Uncategorized

Siapa Bank Pusat (Central Bank) Dan Apakah Peranannya Di Malaysia?


Ramai tidak tahu siapakah bank pusat ni dan peranannya. Kita mungkin tahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat di Malaysia, tetapi tahukah kita apa peranannya?

Oleh itu, jom kita sama-sama mengenali bank pusat dengan lebih dekat lagi. 

Apakah Bank Pusat (Central Bank)?

Jika kita rujuk kepada Wikipedia:

Bank pusat atau bank rizab merupakan badan yang bertanggungjawab untuk polisi kewangan sesebuah negara atau kumpulan negeri-negeri ahli.

Dah tahu definisi bank pusat, sekarang kita berkenalan pula dengan Bank Pusat di Malaysia.

Bank Pusat Malaysia

Bank pusat bagi Malaysia adalah Bank Negara Malaysia (BNM) yang terletak di Kuala Lumpur. Bank pusat ini telah wujud sejak tahun 1959 lagi dan ianya berperanan sebagai jurubank suatu masa dahulu. Kemudian pada tahun 1958, Akta Bank Malaysia dikaji semula sehinggalah tahun 1994.

Peranan Bank Negara Malaysia (Fungsi Bank
Pusat)

Fungsi sesebuah bank pusat adalah berdasarkan objektif penubuhannya serta prinsip kepentingan ekonomi.  Selain berperanan sebagai pengeluar mata wang negara dan penasihat kerajaan bagi mengawal kewangan negara, terdapat beberapa peranan Bank Negara yang perlu anda tahu.

  • Mengeluarkan mata wang negara dan
    menyimpan rizab bagi menjaga nilai wang.
  • Memastikan kestabilan kewangan dan
    struktur kewangan yang baik.
  • Mempengaruhi kredit kewangan sentiasa
    dalam keadaan yang baik bagi kepentingan negara.
  • Merupakan jurubank dan penasihat kewangan
    Kerajaan.
  • Mengawal kadar faedah bagi segala polisi
    kewangan
  • Sebagai pemimjam terakhir bagi institusi
    kewangan kepada sektor bank sekiranya krisis kewangan berlaku.
  • Memastikan tiada penipuan (scam) berlaku
    melalui bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia.

Kuasa Perundangan Bank Pusat

Berikutan diberi kuasa perundangan, Bank Negara Malaysia juga akan mengawal selia sistem kewangan negara berdasarkan akta-akta yang terlibat. Ia akan memudahkan proses dan menjadikan sistem lebih efektif. Di antaranya adalah:

i. Akta Bank Pusat Malaysia 1958 (dikaji semula –
1994) (CBA)

ii. Akta Perbankan Islam 1983 (IBA)

iii. Akta Institusi Kewangan dan Perbankan 1989
(BAFIA)

iv. Akta Perbankan Luar Pesisir 1990

Sistem pembangunan ekonomi, sistem perbankan dan kewangan serta semua urusan yang menjadi tanggungjawab bank pusat akan dikawal rapi. Selain daripada itu, bank pusat juga sering mengadakan program bagi membantu pencapaian kewangan negara dan pendidikan yang efektif untuk rakyat Malaysia.

Sumber Rujukan: studentsrepo.um.edu.my

Komen

komen





Source link