Artikel Terkini

Syarikat Alphabet (Google) Berjaya Capai Nilai $1 Trilion, Syarikat Teknologi Ke-4 Yang Berjaya Mencapainya


Hanya selepas satu bulan pengasas Syarikat Alphabet menyerahkan tugas syarikat kepada CEO yang baru, syarikat ini telah berjaya menjadi syarikat ke-4 di Amerika Syarikat yang mencapai nilai $1 trilion.

Alphabet telah menjadi syarikat yang keempat berjaya menempatkan diri di kalangan syarikat yang telah mencapai nilai pasaran sebanyak $1 trilion dolar pada minggu lepas, dengan mengikut jejak langkah Apple,Microsoft dan Amazon.

Alphabet merupakan sebuah syarikat kongelemerat yang mana mempunyai anak syarikat seperti Google yang berada di bawah payung mereka.Sebelum wujudnya Alphabet, Google merupakan syarikat yang paling terkenal di dalam perkhidmatan carian didalam internet.

Pada tahun 2015, pengasas Google telah menstruktur semula pengurusan syarikat ini dengan memperkenalkan Syarikat Alphabet sebagai owner kepada Google.

Ini merupakan kejayaan terbesar untuk Alphabet di dalam pasaran saham dan juga dalam dunia teknologi. Google yang mula mengapungkan saham mereka ke IPO pada tahun 2004 pada harga $85 untuk seunit saham dan kini telah menjadi $1,480 (ketika artikel ini ditulis) dalam tempoh hanya 16 tahun.

Sepertimana yang kita tahu, Google merupakan syarikat gergasi carian internet dan syarikat ini merupakan syarikat yang menjalankan model perniagaan melalui perkhidmatan pengiklanan. Pendapatan utama mereka adalah melalui pengiklanan yang dijalankan oleh Google.

Didalam segmen pasaran  ini, Google bersaing rapat dengan Facebook dalam menyediakan perkhidmatan pengiklanan di dalam talian melalui media sosial mereka.

Selain daripada menyiarkan iklan melalui platform carian enjin Google, mereka juga melakukannya melalui platform Youtube. Pembelian  Youtube pada tahun 2006 merupakan pembelian penting oleh Google walaupun platform terbabit tidak memberi sebarang keuntungan kepada Alphabet buat masa ini.

Alphabet yang kini telah mengembangkan perniagaan mereka dan memasuki ke dalam pasaran teknologi simpanan awan yang mana merupakan pasaran yang berkembang pesat dan mencabar kerana didominasi oleh dua gergasi iaitu Amazon dan diikuti rapat oleh Microsoft.

Alphabet yang ingin mengembangkan perniagaan simpanan awan kerana ini merupakan bidang yang menjanjikan pendapatan yang lumayan pada masa akan datang. Alphabet yang kini sedang berunding bagi mendapatkan sebuah syarikat yang telah lama dalam menyediakan perkhidmatan simpanan data iaitu Salesforce.

Alphabet perlu mendapatkan Salesforce bagi membolehkanya bersaing di pasaran simpanan awan kerana Alphabet dilihat terkebelakang berbanding dengan Amazon dan Microsoft.

This image has an empty alt attribute; its file name is Syarikat-Alphabet-Google-Berjaya-Capai-Nilai-1-Trilion-Syarikat-Teknologi-Ke-4-Yang-Berjaya-Mencapainya4.jpg

Selain mencari pasaran baru untuk berkembang, Alphabet juga telah menguasai pasaran perisian telefon pintar dan hanya bersaing rapat dengan Apple.

Apa yang membezakan di antara Apple dan Alphabet adalah Apple membangunkan sendiri telefon pintar mereka manakala Alphabet hanya membangunkan perisian telefon pintar dan memberi kepada pihak ketiga untuk membangunkan telefon pintar mereka dengan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Google iaitu Android. Alphabet hanya menyediakan perkhidmatan Google di dalam mana-mana telefon pintar tersebut.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh Alphabet, namun mereka tidak terlepas daripada menghadapi masalah dalam perniagaan mereka. Alphabet berdepan dengan pelbagai kes makhamah yang membelenggu mereka.

Yang terbaru adalah syarikat ini telah didakwa memonopoli pasaran pengiklanan digital di Amerika Syarikat. Mereka juga turut mengalami masalah yang sama di benua Eropah yang mendakwa Alphabet telah memonopoli  pasaran di sana memlalui pencarian internet dan turut menghadapi masalah tersebut di Jerman.

Walaupun berhadapan dengan persaingan di pasaran terbuka dan kes mahkamah yang membelenggu, ia tidak menghalang Alphabet daripada mencapai paras $1 trilion daripada segi market capitalization. Syarikat Alphabet yang kini berada di bawah pengurusan Sundar Pichai dilihat mampu memberi impak yang positif terhadap hala tuju yang ingin dibawa oleh beliau.

Dia yang membawa imej positif adalah salah satu punca keyakinan pelabur semakin meningkat, dan telah mempengaruhi kenaikan harga saham Alphabet.

Sumber Rujukan: https://www.theverge.com/2020/1/16/21069458/google-alphabet-trillion-dollar-market-cap-apple-microsoft



Source link