Uncategorized

Singapura Jatuhkan Amerika Syarikat sebagai Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia

Singapura Jatuhkan Amerika Syarikat sebagai Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia 1


LAUSANNESwitzerland, 28 Mei 2019 /PRNewswire/ — Singapura telah disenaraikan sebagai ekonomi yang paling berdaya saing di dunia buat julung kalinya sejak tahun 2010, menurut Senarai Kedudukan Daya Saing Dunia IMD, tatkala Amerika Syarikat jatuh dari tempat teratas, manakala ketidaktentuan ekonomi menimbulkan tekanan terhadap keadaan di Eropah.

Peningkatan kedudukan Singapura ke tempat teratas dipacu oleh infrastruktur teknologi termajunya, ketersediaan buruh mahir, undang-undang imigresen yang menggalakkan dan cara-cara yang cekap untuk memulakan perniagaan baharu. Hong Kong SAR kekal menduduki tempat kedua, dibantu oleh persekitaran dasar cukai dan perniagaan yang menggalakkan serta akses kepada pembiayaan perniagaan.

Rangsangan awal terhadap keyakinan daripada gelombang dasar cukai pertama oleh Presiden Donald Trump nampaknya telah pudar di Amerika Syarikat, melihatkan senarai kedudukan tersebut. Ketika masih menentukan kepesatan pertumbuhan di peringkat global untuk tahap prestasi infrastruktur dan ekonomi, daya saing ekonomi paling besar di dunia itu dilanda harga minyak yang lebih tinggi, eksport teknologi tinggi yang semakin lemah dan turun naik nilai dolar.

“Dalam tahun ketidakpastian yang tinggi dalam pasaran global lantaran perubahan pesat dalam landskap politik antarabangsa selain hubungan perdagangan, kualiti institusi-insitusi seolah-olah menjadi unsur yang menyatukan untuk meningkatkan kemakmuran. Rangka kerja institusi yang kukuh memberikan kestabilan kepada perniagaan untuk melabur dan menginovasi, memastikan kualiti hidup yang lebih tinggi untuk penduduk,” kata Arturo Bris, Profesor IMD dan Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, pusat penyelidikan yang menyusun senarai kedudukan berkenaan.

Pakar-pakar ekonomi menganggap daya saing sebagai elemen penting untuk tahap kesihatan jangka panjang ekonomi sesebuah negara memandangkan ia dapat memperkasa perniagaan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, mencipta peluang pekerjaan dan akhirnya, meningkatkan kebajikan rakyat.

Singapura Jatuhkan Amerika Syarikat sebagai Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia 2

Senarai Kedudukan Daya Saing Dunia, diwujudkan pada tahun 1989 di sekolah perniagaan IMD, menggabungkan 235 petunjuk daripada setiap 63 ekonomi yang disenaraikan. Senarai kedudukan tersebut mengambil kira pelbagai statistik “sukar” seperti pengangguran, KDNK dan perbelanjaan oleh kerajaan terhadap kesihatan dan pendidikan selain data “lunak” daripada Tinjauan Pendapat Eksekutif yang meliputi topik-topik seperti perpaduan sosial, globalisasi dan rasuah.

Switzerland mendaki ke tempat keempat dari tempat kelima, dibantu oleh pertumbuhan ekonomi, kestabilan franc Swiss dan juga infrastruktur yang berkualiti tinggi.

Negara yang mendaki kedudukan paling banyak tahun ini ialah Arab Saudi yang melonjak 13 anak tangga ke tempat ke-26.

10 negara teratas ialah Singapura, Hong Kong SAR, AS, Switzerland, UAE (mendaki kedudukan dari tempat ke-15 pada 2016), Belanda, IrelandDenmarkSweden dan Qatar.

Venezuela kekal berkedudukan paling bawah dalam senarai kedudukan tersebut, yang dilanda masalah inflasi, akses yang sukar kepada kredit dan ekonomi yang lemah.

Latar Belakang Sekolah perniagaan IMD: IMD ialah sebuah sekolah perniagaan bebas yang berakar umbi dari Switzerland dan dengan jangkauan global. Menumpu untuk membina pemimpin dan mengubah organisasi, IMD mereka bentuk dan menyediakan intervensi yang mencabar sesuatu dan menginspirasikan apa yang dapat dicapai.

Sumber: IMD International

Pautan Berkaitan:

Singapura Jatuhkan Amerika Syarikat sebagai Ekonomi Paling Berdaya Saing di Dunia 3

Komen

komen





Source link