Artikel Terkini

Syarikat Dan Individu Yang Berjaya Menggandakan Wang Ketika Wabak Covid-19


Dunia semakin bercelaru dengan kehadiran wabak yang telah tersebar ke seluruh dunia. Keadaan ekonomi dunia yang semakin menjerumus ke arah kemelesetan akibat virus yang merbahaya ini.

Virus ini telah memberi pelbagai musibah terutamanya kepada hampir semua sektor ekonomi yang berada didunia ini. Walaupun begitu terdapat beberapa syarikat hedge fund dan syarikat berkaitan farmaseutikal yang berjaya mengambil kesempatan di dalam perkara ini apabila syarikat mereka berjaya mendapatkan keuntungan dari peristiwa ini.

Berikut adalah senarai hedge fund yang berjaya membuat keuntungan daripada situasi yang tidak menentu di dalam pasaran akibat daripada virus Covid-19 ini .

 Odey European

Sebuah hedge fund yang berpengkalan di London yang diuruskan oleh Robin Crispin William Odey. Pada bulan lepas, syarikat hedge fund ini mengalami kerugian yang besar akibat pertaruhan yang dilakukan oleh pengurusnya terhadap saham Tesla dan juga minyak mentah.

Tesla yang berjaya menarik ramai pelabur termasuk pengurusi hedge fund yang mana pada awal tahun, saham syarikat ini merupakan saham yang paling banyak meningkat disebakan faktor pembukaan kilang di Gigafactory di China dan dapat menghantar kesemua tempahan kenderaan mereka.

Syarikat hedge Odey European telah berjaya membuat short di dalam pasaran saham pada minggu terakhir bulan lepas yang mana menyaksikan syarikat tersebut berjaya membuat keuntungan sebanyak 5%.

Citadel

Merupakan sebuah hedge fund yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat yang mempunyai aset pengurusan sebanyak $32 bilion dan merupakan salah satu hedge fund yang terbesar di dunia.

Di antara strategi yang terkenal dilakukan oleh hedge fund ini adalah melabur dalam mutual fund yang dimiliki oleh The Vanguard Group yang dikenali sebagai Wellington Fund. Hegde fund ini juga terkenal dengan peristiwa di mana berjaya meningkatakan aset pengurusan mereka dengan aggressive pada tahun 2014 yang menyaksikan hedge fund ini berjaya menambah aset pelaburan mereka sebanyak $10 bilion dalam tempoh 18 bulan.

Pada kali ini syarikat hedge fund ini melakukan pertaruhan terhadap syarikat penerbangan Eropah yang mana telah berjaya memberi keuntungan kepada syarikat tersebut sebanyak 1%.

Kepos Capital

Merupakan sebuah syarikat hedge fund yang berpengkalan di New York yang mana syarikat ini merupakan syarikat hedge fund yang baru. Syarikat ini mempunyai aset pengurusan sebanyak $2 bilion.

Syarikat hedge fund ini diasaskan oleh tiga sahabat yang pernah bekerja di Goldman Sachs yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun di syarikat terbabit. Syarikat ini berjaya mendapat keuntungan sebanyak 5.9% pada bulan lepas ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Bilionaire Dari China

Selain dari syarikat hedge fund dari barat,terdapat beberapa syarikat dari Asia terutamanya syarikat dari China berjaya mendapat manfaat dari krisis ini. Walaupun Negara China dilanda krisis Covid-19 yang mana menyebabkan kematian seramai 3000 orang sejak penularan wabak ini,pada minggu lepas sahaja, indeks CSI 300 telah meningkat sebanyak 5% yang mana menyaksikan penambahan kekayaan sebanyak $14.5 bilion kepada bilionaire yang berada di China.

Di antara syarikat yang mendapat keuntungan sudah tentulah syarikat dari bidang farmaseutikal dan industri kesihatan.

Di antara individu di China yang berjaya dapat menambah kekayaan adalah Zhong Huijuan yang merupakan pemegang saham terbesar untuk syarikat farmasi Hansoh Pharmaceutical. Beliau telah menambah kekayaan sebanyak $2.2 bilion yang bersamaan dengan 16% jumlah kekayaan yang dimilikinya iaitu sebanyak $ 16.6 bilion.

Bilionaire kedua yang berjaya menambah kekayaan adalah Li Xiting yang telah menambah kekayaan sebanyak $1.3 bilion. Beliau yang mempunyai syarikat pembekal peralatan perubatan Mindray Medical telah meningkat kekayaan sebanyak 11% kepada $13.2 bilion.

Selain daripada itu, Chen Bang yang merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kesihatan iaitu Aier Eye Hospital Group; telah berjaya menambah kekayaan sebanyak $1 bilion yang bersamaan dengan 13% jumlah kekayaan yang dimilikinya sebanyak $9.1 bilion.

Sumber Rujukan:



Source link