Uncategorized

Shopee Memecahkan Rekod Untuk 9.9 Super Shopping Day, Jumlah Pesanan Melonjak Tiga Kali Ganda Berbanding 2018

Shopee Memecahkan Rekod Untuk 9.9 Super Shopping Day, Jumlah Pesanan Melonjak Tiga Kali Ganda Berbanding 2018 1


KUALA LUMPUR,
10 SEP 2019 –
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan,
menyimpulkan 9.9 Super Shopping Day yang
paling berjaya setakat ini. Berkat sokongan kukuh daripada pengguna, penjual,
jenama, dan rakan niaga, Shopee berjaya mencatatkan prestasi paling hebat pada
9 September, diserlahkan oleh:

  • 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018
  • 187,606 barangan dijual dalam
    seminit
    pada
    waktu puncaknya
  • Lebih daripada 113 juta
    tawaran ditawarkan

Ciri-ciri popular dalam aplikasi Shopee terus menarik
perhatian pengguna sepanjang kempen 9.9
Super Shopping Day
. Pengguna telah mengikuti Shopee Live setiap hari untuk menikmati pilihan siaran penstriman
langsung lebih luas, dengan 50 juta tontonan secara keseluruhan. Di samping
itu, koleksi permainan dalam aplikasi Shopee, termasuk permainan kegemaran
ramai Goyang Shopee dan Shopee Quiz telah
dimainkan berjuta-juta kali.

Ian Ho,
Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata:
“Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga
melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar
membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan
kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta
laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9.”

9.9 Super
Shopping Day
tahun ini menyaksikan kami melangkaui semua jangkaan apabila
kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September, mencapai
kejayaan baru kerana lebih ramai jenama, penjual dan rakan kongsi menyertai
Shopee untuk acara membeli-belah utamanya. Kami berterima kasih atas sokongan
luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pengguna kami,” tambah
Ho.

Shopee
menarik perhatian sedunia dengan Cristiano Ronaldo

Kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Cristiano
Ronaldo telah menyaksikan permulaan yang berjaya. Iklan televisyen pertama
Cristiano Ronaldo dengan Shopee mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala
persembahan Shopee Dance oleh ikon
bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Di samping itu, Shopee mendekatkan pengguna dan
peminat dengan Christiano Ronaldo menerusi ciri penstriman langsungnya, Shopee Live. Pada 28 Ogos, Shopee Live membawakan semua pengguna ke
Itali untuk siaran langsung eksklusif bersama Cristiano Ronaldo. Ikon bola
sepak pujaan ramai ini menjawab pelbagai soalan daripada penonton di rantau ini
dan mempersembahkan Shopee Dance.
Semasa detik kiraan menjelang 9.9 Super
Shopping Day
pada 8 September, pengguna Shopee juga berpeluang menyaksikan
siaran eksklusif temu duga dengan Cristiano Ronaldo di Shopee Live.

Shopee
mencatatkan 9.9 Super Shopping Day
terbaik di Malaysia

Shopee Memecahkan Rekod Untuk 9.9 Super Shopping Day, Jumlah Pesanan Melonjak Tiga Kali Ganda Berbanding 2018 2

Di Malaysia, para pengguna menikmati koleksi promosi terbesar yang tiada tandingan dan hiburan tanpa henti pada 9 September, termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

Jenama-jenama berprestasi tinggi menyaksikan purata
peningkatan 6,780x dalam trafik dan 400x peningkatan dalam jualan berbanding
dengan hari biasa. Pengguna-pengguna juga merebut tawaran terbaik bagi jenama
dan produk kegemaran mereka dengan trend berikut diperhatikan:

  • Jenama Paling
    Popular:
    Mr DIY, Mydin, Nestle,
    Vivo, Vinda, Maybelline, Carlo Rino
  • Kategori Utama: Kelengkapan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Telefon & Aksesori
  • Barangan Paling Laris: Fon telinga tanpa wayar, kasut,
    telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan
    tuala, penapis minyak kenderaan bermotor, MILO
  • Kata Kunci Paling Hangat: Blaus, burger, Playstation 4, Milo,
    iPhone 

Ho merumuskan: “Kami sukacita untuk
memulakan musim beli-belah akhir tahun dengan kejayaan 9.9 Super Shopping Day. Ini hanya permulaan bagi keseluruhan siri
jualan e-dagang untuk tempoh akhir tahun. Kami telah bersiap-sedia untuk
memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi
kami pada bulan-bulan akan datang sementara kami memperkenalkan ciri-ciri yang
lebih unggul dan tawaran yang tidak patut dilepaskan. “

Beli-belah 9.9 Thank You Sale di http://shopee.com.my/99

Muat turun aplikasi Shopee menerusi App Store atau
Google Play

Mengenai Shopee

Shopee
ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini
direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah
yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang
kukuh.

Shopee
akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang
pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari
kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi
& permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee,
sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah
berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea
merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan
kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol
SE.

Shopee Memecahkan Rekod Untuk 9.9 Super Shopping Day, Jumlah Pesanan Melonjak Tiga Kali Ganda Berbanding 2018 3

Shopee Memecahkan Rekod Untuk 9.9 Super Shopping Day, Jumlah Pesanan Melonjak Tiga Kali Ganda Berbanding 2018 4

Komen

komen





Source link