Artikel Terkini

Shopee Memecah Semua Rekod Dengan Lebih 80 Juta Kunjungan Dan 80 Juta Barangan Dijual


Shopee, platform
e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, sekali lagi melakar prestasi
yang memecah rekod dengan 80 juta barangan dijual di Shopee 12.12 Birthday Sale.
Lebih 80 juta kunjungan telah direkodkan dalam masa 24 jam berikutan pengguna
dari seluruh rantau membeli-belah melalui berjuta-juta tawaran pada 12
Disember.

Di Malaysia, lebih
daripada 600,000 barangan telah dijual dalam sejam pertama. Produk tempatan
yang dihasilkan oleh perniagaan mikro tempatan dan usahawan di bawah halaman
kempen Beli Barangan Malaysia juga menyaksikan peningkatan pesanan melebihi 70%
pada 12 Disember.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Hasil yang
memberangsangkan daripada 12.12 Birthday
Sale
kami menunjukkan bahawa masyarakat percaya, dan yakin pada Shopee
untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik. Ia juga
merupakan petanda bahawa dari segi kepelbagaian produk, perkhidmatan, dan
pengalaman pelanggan kami, Shopee melakukannya secara betul. Shopee kini
menjadi aplikasi membeli-belah harian pilihan untuk semua penduduk di rantau
ini, dan kami komited untuk menjadikan e-dagang mudah dan dapat diakses oleh
semua.”

E-dagang
pantas menjadi sebahagian daripada aktiviti harian dalam kehidupan pengguna

Shopee pantas
menjadi platform membeli-belah atas talian pilihan untuk pengguna di Asia
Tenggara dan Taiwan. Menurut laporan e-dagang S3 2019 iPrice, Shopee merupakan
laman web e-dagang yang paling banyak dikunjungi di desktop dan web mudah alih
di seluruh rantau ini. Ia juga merupakan aplikasi di kedudukan tertinggi dalam
kategori Beli-belah mengikut purata pengguna bulanan aktif di seluruh Asia
Tenggara.

Pengguna juga
semakin bergantung pada Shopee untuk membeli produk harian mereka. Keperluan
harian seperti cecair pencuci, pencuci mesin basuh, kotak simpanan kasut dan
alat tulis muncul sebagai antara produk paling laris di Malaysia pada 12
Disember.

Di samping itu, pengguna kini menjadi lebih bijak dalam mendapatkan maklumat sebelum membuat pembelian. Sejumlah 180,000 jam direkodkan bagi strim Shopee Live sepanjang tempoh keseluruhan acara, yang menyaksikan pengguna berinteraksi dengan jenama dan penjual kegemaran mereka dalam waktu sebenar untuk mendapatkan maklumat mengenai produk terkini yang hangat di pasaran.

Pada 12 Disember di
seluruh rantau:

  • Jumlah lampin yang dijual pada 12
    Disember boleh bertahan selama 12,002 tahun untuk seorang bayi
  • Jumlah telefon pintar yang dijual
    boleh meliputi 3 buah padang bola sepak

Kejayaan Shopee 12.12
Birthday Sale
menunjukkan kepercayaan dan penyertaan yang meningkat dalam
pembelian atas talian

Kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale juga mempamerkan
peningkatan keyakinan dalam membeli-belah atas talian di rantau ini. Pengguna
di luar ibu kota juga semakin banyak menggunakan platform atas talian untuk
menjual atau membeli produk yang tidak dapat diakses sebelum ini. Bagi acara
12.12 ini, terdapat peningkatan dalam pesanan dari luar bandar utama di rantau
ini berbanding tahun lepas. Di Malaysia, pelbagai kawasan dalam negeri Kedah,
Pahang, Kelantan, Sabah dan Terengganu mengalami aktiviti membeli-belah yang
signifikan. Antara produk paling laris termasuk penapis minyak motosikal,
penyegar udara, dan tudung.

Ho mengulas, “Shopee 12.12 Birthday Sale ini menandakan
berakhirnya tahun 2019 yang cemerlang. Kami telah merekodkan begitu banyak
pencapaian sepanjang tahun ini tetapi apa yang paling menonjol adalah sokongan
padu yang kami terima daripada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami.
Meninjau ke hadapan bagi tahun 2020, kami akan terus meningkatkan pengalaman
membeli-belah di Shopee dan merungkai potensi e-dagang sepenuhnya untuk
semua.”

Mengenai Shopee

Shopee ialah
platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka
khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang
mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus
meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di
rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti
elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan,
fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah
syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke
Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan
peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan
digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf
kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi
dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Komen

komen





Source link