Di Rumah


Pepijat seperti yang kita tahu menghuni di tempat tidur atau tilam. Jika anda mempunyai masalah gatal-gatal akibat pepijat, anda mungkin tidak akan senang duduk jika tahu yang sebenarnya ia boleh membiak hampir dimana-mana sahaja.

Pepijat tidak hanya gemarkan tempat lembut, gebu yang mempunyai banyak lapisan untuk bersembunyi, mereka juga suka tinggal dalam lubang retakan pada lantai dan dinding, laci meja dan di sebalik bingkai. Pendek kata,tiada tempat yang bebas pepijat!

Jika rumah anda dihantui pepijat dan anda tidak tahu mana nak mula, cuba periksa di kawasan-kawasan berpotensi berikut :

1. ALMARI


Tempat pertama yang anda perlu periksa selepas tilam dan katil adalah almari baju. Pepijat memang sukakan gelap jadi almari tertutup yang dipenuhi baju adalah tempat yang amat ideal. Untuk mengusir semua pepijat, basuh semua isi almari tersebut; baju, kain, seluar mahupun cadar. Setelah dibasuh, perisa dahulu pakaian sebelum disimpan semula kedalam almari.

2. LACI

Sama seperti almari, keluarkan segala kandungan laci dan basuh bersih-bersih. Tetapi untuk laci, anda perlu ambil berus atau berus gigi terpakai dan gosok pada celah-celah dan sudut laci. Beri perhatian khusus pada tempat kecil dan tersembunyi yang biasanya tidak dapat dilihat.

3. BINGKAI GAMBAR

Ya betul, bingkai gambar atau bingkai lukisan. Sama ada didalam mahupun diatas gambar. Jadi, rajin-rajin lah periksa dan lap sekeliling bingkai.

4. SUIS ELEKTRIK, PAPAN LANTAI, PAPAN SKIRTING

Anda sudah tahu pepijat katil suka ruang kecil sebagai tempat persembunyian mereka. Jadi cuba fikirkan mana-mana rekahan atau retakan yang ada disekeliling kediaman. Dan apabila anda jumpa kawasan berpotensi, gunakan vakum untuk menyedut pepijat keluar. Untuk pastikan tiada pepijat boleh masuk lagi, gam atau tampal bahagian yang retak tadi.

5. RAK BUKU

Jangan lupa lakukan juga pemeriksaan yang mendalam pada rak-rak buku anda. Ambil semua buku-buku dan selak setiap halaman dan celah-celah buku jika terdapat lubang, gunakan berus kecil untuk bersihkan dengan terperinci.



Source link