Uncategorized

Serlahkan Seri Kediaman Dengan Dulux Sempena Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya merupakan waktu pembaharuan, yang mana kaum keluarga dan sahabat handai merapatkan hubungan dengan bertukar-tukar berita di rumah terbuka sambil menikmati kepelbagaian juadah enak yang dihidangkan. Oleh sebab suasana yang meriah ini, ramai pihak mengambil keputusan untuk mengecat kediaman mereka untuk menambah seri di Hari Raya Aidilfitri.

Bersandarkan semangat untuk mengeratkan hubungan, Dulux – peneraju jenama cat hiasan AkzoNobel – dan Dr Eric Leong, pereka tempatan terkemuka yang juga merupakan Ketua Pusat Pengajian Seni Bina & Rekaan Dalaman One Academy, telah bekerjasama dalam menganjurkan bengkel seni dan memaparkan betapa mudahnya untuk memulakan projek bagi memberikan penampilan baharu bagi dinding-dinding di rumah.

Semasa bengkel tersebut, Lee Swee Chin, Ketua Jenama Pemasaran, AkzoNobel Decorative Paints Malaysia berkata: “Inisiatif bengkel seni hari ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi kesan positif yang dibawa oleh warna, khasnya pada musim perayaan ini. Dengan sambutan Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi, kami berharap panduan yang dikongsikan hari ini akan dimanfaatkan untuk menjadikan perayaan tahun ini lebih istimewa.

“Menjadi pengacara dan menghasilkan lebih 10 program televisyen berkaitan hiasan dan rekaan dalaman yang mendapat perhatian penonton, Dr Eric Leong merupakan salah seorang personaliti paling dikenali dalam industri ini. Kami amat berterima kasih kerana beliau adalah sebahagian daripada projek ini dan tidak sabar untuk menjalin usaha sama masa depan dengan beliau,” tambahnya.

Sepanjang bengkel berkenaan, Dr Leong membimbing para peserta dengan menunjukkan teknik-teknik untuk menghasilkan beberapa rekaan mudah, termasuk corak batik, garis, gradien dan geometrik. Beliau juga memberikan demonstrasi penggunaan cat Dulux Ambiance Special Effects untuk mendapatkan kesan berusan metalik.

Paling utama, Dr Leong berkongsi beberapa langkah asas untuk menjayakan projek pengecatan sendiri yang dijelaskan beliau: “Langkah pertama ialah untuk memilih dinding utama yang biasanya merupakan dinding yang berdepan dengan pintu masuk dan dinding pertama yang dilihat tetamu ketika melangkah masuk ke rumah.

“Langkah seterusnya adalah menggunakan warna yang memberikan tekstur agar dinding terlibat lebih menyerlah. Dulux mempunyai rangkaian kesan khas suasana yang dikenali sebagai Ambiance Special Effects yang mengikut penampilan dan rasa tekstur seperti kain linen, baldu, marmar dan juga metalik.

“Untuk benar-benar menyerlahkan kesan Ambiance Special Effects, kami mengesyorkan agar ia disapukan pada dinding utama bilik. Pilih warna-warna padanan pada dinding-dinding lain atau anda sentiasa boleh memilih satu warna standard sebagai asas dan menggunakan cat kesan khas untuk rekaan tambahan. Syarat umum adalah tidak menggunakan lebih daripada dua warna bagi setiap dinding.”
Beliau menambah: “Setelah membuat pilihan warna dan jenis cat, kemudian barulah proses pengecatan sebenar dapat dimulakan. Pastikan setiap lapisan cat kering sepenuhnya sebelum lapisan seterusnya disapu. Sekiranya anda tidak pasti warna sesuai yang boleh digunakan, hanya layari laman web Dulux Malaysia untuk mendapatkan ilham, khasnya warna-warna yang bersesuaian dengan warna Spiced Honey.

“Anda juga boleh memuat turun aplikasi yang memenangi anugerah, Dulux Visualizer, bagi membolehkan anda menjana penampilan maya bilik pada waktu sebenar secara percuma daripada Apple App Store atau Google Play Store!”

Spiced Honey (juga dikenali sebagai Crème Brulee) merupakan Warna Tahunan 2019 oleh jenama Dulux. Ia juga merupakan salah satu warna utama yang digunakan sepanjang penganjuran bengkel. Warna berkenaan digambarkan sebagai versatil dengan rona warna ambar dan karamel yang mesra dan mengalu-alukan kehadiran.

“Warna ini juga, apabila digabungkan dengan warna bersesuaian, akan mengubah ruang tamu anda kepada sebuah ruang yang sempurna bagi kaum keluarga dan melayani sahabat handai pada musim Hari Raya ini,” kata Lee.

Bersempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Dulux turut menganjurkan peraduan Ceriakan Raya-mu mulai 8 April hingga 26 Mei 2019. Para pelanggan yang membuat pembelian cat-cat Dulux terpilih sepanjang tempoh ini secara automatik layak untuk memenangi peralatan elektrik dan perabot dari Ashley Furniture HomeStore. Ini seterusnya akan membantu melengkapkan pengubahsuaian kediaman bagi meraikan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan tersebut, sila layari laman Dulux

Komen anda





Source link