Uncategorized

Sena Parc Homes, Senawang – Fi tempahan serendah RM500 seunit

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 1


Siapa yang tak nak ada kediaman atas tanah (rumah landed)?

Ramai yang pasang impian untuk menetap di kediaman jenis ini. Tapi dengan harga rumah landed yang menggila sekarang ni, impian ini agak sukar dicapai.

GH Masterclass

Rata-rata kediaman jenis ini dijual pada harga tidak mampu-milik. Tapi Tok percaya, kalau korang usaha cari, pasti akan jumpa punya.

Dan buat yang nak beli rumah kediaman jenis landed dekat kawasan Senawang, Negeri Sembilan, Tok ada satu projek ‘baik punya’ nak kongsikan dekat korang.

Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 2

Antara sebab orang lebih tertumpu untuk beli rumah jenis ini adalah:

Rumah jenis ini sesuai untuk didiami bersama keluarga, dan ada kebebasan untuk buat modifikasi rumah tanpa perlu risau tentang faktor had saiz rumah.

Kalau nak buat modifikasi pada rumah high-rise, saiz rumah adalah antara faktor utama yang korang kena ambil kira. Bermakna, korang tak boleh sesuka hati buat renovasi.

Bukan senang nak buat renovasi tau. Korang kena dapatkan kebenaran daripada Majlis Perbandaran sebelum buat sebarang renovasi atau ubahsuai rumah.

Korang tak perlu hadapi masalah ini kalau beli rumah jenis landed.  

Bergantung pada lokasi rumah, kediaman jenis landed biasanya boleh dapat capital appreciation (kenaikan nilai) yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Biasanya dalam masa 5 tahun, kediaman jenis ini boleh mencapai kenaikan nilai (capital appreciation) yang baik.

Cuma untuk dapatkan capital appreciation yang baik, ini bergantung pada pelbagai faktor seperti lokasi dan sebagainya.

Kediaman yang terletak jauh dari hiruk pikuk bandar, sudah pasti menjanjikan ketenangan, damai, dan tenang.

Tambahan pula, korang tak ada masalah gangguan bunyi dari jiran sebelah sebab jarak antara rumah yang baik.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 3

Ini satu lagi poin ‘baik punya’ buat korang yang masih menganggap Seremban sebagai kawasan kampung yang masih mundur (belum membangun).

Seremban termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV). Ini merupakan rancangan koridor ekonomi yang meliputi 108,000 hektar termasuk kawasan Seremban, Port Dickson, dan Negeri Sembilan.

Bermakna, korang akan lihat kawasan ini ada potensi untuk lebih membangun pada masa akan datang.

Selain tu, Seremban juga ada akses mudah ke jaringan lebuhraya seperti:

  • NSE (North-South Expressway),
  • ELITE Expressway,
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS),
  • MEX (Maju Expressway),
  • Nilai-KLIA Highway,
  • Lebuhraya Damansara-Puchong,
  • SKVE (South Klang Valley Expressway).

Boleh kata, Seremban berpotensi menjadi kawasan ‘hot’ dalam masa 5 hingga 15 tahun akan datang.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 4

Tiba masa untuk Tok kongsikan tentang projek kediaman yang power ini. Projek yang Tok maksudkan ini, diberi nama Sena Parc.

Sena Parc adalah sebuah projek kediaman dalam township yang dibangunkan dekat tanah seluas 220 ekar berstatus freehold (pegangan bebas), lengkap dengan pemandangan semulajadi yang cukup menawan.

Projek kediaman ini dibangunkan oleh Bright Term Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Land & General Berhad.

Sekarang ni, pembangunan Fasa Pertama (1) sedang berjalan dan dibina atas plot tanah seluas 58 ekar. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020.

Bertempat dalam kawasan Senawang atas bekas tanah padang golf, projek township ini menjanjikan kediaman yang tenang dengan latar belakang landskap yang menawan.

Untuk Fasa Pertama (1), sebanyak 453 unit kediaman jenis teres 2 tingkat (2-storey terraced) dan rumah berkembar separuh (semi-detached) akan dibina. Dalam keseluruhan unit ini juga, 80 unit kediaman jenis mampu-milik juga akan turut dibina.

Kediaman jenis teres 2 tingkat ini diberi nama Amantara dan Azalea, dengan keluasan bermula dari 1,797 sehingga 2,098 kaki persegi.

Korang boleh rujuk susun atur (layout) berikut untuk 2 kediaman ini:

Ada 3 jenis susun atur yang korang boleh pilih:

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 5

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 6

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 7

Untuk kediaman Azalea pula, korang juga ada 3 pilihan susun atur:

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 8

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 9

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 10

Kalau korang menetap di Sena Parc Homes, korang ada akses ke 8 taman yang tenang, yang dikenali sebagai SenaScapes.

8 taman yang unik ni dinamakan:

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 11

Ini merupakan taman rekreasi pusat dalam pembangunan Fasa 1. Antara fasilit yang ditawarkan dekat sini seperti:

  • Gazebo dengan jeti,
  • Kolam, dan
  • Boardwalk.

Korang boleh melepak dekat sini, sambil menikmati ketenangan yang nyaman.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 12

Taman ini bertemakan ketenangan dan kecergasan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya hidup yang cergas dan gemarkan aktiviti luar.

Antara fasiliti yang tersedia dekat sini adalah:

  • Trek joging,
  • Gim terbuka (Outdoor gym),
  • Trek refleksologi,
  • Sunken valley, dan
  • Cabana.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 13

Taman ini pula direka sebagai taman-terbuka (open park), sesuai untuk aktiviti berkelah. Antara fasilit yang disediakan untuk kegunaan korang seperti:

  • Taman permainan.
  • Berdekatan dengan tadika.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 14

Taman ini pula, dilengkapi dengan tasik dengan bentuk ‘infiniti’ dengan trek joging pusingan penuh (full-loop jogging track).

  • Tasik,
  • Laluan pejalan kaki,
  • Gazebo, dan
  • Gim terbuka (outdoor gym).

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 15

Taman ini direka dengan konsep taman hijau untuk berikan elemen ‘zen.’ Antara kemudahan yang disediakan di taman ini adalah:

  • Taman permainan,
  • Gelanggang serbaguna,
  • Gazebo,
  • Laluan refleksologi, dan
  • Gim terbuka (outdoor gym).

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 16

Taman ini pula dilengkapi dengan bangku tempat duduk yang baik. Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti berjoging dan berjalan-jalan bersama keluarga.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 17

Taman yang unik ini dibina untuk tujuan berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Fasiliti yang tersedia dekat sini seperti:

  • Laluan penjalan kaki,
  • Bangku.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 18

Taman ini dibina dengan tujuan untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak, dan belajar perkara baru.

Antara fasiliti yang disediakan disini seperti:

  • Taman permainan, dan
  • Cabana.

Setiap taman ini menawarkan fungsi berbeza untuk kegunaan rekreasi penduduk dan keluarga disini. Senang cerita, korang tak payah keluar dari kawasan ini untut buat aktiviti rekreasi.

Sena Parc Homes, Senawang - Fi tempahan serendah RM500 seunit 19

Buat korang yang berminat untuk beli kediaman di Sena Parc, ada tawaran menarik yang menanti korang. Tawaran ini khas untuk pembaca Gila Hartanah sahaja.

Berikut adalah tawaran yang bakal korang dapat:

  • 10% rebat,
  • PERCUMA MOT (Memorandum of Transfer),
  • PERCUMA Duit Setem, kos guaman, dan disbursement fee untuk Sales dan Purchase Agreement,
  • PERCUMA Duit Setem, kos guaman, dan disbursement fee untuk permohonan loan rumah, dan
  • SUBSIDI 6 bulan untuk pembayaran ansuran rumah.

Dan yang paling menarik, korang hanya perlu bayar fi tempahan (booking fee) sebanyak RM500 saja untuk menempah sebuah unit kediaman di Sena Parc. Menarik, kan?

P/S: Kira kelayakan pinjaman korang dengan menggunakan kalkulator yang disediakan ini. Klik sini sekarang.

Rebut tawaran ini dan jangan buang masa lagi. Klik link bawah ini untuk tempat unit korang sekarang:



Source link