Artikel Terkini

“Tak Perlu Malu Duduk Rumah Flat”, Wanita Ini Deko Kediaman Kurang 600 Kaki Persegi Macam Kondo!


Bagi sesetengah orang, aktiviti mendekorasi kediaman merupakan sejenis terapi yang boleh memberi ketenangan dan kepuasan. Hanya dengan melihat kediaman yang dihias cantik, kemas dan teratur mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.

Itulah yang diluahkan oleh pemilik kediaman dari Seri Kembangan ini. Puan Noor Hafiza bersama suaminya telah 7 tahun menetap di kediamannya yang berukuran kurang dari 600 kaki persegi ini.

Katanya, cabaran hobi mendeko ini adalah menentukan model yang sesuai. Kerana bagi mendapatkan hasil yang diingini, mungkin pemilik akan rambang mata dan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari kemampuan.

“Kami tidak mahu berbelanja keterlaluan dan membazir kerana kami hanya menyewa. Lagipun saya menganggap ia sebagai satu proses belajar dan try and error selain dapat menjimatkan lagi kos”

Menurut pemilik lagi, kediaman yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur ini tidak mempunyai satu konsep yang khusus. Beliau hanya menggabungkan unsur kediaman melayu moden dengan gaya mid century dan bohemian. Ternyata, idea ini membuahkan hasil kerana setiap ruang kediaman tambil menarik dan selesa.

Ketika ditanya tentang ruang kegemarannya, Puan Noor Hafiza dengan yakin menjawab ruang tamunya. Ini kerana di ruang inilah beliau dan suami paling banyak menghabiskan masa bersama, menonton tv dan bersantai. Dan oleh sebab itu jugalah, ruang ini dihiasi dengan bantal kusyen yang banyak agar lebih selesa untuk berehat.

Dengan anggaran kos lebih kurang RM 4800, ruang tamu dan ruang makan kediaman ini ditatarias sendiri oleh pemilik dengan inspirasi dari pengalaman menginap di resort dan hotel yang menepati citarasanya. Palitan rona “earth tone” yang mendamaikan menaikan lagi seri setiap ruang.

Kredit : Noor Hafiza Mohamad



Source link