Uncategorized

Smart Cow Collar permudah urusan penternak lembu

Smart Cow Collar permudah urusan penternak lembu 1



Smart Cow Collar permudah urusan penternak lembu 2

KUCHING: Seiring peralihan teknologi digital yang berkembang pesat, sektor pertanian dan penternakan juga tidak ketinggalan menikmati transformasi teknologi bagi memudahkan urusan petani dan peladang.

Terbaru, teknologi Smart Cow Collar yang dibangunkan di China telah dibawa masuk ke Malaysia buat pertama kali oleh syarikat Positive Mind Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuching.

Fungsi pemantauan aktiviti dan pergerakan lembu itu sudah digunakan secara meluas di China, Australia dan beberapa negara Eropah.

Menurut Pengurus Sumber Manusia Positive Mind Sdn Bhd, Noresa Donald Matu, teknologi itu sangat membantu golongan penternak dalam memudahkan urusan seharian mereka.

“Smart Cow Collar adalah untuk memantau pergerakan ataupun aktiviti lembu dan ini amat berguna bagi penternak-penternak yang terlibat dalam sama ada ladang tenusu atau ladang ternakan untuk daging,” jelasnya.

Ia juga mampu mengesan waktu yang sesuai untuk lembu itu bersedia untuk mengawan seterusnya berpotensi untuk bunting.

Ini kerana dalam sebuah ladang tenusu, adalah penting untuk seseekor lembu itu bunting bagi menghasilkan produk tenusu seterusnya menjamin pengeluaran daging berterusan.

Tidak terhenti di situ, Smart Cow Collar juga punya pelbagai fungsi lain.

“Fungsinya juga ia boleh digunakan untuk memantau kesihatan secara keseluruhan lembu tersebut, jadi ini akan boleh membantu untuk mengurangkan kos perubatan untuk lembu ini,” jelasnya.

Cara penggunaannya mudah, iaitu melibatkan rekod data termasuk lokasi yang akan dihantar terus ke telefon bimbit.

Lebih daripada itu, tahap keberkesanannya telah diuji di China, dan terbukti mempunyai tahap ketepatan bacaan yang tinggi berbanding menggunakan kaedah konvensional.

Selain itu dengan adanya GPS Tracker ia juga mampu mengesan kedudukan lembu walaupun berada di lokasi yang sukar dijejaki oleh penternak.





Source link