Artikel Terkini

Shopee Tingkatkan Bekalan Topeng Muka


Dalam kenyataan media baru-baru ini, Ian Ho selaku Pengarah Urusan Serantau Shopee ada pesanan berikut:

Dengan syarikat-syarikat di China meneruskan semula perniagaan, pengeluaran topeng muka semakin meningkat; seterusnya, menyumbang kepada peningkatan bekalan di seluruh dunia. Di negara kita, larangan eksport dan pengecualian cukai pada topeng muka juga secara amnya menyebabkan peningkatan bekalan topeng muka di Malaysia.

Untuk membantu rakyat Malaysia, Shopee bekerjasama
rapat dengan pengeluar dan pengedar di rangkaian tempatan dan serantau kami
untuk menawarkan akses atas talian yang mudah untuk mendapatkan topeng muka di
negara ini. Kami kini mempunyai penjual topeng muka tempatan dan rentas
sempadan di platform kami yang mampu menawarkan topeng muka dalam kuantiti yang
lebih banyak dan pada harga yang lebih baik kepada pengguna akhir.

Dengan peningkatan bekalan topeng muka pada platform ini, kami melihat bahawa harga topeng muka telah menurun. Walaupun kami merupakan platform terbuka untuk pedagang melakukan jualan dan kami tidak menentukan harga barangan bagi pihak penjual, kami telah memberi amaran kepada mereka agar bersikap prihatin untuk memastikan topeng muka ini mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Berikutan itu, kami mempunyai penjual di platform kami yang menawarkan sekotak topeng muka pembedahan tiga lapis (berisi 50 keping) dengan harga antara RM60 dan RM85, di bawah harga siling runcit yang dikawal selia iaitu RM100.

Shopee komited dalam menyokong usaha negara dalam menangani penularan COVID-19. Kami menggalakkan pengguna untuk terus bertimbang rasa dan tidak membeli lebih daripada apa yang mereka perlukan, supaya setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada produk penting.

Kami juga menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai usaha kami dalam memastikan produk penting mampu dimiliki oleh semua. Beberapa tips umum untuk pembeli atas talian adalah seperti berikut:

  1. Baca penerangan produk dan ulasan daripada pembeli lain dengan teliti sebelum membuat keputusan
  2. Gunakan Shopee Live Chat dalam aplikasi untuk mengesahkan harga dan kuantiti dan/atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada penjual
  3. Jauhi dan laporkan topeng muka yang dijual dengan harga yang terlalu mahal. Walaupun Shopee secara proaktif menghalang penjualan topeng muka yang dijual melebihi harga siling runcit yang dikawal selia, kami menggalakkan pembeli kami untuk melaporkan sebarang produk yang dijual dengan harga yang terlalu mahal kerana mengekalkan persekitaran membeli-belah atas talian yang adil adalah usaha sesama masyarakat antara kami, penjual dan pembeli kami. Mereka boleh menggunakan fungsi “Report This Product” di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk, e-mel kami di [email protected] atau hubungi 03 2777 9222 (Isnin hingga Ahad – 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk Cuti mum) untuk membuat laporan.
  4. Pastikan semua urus niaga anda dilakukan dalam platform kami kerana anda dilindungi oleh Polisi Jaminan Shopee kami. Jaminan Shopee adalah jaminan di mana Shopee memegang pembayaran anda secara escrow untuk memastikan anda telah berjaya menerima pesanan anda tepat pada masanya; pesanan adalah tepat dan berada dalam keadaan baik, sebelum bayaran diberi kepada penjual.

Tips ini berguna untuk semua pembelian atas talian,
dan tidak hanya terhad kepada topeng muka. Ini terutamanya kerana kami
mendapati lebih banyak rakyat Malaysia kini membeli-belah secara atas talian
untuk keperluan harian mereka seperti susu tepung, MILO, lampin, tisu tandas,
bijirin, pasta, beras dan banyak lagi. Kami juga telah melihat aktiviti
membeli-belah yang rancak sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk tujuan ini, kami telah mengadakan kempen khas Beli-belah dengan Selamat
dari Rumah dari sekarang hingga 4 April, untuk pengguna melakukan pembelian
bagi keperluan mereka di satu tempat dengan harga yang berpatutan. Pada 27 Mac
dan 4 April, tawaran bermula daripada RM0.44 dan diskaun hingga 80% akan
diadakan.

Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran dengan penguatkuasaan PKP. Namun begitu, seluruh sektor logistik bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memenuhi pesanan pengguna.

Sebagai tambahan kepada Shopee Express, kebanyakan penyedia logistik pihak ketiga telah melaksanakan proses penghantaran yang lebih selamat dan mudah untuk menghalang perhubungan yang lama antara pembeli dan kakitangan penghantaran. Langkah berjaga-jaga juga telah diambil seperti pembasmian kuman untuk gudang dan kenderaan, sementara pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu, dan penunggang demi kepentingan keselamatan.



Source link