Artikel Terkini

Strategi Pelaburan Dengan Wahed Tatkala Ketidaktentuan Pasaran


Mesti ramai yang tengah kira kerugian disebabkan kejatuhan
pasaran saham baru-baru ini? Ianya mengambil berbulan-bulan lamanya untuk naik,
namun ianya boleh jatuh dengan mendadak hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Jadi apakah pilihan kita sebagai seorang pelabur? Menangis
di bucu katil? Berlari dan takkan kembali?

Turun naik pasaran adalah perkara biasa, tetapi orang kata
pasaran saham kini berada di dalam fasa ‘bear’ iaitu mengalami kejatuhan lebih
daripada 20% daripada kemuncaknya. Bukan di Malaysia saja, tetapi di seluruh
dunia sedang mengalami kejatuhan yang ketara ini.

Apabila ketidaktentuan pasaran berlaku, kita sebenarnya
disarankan agar terus-menerus melabur agar tidak terlepas peluang meraih
keuntungan apabila pasaran kembali pulih.

Merentasi Pergolakan Pasaran Dengan Disiplin Melabur

Seram sejuk melihat pergolakan pasaran dan bagaimana ia
mempengaruhi pegangan portfolio bagi sesiapa yang melabur. Kita tidak
sepatutnya panik dan bertindak secara beremosi, sebaliknya bertindaklah dengan
ilmu dan strategi.

Strategi yang mudah terlepas pandang pada waktu ketidaktentutan ini adalah strategi disiplin untuk terus melabur melalui kaedah dollar cost averaging. Dollar cost averaging ialah satu strategi pelaburan dibuat secara berterusan dengan jumlah yang tetap pada masa yang tetap.

Tujuan utama cost averaging sebenarnya ialah untuk
menyebarkan risiko yang pada asalnya tinggi menjadi rendah. Ini kerana Pelabur
yang tidak dapat meramal pasaran terjunam biasanya juga tidak dapat meramal
permulaan kepada pemulihan dan lonjakkan naik
kepada pasaran.

Dari sudut pandangan lain, dengan kaedah dollar cost averaging juga pelabur dapat membeli saham/pelaburan dengan harga yang murah (atau semakin murah) dan berpotensi untuk menjadi lebih berharga apabila pasaran melonjak semula.

“Beli apabila semua orang menjual dan pegang sehingga semua orang membeli. Ini bukan satu slogan yang popular, tetapi asas kepada kejayaan melabur.”

J. Paul Getty

Kita perlu tahu bahawa keadaan tak menentu ini takkan kekal
buat selama-lamanya. Jika kita lihat balik kepada sejarah, tahun 1997 dan 1998
krisis ekonomi berlaku disebabkan Krisis Kewangan Asia. Kemudian pada tahun
2008 krisis ekonomi berlaku disebabkan oleh Krisis Subprime di Amerika
Syarikat.

Kenapa? Pastinya Yang Jatuh Akan Naik Semula

Setiap kali krisis ekonomi berlaku, apa jadi setahun
selepasnya? Adakah pasaran semakin teruk dan krisis berlanjutan?

Jawapannya adalah pasaran kembali pulih. Kita telah lihat 13 krisis dan 8 pasaran saham sedunia jatuh (bear markets) sepanjang 40 tahun yang lalu. Dipukul rata, itu adalah lebih kurang sekali setiap tahun. Dalam masa yang sama, pasaran saham sedunia telah meningkat 17 kali ganda!

Dan kalau tahun 2020 merupakan krisis ekonomi disebabkan
wabak Covid-19, perang minyak dan perang perdagangan; maka kita boleh jangkakan
bahawa keadaan akan kembali pulih tahun depan.

Daripada kita simpan di bawah bantal dan tidak menjana
sebarang pulangan, beralihlah ke aset safe haven seperti pelaburan ke dalam
emas atau sukuk. Sekurang-kurangnya dapat juga duit kita menjana pendapatan
untuk kita. Mungkin tidak setinggi pasaran saham, sekurang-kurangnya ada juga
sedikit sampai keadaan baik semula.

Orang yang bijak adalah mereka yang pandai mengambil
peluang. Jika sebelum ini kita sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi, apa
kata kita tukar dan mengambil risiko yang sedikit pula. Jika kita tak mampu
untuk berdepan dengan risiko tinggi apabila berlakunya kejatuhan ekonomi,
seeloknya kita tukar strategi pelaburan kita dan menyesuaikan risiko kita
dengan pulangan.

Sudah pastinya kita boleh melabur sendiri, tetapi elok juga
sekiranya kita menggunakan perkhidmatan Robo-Advisor untuk melabur bagi pihak
kita. Di Malaysia, kita ada 3 Robo-Advisor yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SC), namun hanya Wahed Invest satu-satunya yang patuh syariah.

Jadi sementara kita nak tunggu pasaran kembali pulih, apa
kata kita pelbagaikan portfolio kita buat sementara waktu.

Siapa Wahed Invest?

Wahed Invest adalah platform pelaburan digital Islam pertama
di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan
pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan
untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan
kewangan mereka.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada
pelaburan saham di Amerika Syarikat, saham Malaysia, sukuk dan emas. Sekiranya
kita mempunyai toleransi risiko yang agresif, sudah pastinya portfolio kita
lebih banyak yang dilaburkan di dalam pasaran saham.

Namun apabila pasaran saham merudum, kita boleh tukar
toleransi risiko kita kepada yang lebih konservatif yang lebih banyak melabur
ke dalam sukuk dan emas.

Kini Kita Boleh Tukar Sendiri
Portfolio

Bagi para pelabur Wahed Invest, sudah semestinya kita
mempunyai kelebihan apabila terdapatnya portfolio yang pelbagai. Dan terbaru,
kini kita boleh tukar sendiri portfolio kepada yang bersesuaian dan menepati
tahap toleransi risiko yang terkini.

Cuma ikuti langkah-langkah di https://malaysiasupport.wahedinvest.com/hc/en-us/articles/360019222654-How-do-I-change-my-portfolio-. Memang sungguh mudah, semuanya di hujung jari saja. Boleh pula tukar setiap 3 bulan sekali.

Maknanya bila pasaran kembali pulih semula, kita boleh tukar
kepada portfolio yang lebih agresif pula.

Bagi mereka yang belum mengenali Wahed Invest ni, jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja.



Source link