Uncategorized

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 1


Adakah korang beminat untuk menjadi salah seorang pelabur hartanah? Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita berminat untuk menceburi bidang hartanah, tetapi masih ragu-ragu tentang pelbagai persoalan dan persiapan yang perlu dilakukan supaya pelaburan yang dibuat adalah yang terbaik.

Jangan bimbang, kerana kali ini hartabumi.com akan kongsikan kepada korang pelbagai strategi menarik bagi korang yang berminat untuk menjadi pelabur hartanah, dari awal hingga ke akhir proses ini!

Sebelum melakukan pelaburan hartanah

#1.  Dapatkan ilmu hartanah secukupnya

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 2

Imej : imgflip.com

Perkara pertama yang korang perlu tahu adalah mendapatkan ilmu hartanah secukupnya. Ilmu  hartanah yang kukuh merupakan asas pelaburan hartanah yang paling penting.

Ye lah, pembelian rumah pelaburan pertama mesti buat korang semua excited, tetapi jangan terlampau terburu-buru membuat pelaburan hartanah tanpa sebarang ilmu kerana korang mungkin akan terdorong untuk membuat pelbagai kesilapan yang besar!

Bagaimana untuk mendapatkan ilmu hartanah ini? Korang boleh menghadiri seminar atau pelbagai program yang berbayar, tetapi korang juga boleh mendapatkan pelbagai perkongsian ilmu hartanah PERCUMA, di hartabumi.com bukan sahaja dalam bentuk perkongsian artikel malah pelbagai pilihan video menarik untuk korang tonton! Jadi, jangan sia-siakan peluang ini!

#2. Bina asas kewangan peribadi yang kukuh

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 3

Imej : Giphy

Selain dari dapatkan ilmu hartanah yang secukupnya, korang juga perlu membina asas kewangan peribadi yang kukuh. Asas kewangan peribadi yang kukuh akan membantu korang untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka pada masa akan datang kerana seperti kebanyakan pilihan pelaburan yang lain, pelaburan hartanah mempunyai risikonya yang tersendiri.

Jadi untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai risiko pada masa akan datang, kukuhkan asas kewangan peribadi korang sebelum mengorak langkah pertama ke dalam bidang pelaburan hartanah.

#3. Semak kelayakan pinjaman perumahan terlebih dahulu

Seterusnya, apabila korang sudah yakin dengan asas kewangan peribadi yang kukuh, jangan lupa untuk membuat semakan kelayakan pinjaman perumahan yang korang mampu beli.

Secara umumnya, kelayakan pinjaman perumahan yang mampu korang miliki akan dikira berdasarkan Debt Service Ratio atau DSR.

DSR ini akan menilai kemampuan kewangan korang bagi memiliki rumah berdasarkan pendapatan dan juga komitmen bulanan. Untuk lebih mudah, korang boleh terus semak anggaran kelayakan pinjaman perumahan dengan menggunakan Kalkulator DSR dari hartabumi.com secara percuma!

Dengan membuat pengiraan DSR terlebih dahulu, korang akan dapat membuat anggaran bajet hartanah yang mampu dimiliki dan mengelakkan membeli hartanah yang di luar kemampuan korang dan juga kegagalan mendapatkan pinjaman dari pihak bank.

#4. Kaji pasaran hartanah terlebih dahulu

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 4

Imej : Tenor

Sebelum melakukan sebarang pembelian hartanah, jangan lupa untuk membuat kajian pasaran hartanah yang ingin dimiliki. Kajian bagi pasaran hartanah perlu dilakukan dalam aspek:

  • Pasaran hartanah yang ingin dibeli (rumah undercon, subsale atau lelong)
  • Harga pasaran rumah yang ingin dibeli
  • Harga sewa pasaran

Dengan membuat kajian pasaran hartanah terlebih dahulu, korang akan dapat membuat perbandingan yang terbaik bagi memilih hartanah pelaburan yang mampu mendatangkan keuntungan kepada korang.

Semasa melakukan pelaburan hartanah

#5. Lakukan saringan penyewa yang berkualiti

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 5

Dalam bidang pelaburan hartanah, sudah semestinya korang akan berurusan dengan bakal penyewa. Proses saringan bagi penyewa sering dipandang remeh oleh kebanyakan pelabur baru kerana menganggap proses ini sesuatu yang leceh, tetapi akhirnya akan berlaku kes di mana penyewa enggan membayar sewa sehingga tertunggak berbulan-bulan!

Terdapat beberapa perkara yang perlu korang beri perhatian sewaktu membuat saringan bagi mendapatkan penyewa yang berkualiti. Antaranya ialah:

  • Dapatkan maklumat peribadi penting penyewa
  • Maklumat tentang sumber pendapatan penyewa (pekerjaan, komitmen bulanan)

Maklumat ini walaupun nampak remeh, tetapi ianya sangat penting bagi memastikan korang tahu mengenai bakal penyewa yang akan berurusan dengan korang. Lebih baik beringat, sebelum korang terkena!

#6. Pastikan ada perjanjian sewa atau tenancy agreement

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 6

Perjanjian secara hitam putih dan sah dari segi undang-undang sangat penting bagi memastikan hak korang sebagai tuan rumah dan juga hak penyewa  sentiasa dilindungi.

Dengan adanya perjanjian sewa atau tenancy agreement ini, korang akan dapat mengelakkan perselisihan faham antara korang sebagai tuan rumah dan juga penyewa pada masa akan datang.

Perjanjian sewa itu harus menyatakan dengan jelas dan terang tentang hak korang sebagai tuan rumah dan juga hak peribadi penyewa.

Pastikan kesemua syarat dalam perjanjian tu telah dinyatakan dengan jelas kepada penyewa dan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

#7. Sediakan simpanan kecemasan bagi rumah pelaburan

Perkara ini merupakan salah satu perkara yang sering diabaikan oleh pelabur hartanah baru.Korang mungkin sudah mempunyai penyewa yang berkualiti, dan sistem penyewaan yang teratur, namun pelbagai kemungkinan boleh berlaku di masa hadapan.

Jangan lupa untuk menyediakan simpanan kecemasan bagi rumah pelaburan anda. Simpanan ini perlu konsisten walau dalam jumlah yang sedikit, kerana sedikit atau banyak, jumlah ini boleh membantu korang tanpa perlu menganggu komitmen kewangan bulanan.

Selepas melakukan pelaburan hartanah

#8. Ketahui kos bagi menjual rumah

Strategi Pelabur Hartanah dari Awal Hingga Akhir 7

Bagi korang yang ingin mendapatkan keuntungan dengan menjual rumah pelaburan, perlu diingatkan bahawa bukan keuntungan sahaja yang perlu dikira, tetapi kos bagi menjual rumah korang turut perlu dipertimbangkan. Secara asasnya, antara kos yang diperlukan bagi menjual rumah korang adalah:

  • Cukai Keuntungan Harta Tanah
  • kos ini perlu dibayar hanya apabila korang memperolehi keuntungan dari hartanah yang dijual
  • Kos peguam
  • Bagi proses undang-undang dalam jual beli rumah, memiliki peguam bagi urusan ini merupakan satu kemestian
  • Kos ejen hartanah
  • Bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan juga tenaga untuk menguruskan urusan jual beli hartanah, korang boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah bagi menguruskan proses jual beli rumah korang dengan caj yang berpatutan
  • Kos tambahan
  • Bagi menarik perhatian pembeli berpotensi, korag mungkin perlu mengeluarkan kos tambahan bagi mencantikkan rumah atau membaiki rumah yang sedia ada ataupun mengeluarkan sejumlah wang bagi membuat pengiklanan rumah korang di pasaran hartanah.

Kalu korang berminat untuk mengetahui bagaimana untuk mengiklankan rumah korang secara percuma, jangan lupa strategi seterusnya dan yang terakhir!

#9. Strategi pengiklanan rumah yang berkesan

Untuk memastikan rumah korang berada dalam pasaran pembeli, korang perlu bijak dalam mengambil peluang dan strategi yang berkesan bagi mengiklankan rumah korang.

Pengiklanan boleh dilakukan secara offline (menggunakan banner atau risalah) dan juga online(mengiklankan di laman web hartanah yang boleh dipercayai).

Sesetengah laman web atau aplikasi pengiklanan mungkin memerlukan korang untuk mengeluarkan sedikit modal bagi pengiklanan, tetapi jika ia membuahkan hasil kepada korang, apa salahnya kan?

Seperti yang dijanjikan, admin akan share bagaimana untuk korang iklankan rumah korang secara percuma dan berkesan.

Laman web hartabumi.com turut menawarkan kepada korang pengiklanan rumah korang, tanpa sebarang caj! Jikalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, jangan lupa untuk terus hubungi kami bagi maklumat lanjut.

Membuat pelaburan hartanah tidak semestinya menjanjikan keuntungan dan perkara yang indah-indah belaka, tetapi dengan strategi dan tips yang betul, proses pelaburan hartanah korang akan menjadi lebih mudah dan lebih teratur. Semoga korang semua berjaya dalam apa jua pelaburan hartanah yang korang bakal ceburi. Good luck!





Source link