Uncategorized

Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton

Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton 1


Beliau dilahirkan pada 12 November 1912 di bandar kecil Winchester, Tennessee di Amerika Syarikat. Berbeza dengan lagenda dunia kewangan yang lain, beliau dilahirkan dalam golongan pertengahan. Ayahnya Harvey bekerja dalam perindustrian, peguam, seorang pakar inovasi, petani, pemaju perumahan, dan mempunyai beberapa pekerjaan lain. Manakala ibunya Vella merupakan individu yang sangat berbakat dalam bidang seni.

Nama sebenar beliau ialah John Marks Templeton. Seperti gelaran yang diberikan kepada beliau iaitu ‘The Christopher Columbus Of Investors’, beliau banyak menghabiskan masa luar daripada kawasan bandar yang besar atau pun kawasan golongan elit. Beliau telah mengembara ke 40 buah negara yang menyebabkan beliau mempunyai falsafah pelaburan daripada sudut prespektif global.

Semasa zaman kolej apabila memasuki tahun kedua, ayahnya memberi satu pengajaran yang paling bermakna dalam hidup beliau. Nak tahu apa dia? Ayahnya tidak mengeluarkan duit untuk menampung perbelanjaan kolej beliau. Ini telah menjadi satu pembakar semangat untuk beliau bekerja keras bagi menampung perbelanjaan harian dan persekolahannya sendiri.

Di Antara Pelabur Global Yang Terawal

Sir John sangat terkenal dengan pelbagai sumbangan kepada dunia pelaburan, di antaranya beliau sebagai peneroka kepada negara-negara pembangun seperti membantu saham-saham yang di dagangkan di dalam negara tersebut dan banyak lagi. Sesetengah media menggelar beliau sebagai ‘All-Time Greatest Global Money Manager’.

Beliau merupakan pengasas kepada ‘Templeton Mutual Fund Organization’, dan merupakan di antara individu terawal yang memperkenalkan pelaburan luar dari negara Amerika Syarikat sebagai seorang Global Investor. Di antara saham-saham negara membangun yang beliau pernah laburkan adalah Jepun, Argentina, Korea Selatan dan banyak lagi. 

 Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton 2

Kunci Kejayaan: Sabar, Fokus Dan Amalkan Pendekatan Contrarian

Pada permulaan kerjaya beliau, Sir John mengikuti kelas pembelajaran daripada seorang ikon pelabur tersohor, iaitu Benjamin Graham. Seperti mentornya, beliau hanya melihat pada saham yang betul-betul mempunyai kualiti, potensi dan sangat murah. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja beliau, beliau hanya menyimpan $0.50 daripada setiap $1 apa yang beliau miliki.

Berdasarkan konsep asal mentornya, beliau hanya betul-betul membeli saham ketika terlalu murah. Konsep ini juga bukan hanya digunakan di dalam dunia saham, tetapi ketika dalam proses hidup seharian juga beliau turut amalkan. Contohnya, berbelanja keperluan seperti pakaian, kasut, rumah, kereta dan sebagainya beliau sentiasa memilih untuk membeli yang termurah.

Beliau juga sangat menekan kan untuk sentiasa mengunakan pendekatan Contrarian dalam dunia saham. Iaitu beli ketika orang ramai sudah terlalu banyak menjual, atau menjual ketika orang ramai terlalu banyak yang membeli. Memetik kata-kata Don Reed, presiden Templeton Investment Counsel yang menjelaskan cara Sir John Templeton melaksanakan pendekatan contrarian:

Satu hari saya bertanya kepada beliau, kenapa dia tidak membeli saham Quaker Oats pada tahun 1990? Lalu dia menjawab, saya sentiasa makan Quaker Oats setiap pagi, saya tahu ia baik untuk kesihatan, menurunkan kandungan kolestrol, dan ianya sangat popular di kalangan pelabur untuk membeli saham Quaker Oat. Tetapi bukan saya, walaupun Quaker Oat mempunyai profail syarikat yang baik namun ianya di paras harga yang terlalu tinggi dan tidak berbaloi membelinya ketika terlalu mahal serta menjadi tumpuan orang ramai’.

Kejayaan Sir John Templeton

Sebelum Perang Dunia Kedua, Amerika berada dalam kemelesetan (recession) ekonomi. Namun selepas berlakunya Perang Dunia Kedua yang bermula di Eropah, beliau mendapati wujudnya peluang kepada ekonomi Amerika Syarikat yang berupaya meningkatkan serta membaik pulih ekonomi negara mereka.

Tanpa membuang masa, beliau telah melabur $10,000 dan membeli $100 share saham yang mempunyai nilai kurang daripada $1 bagi setiap 1 saham. 4 tahun selepas itu beliau menjual dana asal $100 pada harga $40,000.

Pada tahun 1940 beliau telah beralih kepada bidang lain iaitu Money Manager, dengan bekerja kepada pelanggan persendiriannya. Pada tahun 1954, beliau melancarkan Mutual Fund, di mana menurut Lipper Analytical Services, Mutual Fund yang beliau bangunkan berada di tempat pertama mengalahkan syarikat pelaburan yang lain, selama 25 tahun (1967-1992).

Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton 3

Anugerah Kejayaan Sir John Templeton

Sebagai seorang individu yang diangkat menjadi wira di Wall Street, terlalu banyak anugerah, penghormatan dan penghargaan peribadi yang telah beliau terima. Tidak kurang juga dengan sumbangan derma beliau yang terlalu banyak kepada badan-badan amal dan rumah-rumah kebajikan. Pada tahun 2007 pula, Majalah Time mengiktiraf Sir John sebagai salah seorang individu paling berpengaruh sepanjang zaman di dalam kategori Power Giver.

Tahun 2008, maka tamatlah riwayat hidup seorang lagenda dunia pelaburan yang banyak memberi sumbangan kepada dunia. Suka saya memetik salah sebuah kata-kata hikmah beliau:

Be prepared emotionally and financially for bear markets. If you are really a long-term investor, you will view a bear market as an opportunity to make money.

Katanya tahun 2019 kita bakal berdepan dengan kegawatan ekonomi, jadi apakah pelan kita untuk berdepan dengannya?

Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton 4

Komen

komen





Source link