Uncategorized

Sempurna Seadanya tema iklan raya komedi Astro “Raya Kuasa 7”

Sempurna Seadanya tema iklan raya komedi Astro "Raya Kuasa 7" 1



Sempurna Seadanya tema iklan raya komedi Astro "Raya Kuasa 7" 2

KUALA LUMPUR: Setiap kali tiba musim Raya, semestinya kita akan menyaksikan pelbagai iklan yang penuh mesej bermakna.

Jika tahun lepas, Astro membawa iklan raya “Gaya Paling Ori”, tahun ini Astro hadir dengan iklan komersial “Raya Kuasa 7”.

Menurut  Pengarah Kumpulan Pemasaran dan Strategi Astro, Christinne Lim Yen Wah, seiring dengan tema tahun ini ‘Sempurna Seadanya’, pihak Astro cuba mengetengahkan elemen keluarga yang mempunyai pelbagai watak namun melengkapi satu sama lain.

“Tahun ini kita bawakan elemen keluarga yang mempunyai pelbagai karakter dan kita nak tonjolkan juga bagaimana sesebuah keluarga ini melengkapi satu sama lain,” katanya semasa di majlis sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro 2019, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Iklan raya kali ini membawa genre komedi santai yang mengisahkan tentang keluarga Apai yang mempunyai pelbagai karenah ketika Hari Raya.

Antara watak lain yang menjayakan “Raya Kuasa 7” ialah Tok Man Vintage, Kak Ling Bling, Kak Mek Gyver, Kak Su Sedondon dan Apai.

Watak Wak Nik dan Tok Wan yang pernah menerajui kempen raya Astro sebelum ini juga dibawa kembali bagi mewarnai lagi iklan raya tersebut.

Iklan ini telah diarahkan oleh pengarah hebat Derik Yaw dan dirakam di kampung Endah, Banting.

 





Source link