Uncategorized

SimplySiti sasar penyenaraian di Bursa Malaysia

SimplySiti sasar penyenaraian di Bursa Malaysia 1



SimplySiti sasar penyenaraian di Bursa Malaysia 2

KUALA LUMPUR: SimplySiti Sdn Bhd kini menyasarkan peluang untuk penyenaraian di Bursa Malaysia bagi menyokong aspirasinya menjadi jenama antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azuddin Abdul Rahman berkata, syarikat itu bakal mencapai jualan hampir RM60 juta tahun depan.

“Kami terbuka kepada pilihan itu (penyenaraian). Ia sasaran kami dan kami berusaha untuk merealisasikannya,” katanya selepas pengumuman kerjasama di antara Shopee, SimplySiti dan CIMB Islamic Bank Bhd, di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat tersebut akan memasuki pasaran Indonesia bulan depan dan menyasarkan untuk menjadi pemain global melangkaui tahun 2020.

Pengasas SimplySiti, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang juga penyanyi nombor satu Malaysia pula berkata, syarikat itu merancang memperkenalkan 70 produknya dalam pasaran kukuh yang mempunyai 271 juta penduduk.

“Sejak saya melancarkan SimplySiti… saya telah menetapkan sasaran untuk memasuki pasaran Indonesia. Dengan populasinya, terdapat potensi besar bagi saya untuk memanfaatkan pasaran dalam kalangan peminat,” katanya.

Selain platform dalam talian, SimplySiti juga akan dijual di Watsons dan Transmart.

Sejak 2017, ia telah menjana 42 peratus daripada jualannya menerusi platform e-dagang seperti Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, 70 peratus produknya memenuhi keperluan wanita, dengan produk kecantikan menguasai segmen tersebut.

“Segmen kecantikan kami sangat kukuh, inilah sebabnya kami bekerjasama dengan jenama seperti SimplySiti,” kata Ho.

Beliau berkata terdapat sejumlah 30 juta pengguna Shopee di Malaysia manakala 80 juta pengguna di Indonesia.

Dengan kerjasama itu, peminat SimplySiti akan mempunyai akses terus untuk sesi bertemu dan menyambut Siti Nurhaliza, konsert mininya dan tawaran produk yang menarik.

Promosi Super Brand Shopee SimplySiti akan diadakan dari 2 hingga 7 Ogos depan, manakala Konsert Mini Shopper x SimplySiti akan berlangsung pada 14 Sept, dan acara Teh Petang bersama Siti Nurhaliza dengan kerjasama CIMB Islamic Bank pada 18 Sept. – BERNAMA





Source link

Related Posts