Uncategorized

Senarai Pelakon Yang Mendapat Bayaran Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman Dunia


Industri perfileman merupakan industri yang masih lagi relevan berbanding dengan industri muzik. Walaupun era digital telah merubah langskap industri muzik dengan wujudnya teknologi digital, industri perfileman masih lagi mempunyai tempat di hati para peminatnya yang tersendiri. Saban tahun kutipan filem mencecah taraf Box Office untuk filem-filem tertentu dan semakin bertambah kutipannya jika sesebuah filem itu mempunyai pelakon yang bertaraf A.

Industri perfileman di Amerika Syarikat sahaja akan dijangka menghasilkan keuntungan sebanyak $50 billion pada tahun hadapan.

Dengan pertumbuhan yang semakin rancak didalam industri perfileman kesan dari teknologi yang disediakan oleh pihak syarikat perfileman terutamanya syarikat Hollywood, kehidupan pelakon juga semakin baik. Bayaran yang diterima oleh pelakon juga semakin bertambah dan semakin lumayan, terutamanya pelakon Hollywood yang berstatus kelas A.

Pembayaran yang diterima oleh pelakon juga berdasarkan sambutan filem yang dilakonkan dan diterima oleh orang ramai. Di antara senarai artis yang dibayar dengan begitu lumayan adalah seperti berikut:

Tom Hanks

Bayaran: $40 juta

Watak: Kapten John Miller

Filem: Saving Private Ryan

Ia merupakan sebuah filem yang diaarhakan oleh pengarah hollywood yang terkenal iatu Steven Spielberg. Filem ini berkisarkan perang dunia kedua yang mana Tom Hanks yang melakonkan watak kapten John Miller yang perlu menyelamatkan Private Ryan lakonan Matt Damon yang ditawan oleh tentera Nazi Jerman.

Filem ini yang mendapat 5 kemenangan pada Anugerah Oscar tahun 1999 dan pengarah filem tersebut iaitu Steven Spielberg, telah mendapat anugerah pengarah terbaik pada tahun itu. Tom Hanks yang berunding untuk mendapat bayaran dari segi royaliti dan berbanding gaji. Tindakanya itu membuahkan hasil kerana filem ini mendapat kutipan yang sangat memberangsangkan sehingga hampir setengah bilion dollar.  

Cameron Diaz

Bayaran: $40 juta

Watak: Elizabeth Halsey

Filem: Bad Teacher

Merupakan pelakon wanita komedi terbaik dalam generasinya. Beliau yang melakonkan watak guru yang tidak mempunyai disiplin yang sewajarnya dalam filem Bad Teacher telah mendapat sambutan yang luar biasa di Amerika Syarikat. Filem ini mendapat kutipan yang sangat memberangsangkan iaitu melebihi $200 juta. Modal yang dikeluarkan oleh syarikat produksi hanyalah sebanyak $20 juta.

Dengan bayaran yang diterima itu, Cameron Diaz diantara salah seorang pelakon komedi Hollywood yang mendapat bayaran yang tertinggi dalam sejarah perfileman Hollywood.

Robert Downey Jr.

Bayaran:$50 juta

Watak: Tony Stark (Iron Man)

Filem: The Avengers

Beliau merupakan pelakon yang bermasalah sebelum menjadi Tony Stark dalam filem Iron Man keluaran Studio Marvel. Robert yang mencipta nama pada awal dekad 1990-an di Hollywood dan pernah tercalon untuk anugerah Grammy pada tahun 1992. Kejatuhan kerjayanya pada akhir 1990-an akibat penyalahgunaan dadah dan dipenjara selama setahun.

Beliau kemudiannya kembali semula ke pentas Hollywood dan ditawarkan untuk memegang watak utama dalam Siri Iron Man. Dalam siri Iron Man yang pertama, beliau hanya dibayar lebih kurang $250,000 sahaja untuk watak tersebut dan meningkat kepad $50 juta dalam filem Avengers kerana pengaruh yang kuat dibawanya.

Leonardo DiCaprio

Bayaran: $50 Juta

Watak: Dom Cobb

Filem: Inception

Seorang pelakon yang berkelas A dan terkenal dalam filem Titanic pada tahun 1997. Leonardo merupakan salah seorang pelakon yang banyak kali tersenarai untuk memenagi anugerah yang berprestij iatu Anugerah Oscar. Sepanjang karier menjadi seorang pelakon, beliau yang sudah 5 kali tercalon dalam Anugerah Oscar dan kali terakhir dia memenanginya dalam filem Revenant pada tahun 2015.

Jadi tidak hairan bayaran yang diterimanya untuk sesebuah filem begitu tinggi kerana pengaruh dan penangan filem lakonan beliau akan mencapai taraf box office. Dalam filem Inception dan diarah oleh pengarah British paling terkenal iatu Christopher Nolan. Filem ini mengisahkan sekumpulan lelaki yang ingin mengambil kembali rahsia ketenteraan yang telah dicuri melalui mimpi.

Filem ini mendapat kutipan sebanyak $800 juta seluruh dunia.

Jack Nicholson

Bayaran:$50 juta

Watak: The Joker

Filem: Batman

Merupakan pelakon vateran dan mungkin kurang dikenali di dalam senarai ini. Jack yang melakonkan watak Joker untuk filem Batman pada dekad 1980-an. Pada masa itu filem superhero merupakan filem yang kurang mendapat sambutan berbanding dengan filem genre yang lain tidak seperti sekarang.

Ketika itu Jack hanya meminta untuk menerima gaji dalam jumlah yang kecil dan meminta untuk dibayar dengan royaliti termasuk dengan barangan merchandise. Ternyata tindakan yang diambil Jack sangat berbaloi kerana sehingga kini filem Batman masih lagi mendapat sambutan ramai.

Johnny Depp

Bayaran: $55 Juta

Watak: Captain Jack Sparrow

Filem: Pirates of the Caribbean On Stranger Tides

Dikenali sebagai pelakon lelaki yang berkelas A di Hollywood, Johnny Depp yang dikenali dalam francais filem Pirates of the Caribbean. Sebelum ini, karier seninya kurang mendapat sambutan. Dia yang mula dikenali selepas membawa watak filem kapten Jack Sparrow dalam francais tersebut. Johny Depp juga pelakon yang pernah tercalon untuk Anugerah Oscar sebanyak 3 kali.

Kebanyakan watak lakonannya berkisar kepada filem fantasi kerana karekter yang dilakonkanya itu begitu unik dan mendapat sambutan yang ramai seperti Alice In Wonderland dan Charlie And The Chocolate Factory. Dengan kejayaan yang begitu lumayan francais Pirates of the Caribbean, iaitu bernilai $4.5 billion, tidak hairanah bayaran yang diterima oleh Johnny Deep sebanyak $55 juta untuk watak tersebut.

Harrison Ford

Bayaran: $65 Juta

Watak: Indiana Jones

Filem: Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull 

Merupakan hero berkelas A pada dekad 1980-an. Beliau menjadi rebutan pengarah terkenal pada dekad tersebut iaitu George Lucas dan Steven Spielberg. Harrison Ford yang terkenal dengan watak Han Solo dari siri terkenal dunia iatu Star Wars dan juga Dr Jones dalam filem francais Indiana Jones.

Kedua-dua siri terkenal ini menaikan nama Harisson Ford di pentas dunia Hollywood. Nilai francais untuk filem Indiana Jones hampir mencecah $2 billion. Untuk siri yang terakhir Indiana Jones ini, beliau dibayar dengan bayaran yang lumayan kerana watak Dr Jones sangat penting dalam filem tersebut.

Keanu Reeves

Bayaran: $250 Juta

Watak: Neo

Filem: Matrik Trilogi

Seorang pelakon yang sangat merendah diri dan hanya tinggal di sebuah apartmen. Keanu juga merupakan pelakon yang sangat suka menderma hasil daripada lakonanya. Filem matrix telah menaikan nama Keanu Reeves pada dekad akhir 1990-an. Kelebihan yang ada pada filem Matrix sangat unik pada awal milenium.

Teknik pengambaran (kesan khas) yang dilakukan di dalam filem Matrix telah merevolusikan industri perfileman Hollywood pada ketika itu. Beliau yang telah menderma sebanyak $ 75 juta dari hasil dari hasil filem Matrix kepada badan kebajikan untuk kegunaan insan yang kurang bernasib baik. 

Tom Cruise

Bayaran: $75 Juta

Watak: Ethan Hunt

Filem:  Mission: Impossible 4 – Ghost Protocol

Pelakon yang berkelas A sejak daripada dekad 1980-an sehingga hari ini. Tom Cruise boleh dikatakan pelakon yang bertuah kerana dikenali dari zaman mudanya sehinggalah sekarang. Beliau yang terkenal dalam siri Mission Imposible telah mendapat bayaran yang lumyan kerana filem tersebut mendapat sambutan yang luar biasa setiap kali ditayangkan dan juga melakukan semua aksi lagak ngeri untuk kesemua filem tersebut.

Sangat berbaloi dengan hasil pendapatan yang diperolehinya. 

Will Smith

Bayaran: $100 juta

Watak: Agent J

Filem: Men in Black 3

Pelakon kulit hitam yang berkelas A di Hollywood. Lakonannya mendapat tempat di hati peminat filem di Amerika Syarikat dan kebanyakanya lakonanya mencapai taraf Box Office. Will juga mempunyai anak yang juga seorang pelakon. Siri filem Men In Black benar-benar menaikkan nama Will Smith dan juga mendapat sambutan luar biasa dari di seluruh dunia.

Filem Men In Black ini adalah adaptasi dari komik Men In Black yang dicipta oleh Lowell Cunningham sebelum dibawa ke layar perak pada tahun 1997. Filem ini mengisahkan sekumpulan makhluk asing yang cuba menakluk bumi dengan menyamar sebagai manusia dan tinggal di kalangan manusia. Sekumpulan ejen ditugaskan untuk menyelamatkan bumi daripada ditakluk oleh makhluk asing tersebut.

Sandra Bullock

Bayaran: $70 Juta

Watak: Dr. Ryan Stone

Filem: Gravity

Filem ini yang berkisatkan pengembaraan di ruang angkasa lepas, di mana Sandra Bullock telah melakokan watak sebagai jurutera yang menyelamatkan kru angkasawan yang terkandas. Filem ini mendapat banyak pencalonan ketika Anugerah Oscar pada tahun 2014 dan memenangi 7 anugerah untuk Oscar 2014.

Filem ini yang mendapat kutipan melebihi $700 juta dolar dan merupakan filem terbaik yang dilakonkan oleh Sandra Bullock sepanjang kariernya bergelar sebagai pelakon. 

Bruce Willis

Bayaran: $100 Juta

Watak: Malcolm Crowe

Filem: The Sixth Sense

Bruce Willis yang merupakan pelakon terkenal pada dekad 1990-an dalam siri filem Die Hard. Beliau yang dilahirkan di Jerman, dengan ibunya seorang rakyat Jerman manakala bapanya merupakan seorang warganegera Amerika. Beliau yang dibesarkan di Amerika dan meminati dunia lakonan semenjak kecil lagi.

Filem The Sixth Sense merupakan filem bergenre seram dan watak yang dilakokan oleh Bruce Willis adalah sebagai seorang pakar sakit jiwa. Dalam filem ini, beliau berhadapan dengan seorang budak yang mempunyai deria keenam yang boleh berinteraksi dengan alam roh. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sebanyak $600 juta di seluruh dunia.

Aamir Khan

Bayaran: $39 Juta

Watak: Mahavir Singh Phogat

Filem:  Dangal

Pelakon yang bukan berasal dari Hollywood yang berjaya memasuki senarai ini. Aamir khan merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang meminati filem Hindustan. Beliau yang begitu terkenal dengan filem 3 Idiots yang mana merupakan salah satu filem yang terbaik di India.

Filem Dangal yang dilakon beliau merupakan filem yang paling tinggi kutipan Box Office dalam sejarah perfileman di India. Kutipan untuk filem ini sahaja mencecah melebihi $300 juta dan kos untuk menghasilkan filem ini hanyalah $ 10 juta. Filem ini mengisahakan seorang bapa yang ingin menjadikan anaknya sebagai ahli gusti tetapi tidak mempunyai anak lelaki.

Sumber Rujukanhttps://news.education.investing.com

Komen

komen





Source link