Uncategorized

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah 1


LONDON, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ — Massachusetts Institute of Technology (MIT) ialah universiti terbaik dunia untuk tahun kelapan berturut-turut. Edisi keenam belas QS World University Rankings (Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS),dikeluarkan hari ini oleh penganalisis pengajian tinggi global QS Quacquarelli Symonds, melihat bahawa Amerika Syarikat mencatatkan prestasi terburuknya dalam rekod. Hanya 16% daripada universiti-universitinya memperbaiki kedudukannya.

QS menyenaraikan 1000 universiti dari 82 lokasi berbeza, menyoal selidik 94,000 ahli akademik dan 44,000 pengurus pengambilan serta menganalisis 11.8 juta kertas kajian dan 100 juta petikan. Universiti-universiti diukur mengikut kedudukan akademik, kebolehpekerjaan siswazah, nisbah pelajar/kakitangan, kesan kajian dan pengantarabangsaan.

Lebih 70 juta pemegang kepentingan akan melihat senarai kedudukan di www.TopUniversities.com tahun ini.

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah 2

Fakta-fakta Utama:

  • University of Cambridge mencapai kedudukan terendah untuknya (ke-7). UK mencatatkan prestasi ketiga terburuk seumpamanya, namun University of Oxford mendaki ke kedudukan ke-4;
  • Nisbah pelajar antarabangsa di universiti-universiti UK dan AS jatuh secara berterusan;
  • ETH Zurich (ke-6), universiti terkemuka Continental European, mencapai kedudukan tertinggi untuknya mengatasi University of Cambridge;
  • Dua universiti terbaik Asia ialah National University of Singapore dan rakan senegaranya Nanyang Technological University (kedua-duanya di tempat ke-11);
  • 24 daripada 35 universiti Australia mendaki kedudukan;
  • China kini mempunyai 19 daripada 200 universiti penyelidikan utama dunia; dahulunya ia mempunyai 12 universiti pada tahun 2016;
  • Daripada 302 universiti dari AS, UK, Australia dan Kanada, 216 universiti mencatatkan prestasi Nisbah Fakulti/Pelajar lebih buruk, ukuran QS untuk kapasiti mengajar institusi;
  • Universiti terkemuka Amerika Latin ialah Universidad de Buenos Aires (ke-74) untuk tahun kelima berturut-turut. Universiti-universiti Brazil dan Argentina mengalami kehilangan keyakinan majikan dalam kalangan siswazah mereka;
  • Timur Tengah mempunyai dua universiti dalam senarai 200 universiti teratas buat julung kalinya. King Abdul Aziz University (ke-186) Arab Saudi ialah peneraju baharu bagi wilayah itu.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Pautan Berkaitan:

Senarai Universiti-Universiti di Malaysia

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah 3

Terbaik UM, UPM dan UKM kerana mengungguli top 3 universiti terbaik di Malaysia. Syabas!

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT Teratas, Universiti-Universiti AS Catat Kedudukan Rendah Bersejarah 4

Komen

komen





Source link