Artikel Terkini

Syarikat Perkhidmatan Penstriman Dijangka Untung Besar Disebabkan Wabak Yang Melanda


Kesan koronavirus semakin dirasai hari demi hari. Jika sebelum ini syarikat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan seperti topeng muka dan sarung tangan menjadi perhatian kepada pelabur, kini syarikat yang menyediakan hiburan secara digital turut menerima tempias yang positif daripada peristiwa ini.

Penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan ke seluruh dunia, banyak kerajaan telah menyeru rakyat mereka supaya tinggal di rumah masing-masing dan kuarantin sehingga keadaan reda.

Dengan perintah berkurung berkuatkuasa di negara yang mengalami musibah ni, orang ramai akan menghabiskan masa di rumah dan dijangka akan menggunakan produk penstriman atau streaming services untuk mengisi masa lapang.

Para penganalisis menjangkakan saham bagi syarikat yang menyediakan streaming services akan meningkat naik selagi tiada penawar yang khusus dijumpai. Dua syarikat yang akan menjadi tumpuan para pelabur kerana Netflix dan juga Disney yang merupakan gergasi berbanding dengan syarikat yang lain.

Dengan penularan wabak ini ke Eropah pada minggu ini terutamanya di Itali, pertembungan di antara syarikat Disney dan Netflix akan menjadi lebih menarik di sana.

Ini kerana  sebelum ini, Netflix merupakan syarikat yang pertama memasuki pasaran di Eropah  pada tahun 2012 dan telah mempunyai pasaran tetap. Kini Disney menjadi pesaing utama bagi syarikat tersebut kerana Disney akan memperkenalkan streaming services yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan.

Apa yang menarik mengenai perkhidmatan ini adalah Disney menggabungkan syarikat streaming services seperti Hulu, ESPN, Hotstar mereka di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Disney Plus. Disney juga turut menurunkan harga langganan produk streaming services  dan menawarkan lebih banyak saluran hiburan dengan harga yang rendah berbanding pesaing mereka.

Penganalisis pasaran percaya tindakan yang dilakukan oleh Disney adalah untuk merampas kedudukan pesaing mereka terutamanya Netflix, dan ingin menonjolkan kedudukan mereka selaku syarikat gergasi hiburan dunia.

Persaingan di antara syarikat gergasi kini semakin sengit. Kebanyakan syarikat yang menyediakan streaming services yang lain seperti Prime Video (dimiliki oleh Amazon), HBO Now, serta Netflix telah lama berada di pasaran berbanding dengan Syarikat Disney yang dilihat baru sahaja beralih arah ke dunia streaming services.

Berbeza  pula nasib yang menimpa kepada keseluruhan pasaran didunia pada minggu ini.Pada hari isnin minggu ini, hampir keseluruhan 500 billionaire menerima nasib yang kurang baik apabila jumlah kekayaan mereka berkurangan sebanyak $139 bilion dalam tempoh satu hari akibat dari kejatuhan pasaran saham dunia kesan daripada penularan wabak ini.

Jeff Bezos secara peribadi telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $5 bilion akibat daripada penularan wabak ini.

Selain itu juga, Jeff Bezos turut memberi amaran kepada pengeluar barangan topeng muka dan supaya tidak mengambil kesempatan dengan manaikkan harga barangan mereka ketika seluruh dunia menghadapi masalah ini. Beliau yang memberi amaran itu kerana produk tersebut kelihatan semakin berkurangan di pasaran akibat permintaan yang terlalu tinggi.

Begitulah naik dan turunnya pasaran dunia. Setiap musibah yang berlaku, pasti akan ada syarikat yang mendapat keuntungan.

Sumber Rujukan: https://www.foxbusiness.com/money/netflix-disney-boost-coronavirus



Source link