Artikel Terkini

Shopee 3.3 Mega Sale Bantu Peruncit Dalam Kelembapan Pasaran


Kelembapan pasaran
semasa telah menyebabkan para peruncit merasakan penurunan prestasi perniagaan
mereka, terutamanya dengan kos overhed dan kos operasi yang tinggi. Untuk
membantu mengurangkan impak ini, para peruncit kini meletakkan penekanan yang
lebih pada e-dagang sebagai saluran tambahan untuk menjangkau pengguna mereka.

Sementara itu, para
pengguna juga beralih kepada e-dagang untuk mencari dan membeli produk penting.
Shopee telah mencatatkan peningkatan aktiviti membeli-belah di platformnya.
Permintaan yang lebih tinggi dalam kebanyakan kategori runcit dapat dilihat,
terutamanya untuk barangan pengguna cepat laris seperti barangan keperluan
rumah dan barangan runcit. Produk-produk ini termasuk mi segera, makanan dalam
tin, detergen, lampin, formula susu bayi, produk untuk mandian dan badan,
pembersih muka dan banyak lagi.

Oleh itu, Shopee
bekerja keras untuk menghubungkan jenama dan penjual dengan pengguna mereka
dengan membangunkan inisiatif untuk membantu mereka mengatasi cabaran semasa
dan berkembang dalam ekosistem digital. Usaha ini termasuk meningkatkan
jangkauan dan pendedahan, strategi harga, peruntukan saham untuk saluran atas
talian mereka dan juga meningkatkan kelajuan dan kualiti penghantaran.

Selaras dengan
usaha ini, Shopee memperkenalkan 3.3 Mega
Sale
dari 24 Februari hingga 3 Mac. Melalui kempen ini, Shopee bekerjasama
dengan jenama dan peruncit untuk menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan
menawarkan akses sehenti kepada rakyat Malaysia untuk produk yang mereka
perlukan. Harga produk dijangka diturunkan sebanyak separuh melalui 50% off Shocking Sale dan baucar diskaun
50% semasa 3.3 Mega Sale.

Shopee juga akan
melancarkan permainan menarik seperti Shopee
Slice
, Shopee Throw, dan Lucky Egg di mana jenama memberi
ganjaran kepada pengguna dengan baucar untuk menarik pengguna ke kedai
masing-masing di platform ini. Ciri strim langsung Shopee Live memberikan peruncit sebuah saluran untuk mengendalikan
kandungan berjenama tersendiri mereka atau menyertai pelbagai penstriman
langsung Shopee berkenaan berita semasa, berita selebriti, trivia dan rancangan
permainan untuk menggalakkan penglibatan pengguna.

“Kami memahami
cabaran yang meningkat yang dihadapi oleh rakan runcit kami, dan ingin
memanfaatkan platform kami untuk menghubungkan mereka dengan pembeli. Penjual
dan jenama mampu menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan para pembeli dapat
menikmati akses mudah kepada barangan yang mereka perlukan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Ho menambah, “Kebanyakan
peruncit kami dalam sektor perkhidmatan juga telah menyatakan kebimbangan
kerana jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai mereka menurun antara 15% dan
30%. Kami komited dalam membantu mereka dalam apa jua cara yang kami boleh
untuk memastikan kelestarian perniagaan mereka.”

Salah satu
inisiatif adalah tawaran luar talian di Shopee yang kini mempunyai lebih
daripada 110 peruncit, menawarkan baucar dengan diskaun yang menarik sehingga
50%. Proses penebusan ini menggalakkan dan menarik orang ramai untuk menjamu
selera atau mengunjungi tempat itu, seterusnya membawa masuk pelanggan ke
kedai-kedai rakan runcit Shopee.

“Kami
bekerjasama bersama rakan runcit kami untuk mengenal pasti bahagian pertumbuhan
baharu. Usaha kami telah terbukti amat membantu kerana banyak peruncit kami
sejak usaha-usaha ini dilaksanakan telah mencatatkan jualan, jumlah pengguna
dan penglihatan jenama secara am yang lebih tinggi atas talian, dan kami
berharap dapat meneruskan momentum ini dengan 3.3 Mega Sale kami,” rumus Ho.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 3.3 Mega Sale, layari https://shopee.com.my/33

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk
menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan
menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan
pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu,
serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee
juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan
komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited
(NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada
Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan
bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi.



Source link