Artikel Terkini

Special Relief Facility(SRF) untuk SMEs yang terjejas dengan COVID-19


Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 billion di bawah Special Relief Facility (SRF) bagi meringankan beban kewangan dan menyambung semula operasi perniagaan SMEs yang terjejas oleh penularan coronavirus. Special Relief Facility(SRF) ini tersedia dari tarikh 6 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020.

SMEs yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh sehingga 5.5 tahun, termasuk tempoh tangguh pembayaran selama 6 bulan. Kadar pembiayaan dihadkan pada 3.75% p.a.

SME yang memohon perlulah mengandungi sekurang-kurangnya 51% saham yang dipegang oleh rakyat Malaysia.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut oleh institusi kewangan yang menawarkan Special Relief Facility (SRF) ini :

#1 : Maybank

Sumber gambar : The Edge Market
  • Tempoh memohon : 6 Mac hingga 31 Disember 2020
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Quantum pembiayaan : Dari RM20,000 sehingga RM1,000,000
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Tempoh : 5.5 tahun (termasuk tempoh tangguh pembayaran selama 6 bulan untuk prinsipal dan pembayaran faedah / keuntungan)
  • Effective rate : 3.75% p.a termasuk yuran jaminan
  • Syarat Kelayakan:

i) SMEs yang terjejas teruk oleh COVID-19 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan-badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.

ii) Perniagaan mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada 51% pemegang saham rakyat Malaysia

Untuk memohon, korang boleh terus klik link : Special Relief Facility Maybank

#2 : Ambank

  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Effective rate : 3.75% p.a
  • Jaminan Perlindungan : Jaminan Perlindungan 80% ke atas jumlah prinsipal oleh Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) / Syarikat Jaminan Perbiayaan Perniagaan (SJPP)
  • Yuran jaminan : Tiada yuran jaminan
  • Yuran guaman : Tiada yuran guaman
  • Jenis Pembiayaan : Pinjaman / Pembiayaan Berjangka
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta bagi setiap SME termasuk pembiayaan kepada syarikat berkaitan dengan pemegang saham biasa
  • Tempoh Pembiayaan : Maksimum 5.5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh moratorium 6 bulan bagi kedua-dua pembayaran prinsipal dan faedah

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility Ambank

#3 : Alliance Bank

  • Tempoh memohon : Dari 6 Mar 2020 hingga 31 Dec 2020
  • Kriteria Kelayakan : SMEs yang terjejas oleh COVID-19
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja (* Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada)
  • Kadar Pembiayaan : Sehingga 3.75% p.a.
  • Cagaran : Tidak diperlukan
  • Perlindungan jaminan : Credit Guarantee Corporation/Syarikat Jaminan Perbiayaan Perniagaan hendaklah menyediakan perlindungan jaminan 80% ke atas jumlah prinsipal.
  • Yuran Jaminan : Tiada yuran jaminan akan dikenakan kepada peminjam
  • Jenis pembiayaan : Term Loan sahaja
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta bagi setiap SME termasuk pembiayaan kepada syarikat berkaitan dengan pemegang saham biasa
  • Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 5.5 tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh moratorium 6 bulan bagi kedua-dua pembayaran prinsipal dan faedah dan bukan klasifikasi pembiayaan seperti yang terjejas semasa moratorium
  • Dokumen yang diperlukan : Salinan kad pengenalan (semua director), penyata bank 6 bulan, dokumen berkaitan pendaftaran perniagaan

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility Alliance Bank

#4 : CIMB

Sumber gambar : CIMB
  • Tujuan pembiayaan : Modal kerja
  • Jenis pembiayaan : Term Loan / Term Financing sahaja
  • Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh moratorium 6 bulan
  • Kadar pembiayaan : 3.75% p.a termasuk yuran jaminan
  • Saiz Pembiayaan : Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM1 juta
  • Perlindungan jaminan : Sehingga 80% oleh Credit Guarantee Corporation

Syarat kelayakan:

  • Terbuka kepada pemilik tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad atau syarikat terhad persendirian sahaja
  • Perniagaan yang dikelaskan sebagai SME, seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia
  • Dana pemegang saham maksimum tidak melebihi RM5 juta
  • Pemegangan Saham oleh Public Listed Companies dan Government Linked Companies  (jika ada) dalam SME tidak boleh melebihi 20%
  • Rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia yang memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam SME
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa / pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.

Untuk memohon, korang boleh klik link : Special Relief Facility CIMB



Source link