Uncategorized

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 1


Antara kriteria utama ketika membuat penilaian untuk memilih tempat tinggal adalah harga dan lokasi. Kalau dapat lokasi strategik ditambah pula dengan harga mampu milik, sudah pasti rumah tersebut bakal menjadi rebutan orang ramai.

Terletak di Utara Kuala Lumpur, sebuah lagi projek perumahan bertaraf lima bintang di bawah Sime Darby Property bakal siap menjelang 2020 nanti.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 2

Kredit: Sime Darby Propety

Apa yang menarik tentang apartment ini adalah pemandangannya yang menenangkan.

Berlatarbelakangkan kehijauan rimbunan pokok di Klang Gates quartz ridge, quartz ridge yang terpanjang di dunia, pemandangan ini mampu membuatkan anda lupa seketika dengan tekanan kerja dan kesibukan kota raya.

Lebih-lebih dengan binaan apartment ini yang mana kadar pembukaan tingkap yang lebar supaya anda mampu menikmati pemandangan hutan simpan ini sepuas-puasnya.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 3

Kredit: iProperty

Dari segi aksesibiliti, anda mudah untuk bergerak ke mana sahaja sama ada dengan menaiki pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Ianya hnaya mengambil masa 4 minit sahaja jika anda ingin ke stesen LRT Gombak dengan menaiki kereta atau motorsikal. Jika tidak anda boleh sahaja menaiki bas pertukaran yang disediakan.

Antara jaringan lebuhraya yang tersedia adalah:

  • MRRII
  • DUKE
  • Lebuhraya Genting Klang – Pahang
  • SUKE (dalam pembinaan)
  • AKLEH

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 4

Kredit: KLIA2

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 5

Kredit: The Star

Lebuhraya MRRII menghubungkan Taman Melawati ke kawasan sekitar Bukit Jalil dalam masa 30 minit.

Walaupun MRRII agak sesak ketika waktu puncak, namun kesesakan ini dijangka berkurang selepas pembinaan lebuhraya SUKE selesai.

SUKE merupakan alternatif kepada MRRII yang menghubungkan Utara dan Selatan Selangor. Manakala jika anda ingin ke Damansara, ia hanya mengambil masa 15 minit melalui lebuhraya DUKE.

Selain daripada jaringan pengangkutan awam dan lebuhraya, antara yang menjadi timbang tara dalam membuat keputusan membeli hartanah di suatu kawasan adalah kemudahan hiburan dan rekreasi.

Dan disinilah kelebihan The Ridge yang menggabungkan pusat membeli belah dan apartment dalam satu tempat sahaja.

Pusat membeli belah yang terletak di bawah The Ridge menyajikan anda dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan seperti wall-climbing, panggung wayang dan ice skating.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 6

Kredit: Star Property

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 7

Kredit: Cartoola

Jika anda rasa ini tidak mencukupi, terdapat beberapa pusat membeli belah di sekeliling The Ridge seperti seperti Melawati Mall, Wangsa Walk dan KL Festival Mall.

Bagaimana pula dengan fasiliti di sini? Fasiliti disini semuanya bertaraf lima bintang. Kolam renang contohnya, panjang kolam renang yang dibina sama seperti standard kolam renang olimpik.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 8

Manakala panjang trek joggingnya pula adalah sepanjang 830 meter, lebih kurang dengan panjang trek di stadium. Jadi anda tidak perlu membahayakan diri dengan jogging di persisiran jalan yang sibuk.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 9

Kredit: Time Out

Buat peminat alam semula jadi dan aktiviti lasak, ada beberapa lokasi dan aktiviti menarik buat anda seperti aktiviti ‘hiking’ yang boleh dijalankan di Bukit Tabur.

Selain daripada keseronokan dan cabaran mendaki bukit, anda turut disajikan dengan pandangan yang cukup indah setelah sampai ke puncak Bukit Tabur.

Selain itu, Empangan Klang Gate turut menjadi lokasi pilihan untuk beristirahat atau berkelah bersama keluarga. Empangan Klang Gate satu kawasan tadahan air utama di kawasan Kuala Lumpur.

Kawasan rekreasi Klang Gate pula adalah unjuran daripada buangan lebihan air empangan tersebut. Ianya telah mewujudkan kolam-kolam air dan air terjun sepanjang anak sungai Klang Gate.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 10

Kredit: YouTube

Disinilah suasana tenang dan nyaman dapat dinikmati oleh pengunjung untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Kepada ibu-ibu muda, anda tidak perlu risau tentang pendidikan anak-anak anda. Kawasan sekitar The Ridge dikelilingi pusat pendidikan kanak-kanak yang cukup berkualiti seperti R.E.A.L Kids, Krista, Falahiah Islam Kindergarten dan Little Caliph.

Tidak lengkaplah kemudahan dalam sesusatu kawasan tanpa perkhidmatan kesihatan. Ada dua buah hospital berdekatan Hospital Damai Service dan Hospital Columbia Asia.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 11

Kredit: Columbia Asia

Bagi lebih suka ke hospital awam pula, anda boleh sahaja ke Hospital Ampang yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan. Manakala untuk ke Institut Jantung Negara pula mengambil masa 20 minit perjalanan.

Rasanya dengan segala kemudahan yang diceritakan di atas, tidak dapat dinafikan lagi The Ridge adalah lokasi terbaik untuk dijadikan rumah kediaman mahupun pelaburan.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 12

Sekarang mari kita lihat pula kepada spesifikasi dan harga rumah ini. Ada tiga jenis unit yang ditawarkan seperti dalam gambar rajah di bawah:

Type A – 651 sq.ft

Type B – 865 sq.ft

Type C – 850 sq.ft

Harganya pula bermula serendah RM496,000 selepas diskaun, sesuai buat mereka yang bergaji sekitar RM4,000 ke RM8,000.

Antara tawaran istimewa buat pembeli adalah yuran penyelenggaraan percuma bagi tempoh satu tahun dan fi guaman SPA percuma.

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 13

Berdasarkan harga yang ditawarkan, fasiliti apartment serta kemudahan sekeliling, The Ridge ini adalah salah satu daripada “Good Deals” yang sukar untuk anda dapat dalam pasaran hartanah.

Jangan lepaskan peluang ini!

Sime Darby Tawar Apartment Ikonik Percuma SPA & Duti Setem 14





Source link