Artikel Terkini

Shopee Menyimpulkan 11.11 Big Sale Menakjubkan, dengan 70 Juta Barangan Terjual


KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2019 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah
menyimpulkan kempen Shopee Big Sale 11.11
terbesarnya. Shopee terus memacu fenomena 11.11 di rantau ini sambil mencapai
rekod baru pada 11 November. Antara pencapaian penting termasuk:

  • 70 juta barangan dijual pada 11 November
  • 3 kali lebih banyak pesanan dicatat  pada jam pertama berbanding 2018

Shopee juga
memenuhi janjinya untuk menawarkan pengalaman beli-belah menarik di 11.11 Big Sale. Pengguna kembali setiap
hari untuk menyertai pelbagai permainan dalam aplikasi dan memenangi hadiah,
termasuk permainan realiti terimbuh (AR) pertamanya, Shopee Catch. Permainan-permainan dalam aplikasi telah dimainkan lebih 150 juta kali dalam tempoh tiga
minggu. Di samping itu, Shopee membawakan hiburan tanpa henti kepada pengguna
dengan 65 juta tontonan di Shopee Live.

Shopee 11.11 Big Sale di Malaysia telah membawakan promosi dan hiburan tanpa henti selama tiga minggu, disokong oleh penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Jenama dan penjual di platform ini menyaksikan peningkatan dalam jualan mereka pada 11 November. Jenama berprestasi tinggi merekodkan purata peningkatan 5,659 kali dalam lawatan dan pertumbuhan 740 kali dalam pesanan, manakala aktiviti beli-belah memuncak waktu makan tengahari pada 12.10PM kerana kempen jualan tersebut jatuh pada hari bekerja. Jenama berprestasi tinggi termasuk Tefal, Skechers, dan Acer masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 kali, 2,870 kali, dan 1,743 kali dalam jumlah pesanan.

Jenama baru di
Shopee, KFC merekodkan jualan baik dengan jumlah pesanan tertinggi dari
kategori F&B. Jumlah set makanan KFC yang dibeli di Shopee mencukupi bagi
seluruh warga Putrajaya. Jenama restoran makanan segera yang diminati di
Malaysia juga dicari hampir setengah juta kali di Shopee pada 11 November.

Awal tahun ini,
Shopee menyaksikan trend di mana pengguna kini lebih yakin untuk membeli
barangan bernilai tinggi di platform. Keyakinan pengguna semakin meningkat pada
11.11 ini  kerana bukan sahaja mereka
membeli telefon pintar kelas rendah dan pertengahan, tetapi juga membeli
telefon pintar kelas perdana terbaru seperti iPhone 11 Pro Max, Huawei P30,
Asus ROG Phone II, Samsung Galaxy S10 +, OPPO Reno 2, dan Honor 20 Pro yang
biasanya berharga RM3,000.

Shopee terus
melihat lebih ramai pengguna lelaki dan pengguna berumur membeli-belah pada 11
November. Pengguna lelaki lazimnya membeli alatan mudah alih dan peranti,
dengan kata kunci seperti power bank, pembesar suara, fon telinga dan iPhone
yang dicari lebih 2.9 juta kali. Di samping itu, pengguna berumur lebih dari 50
mengambil kesempatan untuk membeli barangan kesihatan seperti susu tepung
Nestle Omega Plus dan monitor tekanan darah di samping mendapatkan barangan
keperluan rumah seperti serbuk pencuci baju, cecair pencuci pinggan mangkuk dan
pengelap lantai.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata,“Kami telah membina
momentum kukuh pada musim jualan akhir tahun dengan setiap kempen mengatasi
kempen sebelumnya. Walaupun 11.11 ialah pesta beli-belah global, Shopee telah
berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana kami membuat penyesuaian mengikut
kehendak dan cita rasa tempatan. Usaha kami disokong oleh penjual, jenama dan
rakan-rakan yang menyertai kami sambil kami menawarkan pengalaman yang menarik
dan sosial bagi pengguna. Ini bukan setakat kejayaan Shopee tetapi kejayaan
yang disempurnakan oleh seluruh industri peruncitan Malaysia.”

Shopee berbakti kepada masyarakat menerusi 11.11 Big Sale di Malaysia

Pada tahun ini, platform e-dagang tersebut melancarkan kempen amal pertamanya, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Inisiatif ini bertujuan untuk meraih dana bagi rawatan pesakit kanser kurang bernasib baik. Dalam usaha sulungnya untuk mengendalikan inisiatif kebajikan pada skala ini, Shopee sukacita untuk mengumumkan kejayaannya menghimpunkan rakyat Malaysia dan rakan kerjasama seperti Sunway Medical Centre dalam usaha ini dan bersama-sama mengumpulkan RM114,170 dalam masa hanya tiga minggu.

Untuk terus
meningkatkan kesedaran, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge memuncak dengan
siaran langsung disiarkan di Shopee Live dan Astro Prima. Semasa persembahan
tersebut, personaliti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia
Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Sarah Hildebrand, Adira
Suhaimi, Fahrin Ahmad dan  Sophia Liana
serta atlet gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan menunjukkan
sokongan mereka dengan mengambil bahagian dalam enam cabaran yang diundi oleh
rakyat Malaysia, untuk mengumpul dana. Mereka juga menyanyi, membuat
persembahan dan mengambil bahagian dalam cabaran penyegerakan bibir.

Shopee mencatatkan setengah juta tontonan dalam masa dua jam apabila rakyat Malaysia menonton untuk menyokong bintang kegemaran mereka. Sumbangan terus diterima hingga tengah malam. Untuk memeriahkan lagi persembahan tersebut, ikon rock Amy Search membuat penampilan mengejutkan dan mempersembahkan salah satu lagu terkenalnya, Kerja Gila. Ia benar-benar istimewa kerana penonton dapat menyanyi dengannya, dan juga mengambil gambar dengan selebriti lain di pentas selepas persembahan. Untuk menonton pertunjukan itu sekali lagi, pergi ke http://shopee.com.my/ShopeeMAKNAShow

Ho menambah, “Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang
telah menyumbang dan menyokong kami dalam usaha ini. Kami rasa bersyukur dengan
keprihatinan yang ditunjukkan warga Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan
atau agama. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada semua pengguna
dan rakan kami. Sambil kami menantikan penghujung tahun, kami menjemput rakyat
Malaysia nantikan dan bersama-sama meraikan ulang tahun kami yang akan datang –
12.12 Birthday Sale.”

Mengenai Shopee

Shopee
ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini
direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah
yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang
kukuh.

Shopee
akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang
pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari
kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi
& permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee,
sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah
berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea
merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan
kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol
SE.

Komen

komen





Source link