Artikel Terkini

Sentuhan Magis Untuk Kediaman Lebih Hangat Dengan Gaya Hidup Lebih Sempurna


Warna juga adalah asas dalam pelbagai perkara. Ia bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada individu malah persekitarannya. Walau hanya calitan pada pakaian, ia berupaya mempengaruhi emosi seseorang.

Warna juga berupaya memberi gaya simbolik terhadap sesuatu perkara, memberi impak terhadap tindakkan seseorang, malah ia sangat mempengaruhi emosi dan personaliti. Setiap warna membawa tujuan dan maksud berbeza. Oleh sebab itu, tidak kira pada pakaian mahupun persekitaran, warna mampu memberi impak.

Antara langkah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan menjadikan pilihan warna sebagai perkara asas dalam memulakan hari-hari yang semakin mencabar. Anda digalakkan mencuba vibrasi warna baru dan terkini untuk disuai padankan dengan dekorasi kediaman untuk impak yang lebih mendalam. Tidak bermakna kediaman anda kelihatan tenang dan indah jika menggunakan dekorasi mewah namun padanan warnanya tidak sesuai dengan atmosfera yang ingin dicetus.

Walaupun dengan hanya calitan cat pada dinding, ia berupaya mengimbangi emosi dan merawat lelah setelah seharian penat melakukan tugasan harian. Oleh itu, sangat penting untuk memilih warna yang sesuai dengan emosi yang ingin dicetuskan di dalam kediaman anda. Selain menggunakan warna-warna padu yang kelihatan mendatar pada dinding, IMPIANA ingin mencadangkan anda untuk menggunakan cat dengan kesan khas.

Jika anda mempunyai kekangan untuk mengindahkan dinding, tidak perlu risau. Palitan warna cat bukan sekadar pada dinding. Permukaan lain yang sesuai di cat adalah seperti kerusi, kabinet, bingkai katil, pagar dan sebagainya.
Tapi, bagaimana anda boleh cat semua jenis barang dan permukaan tanpa menghadkan kreativiti anda? Tidak perlu risau, Nippon Paint mempunyai pelbagai vibrasi warna cat untuk pelbagai permukaan sama ada dari bumbung ke lantai, untuk permukaan besi, kayu, siling dan sebagainya

Menghidupkan suasana ruang dengan transformasi warna pada dinding

Bosan melihat dinding dan perabot kelihatan sama bertahun-tahun lamanya? Sudah pasti idea terbaik adalah dengan melakukan ubah suai untuk memberi nafas segar. Namun, peruntukkan ubah suai tak begitu banyak dan amat terhad. Apa kata, berikan sentuhan segar kediaman anda dengan langkah yang paling mudah dan sangat jimat hanya menggunakan teknik magis.

Salah satu langkah mudah untuk mendapatkan dinding yang menarik tanpa perlu merosakkan dinding dengan gam dari kertas dinding (wallpaper) ialah dengan menggunakan cat dengan efek khas dari Nippon Paint iaitu Momento® Special Effect Paint yang bukan sahaja dapat memberikan anda hasil yang lebih menarik, malah amat mudah untuk dilakukan.

Dengan kesan khas, Nippon Paint Momento® Special Effect Paint memberi peluang untuk anda menghasilkan karya agung dengan cara yang tersendiri. Tambahan lagi, setiap teknik mengecat menghasilkan tekstur dan kesan visual yang berbeza bergantung pada kreativiti anda.

Jadi, pada November yang lalu bertempat di Nippon Paint (M) Sdn. Bhd, Shah Alam, satu bengkel mengecat telah berlangsung. Bengkel #PaintAllSurfaces merupakan usaha bersama pembekal cat No. 1 Malaysia iaitu Nippon Paint dan Impiana dalam membantu pengguna dalam industri untuk mengenalpasti pelbagai permukaan yang sesuai untuk digunakan dengan cat dari Nippon Paint.

Berikut adalah antara hasil dari peserta bengkel #PaintAllSurfaces menggunakan cat dari Nippon Paint :

Dinding yang di cat menggunakan Nippon Paint Momento Special Effect hasil dari Shukri ini mempunyai elemen geometrik yang menarik!
Dinding di ruang makan Ezzham di cat dengan Nippon Paint Momento Special Effect, Brish Ocean.
Dinding di cat dengan warna Ultra Violet dari rangkaian Nippon Paint Momento Special Effect hasil dari Nazryn.

Sementara itu, untuk perabot lama yang kelihatan kusam, teknik baik pulih dengan hanya menggunakan palitan cat adalah pilihan terbaik dan berupaya menyelamatkan poket anda dari bocor. Tersedia di Nippon Paint, vibrasi rona cat yang sesuai digunakan untuk pelbagai permukaan termasuk kayu, metal, cermin dan sebagainya.

Meja solek kayu di cat semula menggunakan Nippon Paint Gold Paint hasil dari peserta Jamil Hakim.

Meja kayu ini telah di cat semula menggunakan Nippon Paint Hydro Finish oleh peserta Miriam Omar.

Kerusi besi yang sudah kusam di cat semula dengan Nippon Paint Hydro Finish dalam kod Arrow Wood oleh Shazreen Muhd.

Kerusi kayu yang di cat semula menggunakan Nippon Paint Hydro Finish oleh Nadia Zakaria

Mari kita mula mengecat semua permukaan hari ini, dengan warna yang lebih ceria ke dalam ruang rumah dan anda mampu mengubah perabot lama atau dinding rumah yang membosankan menjadi lebih menyerlah!

Jika inginkan keterangan lanjut atau melihat hasil yang menarik sebagai insipirasi anda boleh layari https://www.nipponpaint.com.my/inspirations

 



Source link