Uncategorized

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja 1


Satu kaji selidik terbaru terhadap 2,843 profesional yang dilakukan oleh LinkedIn Learning telah menunjukkan hampir separuh (49%) daripada responden mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka. Apakah punca tekanan yang mereka alami?

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja 2

Majoriti (70%) profesional tanpa mengira usia, jantina dan jawatan yang dipegang, melaporkan bahawa mereka berasa tertekan dengan bebanan kerja dan sedang berjuang untuk mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan peribadi. Di tempat kedua pula berkaitan dengan kebimbangan tentang masa depan, manakala hilang arah tujuan pula menduduki tempat ketiga.

Generasi Mana Yang Paling Tertekan?

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja 3

Golongan yang lahir pada tahun 80’an dan 90’an adalah yang paling tertekan. Ada yang menggelarkan mereka ini sebagai generasi sandwich. Ini disebabkan bebanan untuk menyara orang tua mereka yang tidak berapa berkemampuan, dan juga menyara anak yang baru lahir yang mahukan segala-galanya dengan segera.

Golongan yang lahir pada tahun 60’an dan 70’an kurang sikit tekanan, barangkali disebabkan mereka ini sudah berumur 40 lebih tahun dan bakal pencen tidak lama lagi. Jadi tak perlu bagi mereka upgrade diri mereka dengan segalanya yang terkini, seperti menggunakan peralatan canggih dan media sosial.

Manakala golongan milenial pula yang paling kurang berasa tertekan, mungkin disebabkan yang masih muda dan cepat tangkap perkara baru. Lagipun, mereka ada lagi 30 tahun untuk menjalani kehidupan mereka, masih boleh dikira zaman muda untuk berseronok.

Lagi Tinggi Pangkat Lagi Kurang Tekanan?

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja 4

Pernahkah anda berfikir seperti di atas? Jika ya, anda silap. Kaji selidik yang sama menunjukkan semakin tinggi pangkat/jawatan yang dipegang seseorang dalam sebuah organisasi, semakin tinggi tahap tekanan atau bebanan kerja yang mereka alami.

Pembuat keputusan dan pemimpin dalam organisasi akan memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju organisasi tersebut. Oleh itu, tekanan yang dihadapi juga biasanya lebih tinggi berbanding pekerja bawahannya.

Pekerja bawahan biasanya lebih cenderung untuk berasa tertekan kerana mereka tidak mempunyai alat untuk melakukan kerja dan persekitaran yang tidak sihat turut menyumbang kepada tekanan kerana mereka tidak merasa semangat kekitaan di tempat kerja.

Lelaki atau Wanita?

Akhir sekali, siapakah yang paling tertekan di tempat kerja? Lelaki atau wanita? Secara keseluruhan, 50% lelaki melaporkan tertekan di tempat kerja dan 48% daripada wanita turut menyatakan perkara yang sama. Wanita dan lelaki berpotensi untuk mengalami tekanan yang sama di tempat kerja kecuali wanita yang lebih cenderung untuk beremosi akan berasa lebih tertekan di tempat kerja berkaitan dengan rakan sekerja dan masalah politik kerja.

Berdasarkan kaji selidik ini jelas menunjukkan bahawa jantina tidak memainkan peranan dalam menentukan sebab utama tekanan dan bebanan kerja yang dialami kerana hampir kesemua responden memberikan jawapan yang hampir sama. Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa, namun jika ia tidak dikawal maka boleh menjadi lebih buruk.

Tekanan mampu memajukan diri sekiranya dapat dikawal dengan mempelajari beberapa kemahiran utama. Sekiranya terkawal, kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan sudah pasti menanti.

Sumber Rujukan:

Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja 5

Komen

komen





Source link