Artikel Terkini

Shopee Umumkan Pakej Bantuan Peniaga RM15 Juta untuk 70,000 PKS Malaysia


Kira-kira 70,000 perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) di negara ini dijangka menerima manfaat daripada Pakej Bantuan Peniaga
Shopee bernilai RM15 juta. Platform e-dagang tersebut hari ini mengumumkan pakej bantuannya untuk
membantu PKS dan perniagaan yang terjejas dengan ketara oleh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Pakej ini membantu menangani masalah yang dihadapi
oleh perniagaan berikutan pendekatan antara Shopee dan persatuan runcit, dewan
perniagaan serta pemilik perniagaan. Dua cabaran yang telah dikenal pasti
adalah:

  • PKS sedang mencari
    saluran jualan baharu seperti e-dagang, tetapi tidak biasa dengan cara melakukannya.
    PKS ini mahukan rakan kongsi yang dapat memberi mereka panduan langkah demi
    langkah yang jelas, untuk memastikan mereka berjaya dalam perjalanan penjualan
    atas talian mereka.
  • Sejumlah besar
    peniaga atas talian sedia ada sedang berdepan dengan peningkatan kos dan
    penurunan hasil yang signifikan akibat jumlah jualan yang rendah.

Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini akan membantu PKS dan perniagaan tempatan dalam pelbagai sektor termasuk peruncitan, hasil segar, makanan & minuman dan banyak lagi dengan memacu pendigitalan perniagaan tradisional dan membawa perniagaan tersebut atas talian. Pakej ini juga bertujuan menyokong semua peniaganya dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan.

Pakej
Bantuan Peniaga Shopee ini dibuka untuk permohonan bermula hari ini 13 April
2020, hingga 31 Mei 2020. Ia akan menampilkan manfaat berikut untuk peniaga
tempatan
:

1. Subsidi Yuran Peniaga

  • Shopee akan memberi diskaun hingga 45% untuk yuran bagi peniaga dalam program RM19 Penghantaran Percuma dan Coins Cashback kami;
  • Ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan operasi dan meningkatkan pulangan kepada pemilik perniagaan.

2. Sokongan Jualan Peniaga

  • Bagi membantu peniaga memacu jualan dalam tempoh Ramadan dan Hari Raya, Shopee memperuntukkan RM6 juta dalam bentuk baucar dan kredit pengiklanan berbayar percuma;
  • Semua peniaga berpeluang mendapat manfaat daripada baucar kempen khas setiap minggu yang bernilai RM100,000;
  • Semua peniaga juga akan menerima hingga RM400 setiap seorang dalam kredit pengiklanan berbayar percuma bagi meningkatkan pendedahan untuk produk dan kedai mereka.

3. Pakej Digitalisasi

  • Shopee juga berikrar untuk memberi sokongan tambahan khas untuk peniaga baharu untuk memulakan perjalanan penjualan atas talian mereka;
  • Semua peniaga baharu akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, RM200 dalam kredit pengiklanan berbayar percuma dan penyertaan percuma dalam program RM19 Penghantaran Percuma selama 2 minggu;
  • Langkah-langkah ini adalah penting bagi memulakan perjalanan bagi peniaga baharu untuk bukan sahaja memudahkan peralihan mereka atas talian tetapi juga demi menghasilkan jumlah pesanan yang tinggi.

4. Semua Manfaat Peniaga Sedia Ada

  • Setiap peniaga Shopee akan terus menikmati semua manfaat Shopee termasuk kadar yuran sifar bagi pendaftaran, komisen 0% untuk peniaga di pasaran dan yuran penyenaraian 0%;
  • Shopee juga akan terus menanggung kos penghantaran dengan program penghantaran percuma yang diberi subsidi di seluruh platform.

5. Pendidikan

  • Shopee juga akan mempertingkatkan kursus percuma Shopee University dalam tempoh ini dengan menambah bilangan kelas dan keluasan topik;
  • Dijalankan atas talian dan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, kelas istimewa ini disediakan untuk peniaga baharu bagi membimbing mereka dalam pelbagai perkara daripada pembukaan kedai kepada penjualan, pemasaran dan operasi;
  • Selama ini, Shopee University telah berjaya melahirkan lebih daripada 10,000 usahawan dan perniagaan di seluruh negara dari peringkat awal, malah dari pekan luar bandar juga, untuk menjadi salah satu peniaga atas talian terbesar di negara ini.

“Semua
usaha kami, sama ada yang baru mahupun yang lama, memaparkan komitmen kami sejak
hari pertama dalam memajukan usahawan tempatan dan ekonomi digital Malaysia.
Pakej Bantuan Peniaga Shopee bertujuan mewujudkan impak jangka panjang yang
positif, walaupun selepas PKP. Kami memahami bahawa negara ini sedang melalui
masa yang sukar sekarang dan kami berharap usaha ini dapat membantu PKS
tempatan mengatasi kerugian dalam hasil luar talian, memperbaiki aliran tunai
dan yang paling penting, mengekalkan perniagaan mereka. Utama sekali, harapan
seikhlas hati kami adalah agar Pakej ini dapat memberi rakyat Malaysia jaminan
bahawa kita mengharungi perkara ini bersama-sama, terutama mereka yang tidak
lama lagi akan meraikan Hari Raya,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Bantuan Peniaga Shopee, layari  http://shopee.com.my/supportpackage

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk
menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan
menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan
pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu,
serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee
juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan
komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited
(NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada
Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan
bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi.



Source link