Uncategorized

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 1


Syarikat Walt Disney merupakan syarikat terbesar dalam industri perfileman Hollywood. Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh pihak Hollywood ini disumbangkan oleh Syarikat Disney. Majoriti filem yang dikeluarkan oleh Syarikat Walt Disney kebanyakanya akan mencapai taraf Box Office. Di antara francais di bawah payung Syarikat Walt Disney adalah Star Wars, Pirates of the Caribbean dan tentu sekali superhero yang digemari kumpulan The Avengers yang terdiri  daripada pelbagai superhero ikonik dunia seperti Captain America, Iron Man, Spider Man dan ramai lagi..

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 2
Walt Disney ketika usia remaja.Dia yang pernah menjadi pelukis untuk majalah sekolahnya ketika berada di sekolah menengah

Syarikat Walt Disney ini diasaskan oleh insan yang bernama Walter Elias Disney. Walt Disney merupakan anak keempat bagi pasangan Elias Disney dan Flora Call.Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya merupakan seorang guru sekolah. Beliau dilahirkan di Ilionis Chicago tetapi dibesarkan di bandar Kansas City, Missouri. Keluarganya berpindah ke Kansas City selepas ladang milik keluarganya kurang mendatangkan hasil.

Sejak usia remaja lagi,beliau sudah terbiasa bekerja untuk membantu keluarganya. Walt Disney telah membantu bapanya bekerja sebagai budak penghantar surat khabar dan menjual gula-gula di stesen kereta api dari Kansas City menuju ke Ilionis. Pada ketika inilah beliau belajar melukis di sebuah sekolah Kansas City Art Institute and School of Design.

Selepas menamatkan zaman persekolahannya ketika berusia 17 tahun, Walt Disney telah memohon untuk menyertai tentera tetapi permohonanya itu ditolak kerana umurnya belum cukup untuk melayakkannya menjadi seorang askar. Beliau yang begitu teruja untuk menyertai Perang Dunia Pertama yang pada ketika itu sedang meletus. Akhirnya beliau telah diterima sebagai pemandu ambulans untuk dan dihantar untuk bertugas di negara Perancis dan Jerman.

Setelah kembali dari medan peperangan pada tahun 1919, Walt Disney telah berkerja di sebuah syarikat animasi yang bernama Pesmen-Rubin Art Studio di Kansas City. Di studio inilah beliau berjumpa dengan kawan baiknya yang bernama Ubbe Ert Iwwerks. Dia yang bekerja di syarikat itu selama 3 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk menubuhkan studionya yang tersendiri.

Beliau bersama dengan rakan karibnya itu menubuhkan sebuah syarikat animasi yang pertama, di studio inilah dia mula berjinak membuat filem animasi pendek untuk pengiklanan dengan menggunakan kamera terpakai.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 3
Walt Disney bersama rakan baiknya Ubbe Ert Iwwerks yang merupakan pencipta watak Mickey Mouse

Pada permulaan penubuhan studio animasinya, syarikatnya telah mencipta kartun yang pertama yang diberi nama Laugh-O-Gram bersama kartun Alice in Cartoonland yang diambil inpirasi dari cerita dongeng yang terkenal iaitu Alice In Wonderland. Sambutan terhadap kartun yang diterbitkan oleh Disney amat menggalakkan tetapi malangnya syarikat ini tidak bertahan lama kerana Disney telah ditipu oleh syarikat penerbitan yang berpangkalan di New York.

Syarikat ini kemudian diisytiharkan bankrap pada tahun 1923. Selepas kegagalan pertama ini, menyebabkan Walt Disney berpindah ke California untuk menubuhkan syarikat yang baru di Hollywood. Beliau turut mengajak rakan baiknya itu untuk bekerja bersamanya di sana.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 4
Syarikat Laugh O Gram merupakan syarikat pertama yang diasakan oleh Disney tetapi syarikat ini tidak bertahan lama dan distiharkan bankrap

Walt Disney bersama dengan abang kandungnya sendiri menubuhkan syarikat baru di Hollywood yang diberi nama Walt Disney Studio, dan dia telah melantik abangnya sebagai pengurus jualan. Setelah gagal dalam perniagaan studio yang pertama, dia bersama rakan karibnya telah mencipta kartun yang diberi nama Oswald the Lucky Rabbit untuk Syarikat Universal Studio.

Sambutan yang diterima oleh Disney terhadap kartunnya itu sangat menggalakkan tetapi watak itu telah menjadi hak milik Universal Studio kerana perjanjian hak penyiaran yang ditandatangi beliau. Dia yang kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh syarikat Universal Studio telah memberi cadangan kepada abangnya untuk menerbitkan kartun sendiri pula.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 5
Watak kartun yang terawal terbitan Syarikat Walt Disney yang kekal popular sehingga hari ini

Untuk menjayakan rancangannya itu, beliau mengarahkan rakan baiknya untuk mereka cipta kartun yang sesuai untuk kegunaan syarikat. Iwwerks yang mengantar beberapa lukisan kepada Walt Disney untuk dinilai dan akhirnya Disney telah memilih lukisan kartun tikus yang diberi nama Mickey Mouse. Iwwerks adalah orang yang bertanggunjawab dalam mencipta watak Mickey Mouse yang sehingga hari ini menjadi ikon bagi Syarikat Walt Disney.

Watak Mickey Mouse ini mendapat sambutan yang luar biasa. Steamboat Willie yang merupakan filem animasi pertama yang menggunakan watak Mickey Mouse sebagai peneraju utama dengan menggunakan suara Walt Disney itu sendiri pada tahun 1928.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 6
Walt disney bersama anugerah Oscar yang pertama dimenanginya pada tahun 1932.Di sebelahnya adalah patung Mickey Mouse yang menjadi ikonik kepada Studio Disney

Dengan kejayaan kartun tersebut, ia merupakan batu loncatan bagi Walt Disney untuk mengorak langkah dengan lebih maju lagi. Syarikat Walt Disney mula mencipta pelbagai watak yang popular seperti Donald Duck, Pluto dan Goofy,menerbitkan pelbagai filem berdasarkan watak yang baru dicipta oleh syarikatnya itu .

Pada dekad 1930-an, Walt Disney sendiri telah menerima pelbagai anugerah yang berprofil tinggi untuk kerja yang dilakukan. Beliau yang menerima pengiktirafan yang paling tinggi dalam bidang perfileman iaitu Academy Awards. Beliau menerima anugerah pertama tersebut pada tahun 1932. Anugerah itu telah meningkatkan populariti Syarikat Walt Disney di mata dunia perfileman dan juga di Hollywood.

Setelah berada dalam kedudukan kewangan yang stabil, Walt Disney telah menerbitkan animasi yang semakin panjang tempohnya dalam bentuk filem animasi. Dua filem yang dikeluarkan oleh Syarikat Walt Disney pada tahun 1930-an yang memberi keuntungan yang lumayan, adalah filem animasi fantasi yang bertajuk The Three Little Pigs (1933) dan Snow White and the Seven Dwarfs (1937) .

Pada dekad 1940-an, ianya merupakan dekad yang suram bagi filem animasi. Pada dekad ini, permintaan terhadap filem animasi berkurangan disebabkan masyarakat sibuk dengan Perang Dunia Kedua yang tercetus .Walt Disney telah menyertai Motion Picture Alliance yang mana ditugaskan untuk menyebarkan kesedaran masyarakat Amerika terutamanya ketika berlaku perang. Beliau yang terkenal sebagai seorang anti-komunis telah membuat kartun tentang bahayanya komunis kepada masyarakat dunia.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 7
Taman Tema Disney memberi pulangan pelaburan sebanyak $4.5 billion pada tahun 2018

Pada dekad 1950-an, Walt Disney telah mengubah model perniagaanya syarikatnya. Beliau kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada membuat keuntungan melalui perfileman, dan telah meluaskan empayar syarikatnya melalui perniagaan taman tema. Pada tahun 1955, beliau telah membuka taman Tema Disney yang pertama di dunia.

Taman tema  itu mendapat sambutan yang luar biasa kerana merupakan sesuatu yang baru pada ketika itu. Di dalam taman tema ini berbagai watak popular Disney yang wujud dan perniagaan taman tema ini telah membantut mengembangkan lagi syarikat Disney.

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 8
Syarikat di bawah payung Walt Disney.kebanyakan anak-anak syarikat ini mengeluarkan filem yang diminati di serata dunia

Walt Disney telah meninggal dunia pada tahun 1966 ketika beusia 65 tahun disebabkan oleh kanser paru-paru. Sepanjang hidupnya, beliau tercalon sebanyak 59 Anugerah Academy Awards dan memenangi sebanyak 22 daripada pencalonan itu. Sehingga hari ini Syarikat Walt Disney telah menguasai sebanyak 36% penyiaran yang dan memonopoli industri hiburan di Amerika Syarikat.

Syarikat Disney merupakan syarikat terbesar dalam senarai 5 syarikat perfileman di Hollywood. Syarikat ini juga telah berjaya membeli francais Fox yang bernilai $21 billion untuk menambahkan lagi pegangan hak penyiaran di dunia Hollywood.

Sumber Rujukan:

Syarikat Disney, Raja Konglomerat Industri Hiburan Dunia 9

Komen

komen





Source link