Uncategorized

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 1


Di kala purata gaji rakyat Malaysia di sekitar RM2,500 sebulan, nampak gayanya ada segelintir rakyat Malaysia yang berjaya meraih sehingga jutaan ringgit hanya dengan bermain game. Persepsi masyarakat yang memandang mereka yang gemar bermain game sebagai seorang yang pemalas atau membuang masa, jom kita lihat senarai top 10 mereka yang berjaya dalam industri gaming ini.

Mereka inilah para atlet e-sukan di Malaysia yang semakin dikenali ramai.

(Penafian: Senarai ini adalah berdasarkan esportsearnings.com dan tidak termasuk gaji, penajaan dan sebagainya)

10. Lee “kYxY” Kong Yang

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 2

Jumlah Kemenangan: RM515,384

Beliau mula bermain Dota 2 pada umur 20 tahun, kemudian menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2013 di mana beliau menempa banyak kejayaan bersama pasukan tersebut.

9. Lim “Net” Wai Pern

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 3

Jumlah Kemenangan: RM623,374

Beliau juga merupakan pemain bagi pasukan Orange Esports dan menempa kejayaan setelah menyertainya pada tahun 2013.

8. Kam “Moon”  Boon Seng

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 4

Jumlah Kemenangan: RM827,935

Beliau pernah memasuki peringkat suku akhir pada The Boston Major 2016. Sekaranga dengan pasukan Mineski, yang telah memenangi Kejohanan Asia Dota 2 pada April yang lalu.

7. Yap “xNova” Jian Wei

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 5

Jumlah Kemenangan: RM1,195,358

Mula bermain secara profesional pada usia 16 tahun, kini beliau bermain dengan banyak pasukan seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan Clutch Gaming.

6. Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 6

Jumlah Kemenangan: RM1,486,246

Beliau bukan sahaja seorang pemain, tetapi juga seorang jurulatih. Kejayaan terbesar adalah bersama dengan pasukan Fnatic, di mana berjaya mendapat tempat keempat pada The International 2016 dengan memenangi hadian 1.4 juta US Dolar bersama-sama dengan MidOne, Ohaiyo dan DJ.

5. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 7

Jumlah Kemenangan: RM2,367,262

Seorang lagi pemain yang pernah menjadi sebahagian Orange Esports pada tahun 2013. Kejayaan terbesar adalah pada tahun 2016, di mana beliau memenangi hadiah bernilai $392,328 US Dolar pada kejohanan The International 2016 bersama-sama kumpulan Fnatic yang memenangi tempat keempat.

4. Tue “Ah-fu” Soon Chuan

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 8

Jumlah Kemenangan: RM2,404,748

Beliau menjadi jutawan segera apabila pasukan LGD.Forever Young yang disertai beliau telah memenangi kejohanan The International 2017. Hadiah kemenangan untuk beliau dan pasukan adalah $2.6 juta US Dolar.

3. Wong “ChuaN” Hock Chuan

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 9

Jumlah Kemenangan: RM3,017,875

Sudah sedekad lamanya beliau menghiasi arena gaming dalam dan luar negara, ChuaN pernah juga berhijrah ke China untuk bersama-sama pasukan Nirvana dan LGD.

2. Zheng “MidOne” Yeik Nai

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 10

Jumlah Kemenangan: RM3,199,542

Baru saja memulakan kerjaya sebagai seorang pemain profesional tiga tahun yang lalu, MidOne dikenali sebagai pemain Dota 2 terbaik dunia. Kejayaan terbesar adalah bersama-sama pasukan Fnatic yang telah memenangi tempat keempat pada kejohanan The International 2016.

Kini bersama dengan Team Secret, beliau dan pasukan telah meraih $125,000 US Dolar selepas memenangi tempat pertama di DreamLeague Season 9 dan $120,000 US Dolar selepas memenangi tempat keempat di Dota2 Supermajor yang berlangsung di China.

1. Chai “Mushi” Yee Fung

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 11

Jumlah Kemenangan: RM3,819,744

Pemain yang dikenali dengan nama Mushi di kalangan peminat Dota 2 ini berasal dari Rawang, Selangor. Beliau merupakan pemain e-sukan terulung tanah air dengan memenangi The International 2013 bersama-sama dengan pasukan Orange Esports pada tahun 2013. Kemudian pada tahun 2014, beliau memenangi tempat keempat pula dengan Team DK.

Kejayaan terbesar adalah dengan pasukan Fnatic, apabila berjaya membawa pulang $1.4 juta US Dolar setelah memenangi tempat keempat pada kejohanan The International 2016.

Sumber: Gamehubs

Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game 12

Komen

komen





Source link