Uncategorized

Shopee: Industri E-dagang Malaysia Bakal Catat Pertumbuhan Kukuh Pada Separuh Ke-2 2019


Separuh pertama
2019 berakhir dengan begitu pantas sekali. Sebagai platform e-dagang terkemuka di
Malaysia, kami telah memperhatikan perkembangan penting dalam dunia perniagaan
runcit dalam talian yang telah membawa manfaat kepada penduduk Malaysia secara
umum di samping menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi digital
kita.  Berasaskan data empirik, separuh
pertama tahun biasanya lebih senyap dalam dunia e-dagang dengan aktiviti
beli-belah meningkat menjelang akhir tahun. Bagaimanapun, Shopee mencatatkan prestasi
memberangsangkan dalam semua sektor perniagaan kami pada Separuh Pertama 2019,
yang disokong oleh aktiviti belli-belah lebih tinggi, terutamanya pada Tahun
Baru Cina dan Hari Raya. Kami mencatatkan peningkatan lebih 3 kali ganda berbanding
2018 pada musim perayaan.

Antara pencapaian
penting pada musim Raya 2019 termasuk:

  • ILHAMIC RESOURCES, penjual Shopee dari
    Kelantan yang dulu mencatatkan jualan serunding hanya RM7 sebulan telah menjana
    perolehan purata RM3,000 semasa Ramadan.
  • HAFYA FELLA, penjual busana Muslim yang
    dulu mencatatkan jualan RM450 sebulan mencapai peningkatan 77 kali ganda dalam
    jualan dengan meraih hasil bulanan RM36,000 di Shopee sahaja.
  • DOMINO’S PIZZA menjual kesemua 500 piza
    saiz biasa dalam masa 5 minit.

Pertumbuhan kami dipacu selanjutnya dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran keesokan hari pada bulan Jun yang telah menggugat sektor logistik di Malaysia.

Selain daripada
pertumbuhan Pembarangan Kasar dan Angka Pesanan, Shopee juga mencatatkan
keputusan tahunan berikut:

  • Shopee telah menggalakkan rakyat
    Malaysia untuk menceburi bidang keusahawanan dan menyediakan platform bagi
    usahawan tempatan, PKS tempatan dan mikro perniagaan menjual di peringkat
    kebangsaan. Menerusi pendidikan pasaran yang sewajarnya dan pakatan strategik
    dengan PKNS, MITeC Sarawak, MDeC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
    Ehwal Pengguna dan banyak lagi pihak untuk mengendalikan bengkel penjual
    percuma kami, Shopee University, kami
    telah mencatatkan pertumbuhan 25% dalam bilangan
    pelanggan
    daripada kira-kira 400,000
    penjual
    kepada lebih daripada 500,000
    penjual
    .
  • Setakat ini, Shopee Malaysia menggaji lebih daripada 600 orang, kenaikan 50% berbanding
    tempoh yang sama pada 2018. Kakitangan di Malaysia dilatih untuk berkhidmat
    kepada pasaran Malaysia dan sebahagian pasaran Singapura. Peluang penggajian
    dan pekerjaan ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penggunaan Malaysia.
  • Dalam tempoh hanya setahun, Shopee telah menggandakan bilangan muat
    turun Aplikasi kami daripada kira-kira 10 juta muat turun kepada 20 juta muat
    turun setakat ini
    . Ini dicapai menerusi usaha penjenamaan dan komunikasi
    kreatif, kejayaan pakatan jenama yang eksklusif dan sebaran menerusi kata mulut
    oleh rakyat Malaysia; membuktikan bahawa produk kami memenuhi permintaan
    pasaran.

Kami yakin
bahawa Separuh Kedua 2019 pasti lebih menarik dengan pertumbuhan kukuh
dicatatkan menerusi jualan hebat 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12, bukan sahaja
untuk industri kami tetapi juga seluruh rangkaian industri yang menyokong
e-dagang termasuk bank, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan
logistik.

Bagaimanapun, kami
tidak boleh leka dengan kejayaan yang dicapai. Selain kempen jualan yang
dirancang sepanjang tahun, kami akan terus menggiatkan usaha kami sejajar
dengan inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan e-dagang sebagai
sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan.  Salah satu daripada misi kami ialah untuk
menambah baik kehidupan pengguna dan membantu perniagaan kecil menerusi
teknologi. Kami yakin terhadap kuasa teknologi untuk mencetus transformasi dan kami
ingin menyelesaikan masalah sosial dan gaya hidup para peniaga runcit, usahawan
dan pengguna dengan merapatkan jurang antara semua pihak berkepentingan dan
mencipta tahap kemudahan lebih tinggi yang akan mengubah cara perniagaan runcit
berurusan dan cara insan menikmati kehidupan. Oleh yang demikian, kami akan
memberi tumpuan kepada bidang berikut:

  • Kami akan memperuntukkan sumber manusia kami
    selaras dengan program Kerajaan untuk menganjurkan lebih banyak bengkel penjual
    percuma untuk perniagaan dan individu di Malaysia yang ingin menjadi usahawan
    dalam talian. Bengkel-bengkel ini akan memberi mereka ilmu tentang e-dagang dan
    kemahiran yang diperlukan untuk mendigitalkan perniagaan masing-masing, lantas
    menaik taraf kehidupan mereka, membolehkan mereka menjana berbilang aliran
    pendapatan.
  • Merujuk kepada ulasan yang dibuat
    baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar
    Mohd Akin tentang kenaf (Hibiscus
    cannabinus
    ) kami menyokong sepenuhnya usaha kementerian membangunkan
    industri kenaf.  Buat masa ini, kami
    mempunyai beberapa produk kenaf yang dijual di platform ini.  Kami mahu menggalakkan para peladang dan
    usahawan tempatan yang terlibat dalam industri kenaf untuk menyertai Shopee dan
    menjual produk kenaf mereka seperti tilam, tikar kembara, bantal dan juga beg
    tangan, terutamanya mereka yang sudah terlibat dalam Kenaf Mall, iaitu inisiatif
    yang dikendalikan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Kebangsaan (LKTN).
  • Kami memahami keperluan untuk menjadikan
    sesuatu yang sukar didapati lebih mudah diperolehi dan e-dagang ialah platform
    yang amat sesuai untuk penjual menjangkaui sempadan geografi dengan memberi tumpuan
    kepada produk kenaf. Pada masa yang sama, salah satu daripada inisiatif
    berterusan kami di Sarawak ialah membantu penjual tempatan mengetengahkan dan
    melariskan produk mereka termasuk kek lapis yang terkenal, lada hitam dan putih
    dan produk berasaskan kayu dan rotan di Shopee.

Kami bertekad
mahu memastikan Malaysia bersedia untuk mencapai unjuran pertumbuhan e-dagang
tahunan Malaysia pada kadar 20% menjelang 2020. Kami akan terus bekerja keras
dan memberikan sokongan padu dengan matlamat membawa manfaat kepada ekonomi
tempatan dan Malaysia sambil kita berusaha menjadi sebuah negara berpendapatan
tinggi menjelang 2024.

Komen

komen





Source link