Artikel Terkini

Skandal Rasuah AirAsia Menyebabkan Harga Saham Jatuh Menjunam


AirAsia merupakan syarikat yang paling kompetitif dalam negara kita dalam sektor penerbangan. Syarikat yang diasaskan oleh Tony Fernandes ini bermula dari sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai hutang sebanyak RM40 juta, sehingga menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang digeruni di Asia.

Syarikat ini boleh dikatakan merupakan peneraju syarikat tambang murah yang pertama di Asia dan mampu bersaing dengan membuat keuntungan berbanding dengan syarikat penerbangan Malaysia yang utama, Malaysia Airlines.

Namun kini syarikat ini terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik syarikat ini.

Klik di sini untuk mengikuti kisah Tan Sri Tony Fernandes membangunkan AirAsia.

Kontrversi ini tercetus di Britain apabila negara tersebut telah menuduh syarikat pembuat kapal terbang yang terkenal di Eropah iaitu Airbus, telah memberi rasuah kepada pelanggan mereka yang berpotensi untuk membeli pesawat buatan mereka.

Dalam dunia pembuatan kapal terbang, hanya dua syarikat sahaja yang memonopoli pasaran pembuatan kapal terbang dunia. Industri ini boleh dikategorikan sebagai industri duopoly, kerana hanya melibatkan dua syarikat gergasi dunia iaitu Airbus yang berasal dari Perancis dan juga Boeing yang berasal dari Amerika Syarikat.

Oleh sebab persaigan diantara dua syarikat ini begitu sengit, kedua-dua syarikat ini tidak mahu kehilangan pelanggan mereka kepada pesaing. Oleh itu, mereka perlu menjaga pelanggan mereka dengan sebaik mungkin.

Kedudukan kewangan Boeing sedang berada dalam fasa tidak menentu akibat terhempasnya kapal terbang buatan mereka pada tahun lepas dan tahun sebelum itu. Keadaan ini telah memberi kelebihan yang ketara kepada pesaing terdekatnya iaitu Airbus.

Dengan pembentangan kertas siasatan yang melibatkan kes rasuah melibatkan Airbus ini, nasib syarikat ini seakan-akan menjadi seperti Syarikat Boeing. Badan pencegah rasuah Britain yang mendakwa Airbus telah memberi rasuah kepada beberapa orang pelanggan mereka termasuklah AirAsia yang melibatkan wang sebanyak $50 juta.

Airbus telah dituduh memberi penajaan kepada dua buah pasukan yang dimiliki oleh eksekutif AirAsia. Rasuah ini diberi untuk menjaga kontrak pembelian pesawat yang telah ditempah oleh AirAsia dengan Airbus sebanyak 180 buah kapal terbang.

Selain AirAsia, Ghana, Sri Lanka dan Colombia turut terpalit dengan rasuah yang dikaitkan dengan Airbus ini. Syarikat tersebut dipercayai membekalkan pesawat tentera untuk Ghana melalui rundingan dengan ahli keluarga terdekat pemerintah tertinggi Ghana. Ahli keluarga pemerintah itu dipercayai tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ketenteraan tetapi telah memilih Syarikat Airbus sebagai pembekal kontrak untuk pesawat tentera.

Airbus juga turut dikaitkan dengan pembelian pesawat penumpang yang digunakan oleh Sri Lankan Airlines. Syarikat Airbus didakwa telah membayar sebanyak $2 juta kepada isteri eksekutif syarikat penerbangan tersebut melalui akaun syarikat isterinya.

Di Colombia pula, kerajaan negara itu sedang menyiasat hubungan di antara syarikat penerbangan Avianca dengan Airbus samada hubungan tersebut mempunyai unsur rasuah dalam kontrak pembelian pesawat penumpang.

Airbus yang bertindak membayar denda kepada tiga negara iaitu Perancis, Britain dan Amerika Syarikat sebanyak $ 4 billion dan kes ini akan menjalani siasatan lanjut. Airbus telah membayar denda tersebut supaya kontrak pembelian pesawat oleh negara lain tidak dihalang.

Pihak AirAsia telah menafikan sekeras-kerasnyanya tuduhan yang dikemukan oleh badan pencegah rasuah dari Britain itu. Menurut AirAsia, untuk membeli sesebuah kapal terbang melibatkan semua pihak untuk menentukan apa yang terbaik untuk syarikat tersebut dan bukan berdasarkan keputusan individu.

Krisis yang membelenggu AirAsia boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Keadaan sektor penerbangan yang terjejas teruk akibat pembatalan penerbangan yang melibatkan negara China yang sedang menghadapi kemelut akibat koronavirus yang telah melembabkan ekonomi China, seterusnya menggangu industri pelancongan dan penerbangan di Malaysia dan seluruh dunia.

Dengan keadaan nama baik syarikat telah tercemar, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun bertindak meletak jawatan di dalam syarikat tersebut yang menyaksikan saham syarikat tersebut jatuh dengan teruk untuk minggu ini.

Sumber: TradingView

Saham AirAsia telah jatuh sebanyak 11% pada minggu ini dan 31% dalam masa sebulan.

Ini ditambah lagi dengan tindakan  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah menjual sebanyak 7.44 juta unit saham yang dimiliki oleh institusi tersebut yang telah menimbulkan keadaan panik kepada pemegang saham AirAisia dan menambahkan derita untuk syarikat ini.

Kes ini turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diketuai oleh Latheefa Koya.

Sumber Rujukan:



Source link