Artikel Terkini

Tak Guna Rumah Cantik, Tapi Masuk Tak Beri Salam Dengan Betul


Memberi salam bukan sekadar kelihatan cantik adabnya. Malah ia ada maksud tersirat di sebalik apa yang disarankan oleh agama islam.

Mengapa perlu beri salam bila masuk ke rumah?

Pernah tak dengar orang-orang dulu cakap, kalau kita keluar dari rumah, ada benda-benda mistik tak kirah lah saitan atau jin ikut balik? Zaman moden ni ramai tak percaya kan.

Kita digalakkan memberi salam semasa hendak masuk kedalam rumah sepertimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

”…Maka apabila kamu memasuki mana-mana rumah, berilah salam ke atas sesama kamu sebagai penghormatan yang disyariatkan oleh Allah, yang diberkati (mengandungi keselamatan, rahmat dan keberkatan) lagi baik…” (Surah an-Nur: 24 : 61)

Begitu juga hadis dari Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebut secara khusus tentang anjuran dan kelebihan memberi salam sebelum memasuki rumah. Antaranya:

“Tiga golongan yang kesemua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup diberi kecukupan dan jika dia mati masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Betapa indahnya Islam, kita telah diberikan jaminan oleh Allah akan kecukupan dalam hidup dan syurga setelah mati, dengan hanya mengikuti segala perintah Allah s.w.t. dan amalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., iaitu

• Memberi salam ketika masuk ke rumah
• Keluar menuju ke Masjid
• Berjihad di jalan Allah.

Bagaimanakah memberi Salam?

Terdapat beberapa pendapat yang menyebut tentang bentuk atau cara memberi salam. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah dengan cara memberi salam sepertimana biasa kita sebut iaitu ‘Assalammualaikum’ atau ‘Assalammualaikum warhmatulLah’.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wahai anakku! Jika kamu memasuki (rumah) menemui ahli keluarga kamu, berikanlah salam, nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atas kamu dan ke atas ahli keluarga kamu.” (Hadits Riwayat At-Tirmidzi)

Memberi salam itu juga boleh disifatkan sebagai mengingati Allah. Apabila kita merujuk kepada kelebihan menyebut nama Allah sebelum masuk rumah, rumah tersebut akan terhindar daripada syaitan.

Benarkan syaitan akan masuk ke dalam rumah apabila kita memasuki sesebuah rumah itu tanpa memberikan salam?
Berdasarkan maksud hadis dari Jabir bin ’Abdillah r.a. , Beliau pernah mendengar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Apabila seseorang dari kamu masuk ke dalam rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan, berkata syaitan: Tiada tempat bermalam dan tiada makan malam untuk kamu semua (para syaitan). Dan apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya, maka berkata syaitan: Kamu semua (para syaitan) telah mendapat tempat bermalam. Jika dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan, berkata pula syaitan: Kamu semua telah mendapati tempat bermalan dan makan malam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan ucapan salam, sesebuah rumah itu akan senantiasa dalam keberkatan daripada Allah Ta’ala, diberi kecukupan dan terhindar daripada gangguan syaitan. Bila rumah mendapat berkat maka penghuninya, InsyaAllah akan hidup dalam keadaan tenang dan tenteram.

Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” (Riwayat Abu Daud).

Jadi, Mulai hari ini didik diri dan isi rumah anda termasuk anak walaupun masih kecil untuk memberi salama sebelum masuk rumah. Kalau deko cantik meletop, tapi rumah tak harmoni sacara rohaninya pun tak guna. Anda sebagai pemilik pun rasa tak selesa dan ada ja tak kena.

Sumber: http://iluvqaseh.blogspot.my



Source link